Update aktiviti diet

Skrg berat ada sikit lg penurunan selepas aku kantoi makan di london. Ekoran tak mampu nk kontrol kalori secukupnya maka aku pun tambah satu lagi rutin iaitu berpuasa. Memang turun lagi cepat dari sepatutnya, aku dah risau je sebab 2 minggu lalu dah stagnant kan. Sbb tu aku ubah sikit rutin makan.

Tapi tak elok sangat kalo berat turun kerana berpuasa kan jadi aku tak jadikan dia rejim diet. Tapi aku kategorikan sebagai peluang untuk aku ganti puasa dan meningkatkan amal ibadat aku yang enteng ini. Insyallah aku akan istiqamah dalam rejim ini.

Kurang makan buang toksin badan jadi sihatkan. Jd aku akan fokus kepada diet untuk kesihatan. Jd susulan entry lalu aku x perlulah kuar jogging lg sebab berat aku turun. Jadi aku akan cuba lagi 3 minggu. Kita tengok progress macam mana.

Sebelum ini aku berdiet manyak tipu, tapi kali ini aku berazam agar istiqamah sampai habis. Aku tulis blog pun untuk sedarkan diri agar malu dengan orang luar disana. Jadi kalau tak nak malu kene berusaha lebih lagi. Yeah cayok2 untuk aku.

No comments: