Londra trip 11-13 jan 2013

Yeah akhirnya aku berjaya sampai ke London. Aku pergi travel seorang je dr linate airport ke heathrow airport terminal 5. Flight naik british airway, mengaderkn tix harga 161 euro. boleh dapat murah nk yg mahal jugak. teringin nak merasa. Seronok feeling travel seorang ni rasa Sangat berdikari. Nasib baik aku de junior aku di royal queen university. Jd aku dpt tumpang stay tempat dia. At least de Kwn kn nk sembang and teman. Sampai airport aku terus cari travel card berharga 8.9 pound sehari. Bole naik semua London transportation kecuali heathrow express. So aku beli 3 pass total 26.70 pound. Pass ni untuk semua zone 1-6. Kalo beli single ticket mahal kot dalam 5.30 pound kot. Bayangkan nak naik 10x sehari Mahu pengsan nak Bayar ticket.

Jangan Lupe Amik map free Dari airport, dan masa 1 jam nak sampai ke central London lah baru aku study pe bende Ada kat sini. Jam baru jam 1030, jadi bila Tgk map aku rasa cam nak cover kawasan shopping mall dahulu sementara aku sorang2. Well shopping memang kene seorang jekan sebab bukan nak Amik gambar pun. Jd aku stop di south Kensington and nak cek apa Ada and plan nak Tgk luar je a few museum and Hyde parks. Tetiba aku terjumpe imperial college. Boleh tak my dream college for phd. Aku pun try call kawan aku yang study doc disitu. Mujur dapat jadi ktorang spend masa lunch, lepak di bonda cafe. So petang tu pas berpisah aku terus berjalan kaki Dari south ken ker Russell square. So it's all shopping there, Aku singgah gak masuk ke harrods tu and perfume burberry murah gila 23 pound shj, jadi jakun sebentar. Aku naik train lagi ke Piccadilly circus, shopping area and dpt spek for my fiance. Hehe. Jauh Bapak dar Milan ke London aku beli spec. Sila hargai diri ini. Haha. Lega rasanya dapat beli barang. Tak sedar masa dah jam 8pm. Aku terus gerak menuju ke whitechapel untuk Pergi ke tempat kawan nak rest tido.

Senang je hostel nye terletak opposite whitechapel station. Tapi dri south ken ke white chapel usih lama gak Mahu 20 min kot. Ngantuk rasanya. Dah 10 tahun x jumpe my junior, bayangkan dia dah sweet ayu and tinggi plus dr lagi and single lagi. So banyak kot sembang Walau dah letih Dari Hal kerjaya sampailah peribadi. Tq dear for your hospitality. Jam 11pm ktorang tido dah.

Esoknya, solat subuh berjemaah bersama memang menenangkan jika aku. Best rasanya. Pastu kt org sembang lg dan mkn magi goreng berjemaah. Xde diet yer minggu travel. Jam 11 kami keluar untuk melihat sekitar historical and London city remarks di area Westminster. Tetiba lalu depan ktorang adalah segerombolan demonstrasi kebangkitan rakyat. Berlari2 gak ktorang untuk menangkap gambar. Distracted sekejap then balik on track untuk berjalan. Now masa untuk mkn dan solat kami Pergi ke Malaysian hall.

Kemudian Sambung lg jalan2 ke area Trafalgar Square, Buckingham palace seterusnya ke Liverpool street untuk dapat kan my fev red velvet cake dr store hummingbird. Tak sangka sedap gila sampai aku jatuh cinta lg dgn Kek tu. jam dah 6 ptg and serious sgt penat. For dinner kt org tapau subway jer dan lepak di bilik sambil tgk running men. Haha. Bestnya Zaman belajar.

ITu je jalan2 aku di london. Esok ya breakfast nasi goreng sardin and mihun goreng. Bagus betul bdk2 ni masak. Dapat lg Kwn baru Bdk medic alhamdulillah. Pastu singgah jup ke store sport direct fav aku. Tgk ape de nk rembat, mlngnyer x der pun. Jd kt org pun terus gerak ke noodle oodle untuk makan nasi itik dengan 2 kawan sek aku. Lama gk x jumpe kot dr 2002-2013, wow 10 tahun gak. Tersedar Dari mimpi. So ktorang lepak and gossip sampai jam 3 ptg. Pastu aku terus Gerak ke airport untuk pulang.

Aiyo penat yer, jam 630 ptg aku boarding dan sampai jam 11 kt my sweet home. Ok ini shj catitan travel untuk Kali ini.

P/s hope dapat plan ke Paris or Cairo in march. Tgh Tunggu bos kata Pindah or stay. Hope dpt stay sesangat. Amin.



No comments: