Langkah seterusnya untuk resolusi diet

Ok dah masuk sebulan lebih aku berdiet. Setiap minggu Ada je hari2 yang kantoi. Lepas sebulan dapat lah turun 3kg alhamdulillah. Tetapi ini lah moment penting Dimana aku Akan selalu give up give up give up dan Akan tidak berdiet lagi. Sebab bosan menengok scale yg tidak Mahu turun iTu. Tetapi motivasi Kali ini perlu lebih tinggi dan jitu. Diet Kali ini adalah diet 6 bulan. 1 dec hingga 31 mei. Kemudian berehat sebulan dan resume semula Julai 2013 - dec 2013. Haha adalah jadual aku ini. Tapi Skrg berat seperti nak stagnant sahaja kalo ianya sama seperti minggu lalu. Jd aku dah tahu Akan puncanya.

Berikut adalah detail aku,
Tinggi 152 cm
Berat 5x kg
BMR 1209 kalori per day
DCR 1450 kalori per day
Mdcr 950 kalori jika deficit 500 kg
Jadi bila mdcr Jadi aku perlu tingkatkan DCR dengan bersenam agar jurangnya jauh dah aku dapat create deficit 500 kalori.

Haha, rasanya semua pun tak paham, yg berdiet sahaja paham.

Jadi aku Akan Tunggu lagi 2 minggu pola berat apakah yang berlaku. Jika stagnant aku terpaksalah berjogging di luar Rumah yang sejuk bangat ini. Mampukah aku.? Nak masuk 0 degree minggu depan. Huhu.

Improvement makan yang dapat ku laksanakan adalah kurangkan susu yang Ada fat dalam diet seharian. Minum 400ml of espresso without sugar but extra water. Minum capuchino, macchiato, markino Tanpa gula. No heavy dinner at night. 1.2 liter water per day. Baru dua hari tinggalkan pasta. X skip mana-mana meal. Itu sebab gaknye berat haku turun. Tapi x excercise. Telan multivitamin untuk support kekurangan mineral dalam badan. Apa lagi yang perlu di buat ye? Minggu ini menu baru without pasta. Jd aku Cuba ye tgk hasil ya.

So next week kene berubah. Suntikan senaman perlu Ada.

P/s Pergi jalan2 London pun kene berdisiplin jika tidak Mahu kantoi


No comments: