Wow super cepat masa berlalu. Itulah yang dikata orang dunia akhir zaman. Tanda nak kiamat cepat sahaja masa berlalu. Sekejap sahaja aku rasa hari itu aku menyambut new year di port dickson bersama geng aku kemudian aku berada di ceruk milan sedang menulis blog. Tidak kuasa hendak ku layan kesibukan kota cantik milan untuk menyambut tahun
baru. Lebih selesa memanggang daging burger ayam dan menikmatinya dirumah yang indah permai ini.
Buku 2012 adalah tahun terindah dan banyak menguji aku dalam membuat keputusan. Aku telah sah jawatan seperti yang aku inginkan tetapi peluang yang lebih besar terbentang diberikan kepadaku dengan menghantar aku bekerja dirantau orang. Hampir setengah tahun berada di rantau orang jelaslah dapat aku memahami falsafah hujan batu dinegara sendiri lebih baik negara sendiri.
Kerjaya aku memberi sedikit kesenangan kepada keluarga aku. Aku bersyukur aku diberikan kemudahan untuk menghulurkan bantuan kepada ibubapa ku walaupun masih berusaha dan bersusah payah untuk membantu aku akan teruskan jua insyallah. Tidakla ku rasa sesak sebak dan sedih seperti tahun2 terdahulu. Semoga semua insan yang ku sayang memperoleh barakah dan dimurahkan rezeki dalam kehidupan.
My other half, alhamdulillah akhirnya aku dah bertemu dan membuat keputusan berkenaan my other half. Walau jauh beribu batu tetapi tetap dipermudahkan segalanya. Yang penting ikhlas dan yakin dengan anugerah dan perasaan ini. Ya Allah, aku bersyukur.
Mama berjaya pergi umrah. Alhamdulillah. Suatu yang diluar jangkaan aku tetapi aku berjaya meniatkan diri untuk mama aku. Agaknya kerana doa mamalah. Mama terima kasih banyak2 kerana sangat suka mendoakan kebahagian dan kesejahteraan anak mu ini. I love you mama.
Harta seperti rumah. Syukur aku sempat menutup tirai tahun ini dengan mendapatkan sebuah rumah kecil milik aku sendiri agar mudah digunapakai sebagai singgah sana keluargaku di kuala lumpur nanti. Sejak dari dulu aku memang begitu, menyediakan tempat dan ruang untuk adik beradik ku. Aku rela, kerana aku malu membiarkan mereka menagih simpati menumpang di tempat lain. Cukuplah sekadar aku sahaja yang melaluinya dahulu. Segala urusan hampir selesai hanya perlu aku pulang ke tanah air.
Resolusi 2013 aku adalah bukan berunsurkan peribadi lagi. Tiada lagi azam seperti nak naik gunung atau melancong ke luar negara tetapi lebih kepada ingin berbakti lagi-lagi kepada kedua ibu bapaku. Hantar mereka menunaikan haji. Pastikan adik aku berjaya dalam universiti dan bantu dia sehabis baik dari segi kewangan dan moral. Memastikan kerjaya lebih baik dan melunaskan beberapa hutang tertunggak aku. Dan antara yang utama menjaga diri lebih baik, lebih berusaha agar dapat menjadi ahli keluarga dan pasangan yang cemerlang.
Berat rasanya resolusi tahun ini. Resolusi yang tidak penuh dengan keseronokan aku semata-mata. Tapi insyallah penuh dengan kegembiraan insan yang ku sayang.
Betul kata orang rezeki kita bukan sepenuhnya hak kita. Perlu diberikan kepada orang lain. Akan senantiasa aku practiskan perkara ini kerana dapat ku rasakan kekuasaan itu.
Oh lupa pulak kepada scandel dan kejadian yang tidak diingini berlaku pada tahun lalu. Maafkanlah kekhilafan kami. Dan kepada yang memulakan scandel tersebut. Aku maafkan dah kamu itu. Cukuplah kejadian itu memberi pengajaran kepada aku untuk lebih berhati2 dalam berkawan dengan mereka yang bergelar suami walau ditempat kerja.
Syukur ada yang memahami dan mempercayai aku. Jika tiada my other half agaknya tak selesai masalah ini.
Yang penting aku tutup 2012 ini dengan istanbul trip. Best ever trip sepanjang dieurope ini. Aku doakan agar semua yang kengkawan aku azamkan akan tercapai.
Ps- tersenyum sepanjang masa memikirkan betapa seronoknya tahun 2012 ini dan 2013 yg akan datang
No comments:
Post a Comment