Kepenatan keletihan dan kelesuan

Akhirnya setelah hampir 5 bulan berehat dari beriadah or workout aku berjaya membuat cubaan pertama body combat 1 hour dan jogging 30 mins. Rasa teruja dan happy kerana dapat exercise.

Tetapi hari isnin aku sangat haus dan telah minum 3liter air. Badan juga dan sakit-sakit musclenya. Aku tak larat nak rasa sakit-sakit ni. Terasa sungguh tidak selesa.

Malam hari lagi aku rasa tak sedap badan. Dah lama aku tidak jatuh sakit. Boleh kata sepanjang di petronas aku tak de jatuh sakit. Ya allah mungkin ini tiba masanya nak terima kesakitann kecil. Aku redha. Hapuskanlah dosa-dosa kecilku.

Jam sudah menunjukkan pukul 9. Aku sudah tidak tertahan. Berat sungguh mata ini. Aku nak beransur untuk tidur.

Salam

No comments: