Saya berjaya mencari unit rumah apartment seperti ciri yang saya kehendaki untuk jadi hak milik sendiri dan berpotensi dijadikan pelaburan. (sebenarnya nak bagi adik-adik aku sewa agar mereka tidak merempat di tempat lain, hehe aku rasa sungguh murni). aku masih nak menjaga mereka walau mereka dah dewasa.
Pening jugak urusan ini sebenarnya, perlu banyak berusaha mencari ilmu untuk memahami urusan pembelian, cara mengendalikan agen rumah, memahami kesan pelaburan rumah, mempercayai agen or peguam bertugas, memahami term and condition yang telah ditetapkan, perasaan gundah gulana tatkala nk menghulurkan wang simpanan percaya atau tidak. Memahami tempoh masa pengurusan beli agar tidak dikenakan denda or menyebabkan void pd pinjaman, paham proses epf2. Fuh dan macam2 lagilah.
Bila dah melalui ini barulah rasa macamana nak buat untuk sistem yang ke dua. Harap dapat membuat pembelian rumah best lagi untuk sendiri duduk. Kali ini memang beli untuk disewakan dahulu. Aku nak beli lagi satu rumah landed untuk park my parents kat situ or bina lagi satu rumah baru yer. Masih berkira dan menabung ke arah itu.
Boleh kata setiap hari muka ini ada dibank nak memastikan loan kita diproses dengan segera dan memenuhi kehendak kita. Walaupun jenuh gak menghadapnya tapi alhamdulillah akhirnya segala urusan mudah walaupun aku ni dah ke luar negara.
Harap tiada masalah dimasa hadapan. Mari belajar tentang pelaburan emas dan unit trust pula. Dan aku teringin nak berniaga di umur aku 40 tahun. I mean like real bussiness.
Ps- asyik pikir nak melabur sahaja..ini adalah entry kepam ok. so lama (next baru buat entry prosedur membeli rumah).
No comments:
Post a Comment