100 days to the journey

As salam,

Hari ini setelah dihitung dikira sebagai 100 hari lagi untuk new life resolution. Ya allah banyaknya dugaan yang telah dihadapi mengajar aku lebih dewasa dan redha. Bukan mudah untuk menjadi pasangan yang diredhai dan hidup berjauhan antara dua benua asia dan eropah. Mengikut hukum tempat aku akan disisi dia tetapi mengikut realiti mampukah aku melepaskan apa yang sedia ada or mengajak dia untuk melakukan apa yang tidak disukainya. Aku perlu belajar melepaskan dan redha.

Aku sebenarnya dalam persiapan menyiapkan majlis. Aku tidak berada di tanah air sendiri jadi aku tiada peluang untuk melihat sendiri perancangan majlis nanti. Aku berserah sepenuhnya kepada keluarga dan menggunakan medium internet sebagai medan perbincangan. Aku tidak mampu nak menggunakan definisi berjimat kerana tidak boleh mencari dan memilih. Jadi aku kene bersedia untuk berbelanja sedikit lebih. Ini pun kene usaha dan redha juga. Mama aku belikan telefon baru samsung agar dia boleh berviber dan berwassap serta bertango dengan aku. Sekarang dia telah pandai menggunakannya dan membeli internet melalui Maxis. Aku berasa bangga. Mungkin lepas ini aku boleh hadiahkan beliau Ipad (cewah berangan).

Persiapan aku mudah. Aku dah selesai beli barang lelaki. Aku dah book catering package (all in). Aku dah book 3 baju untuk 3 majilis. Aku dah book jurugambar. Semua dah park deposit. Im so simple. I agree to all and melainkan perkara yang tidak digemari seperti warna yang outstanding tujuan untuk nampak berbeza. No no. Im so down to earth. Kalau boleh nak jadi pengantin yang tidak dikenali. Tapi still it will be your own and first wedding in your life. Haruslah ada impak untuk diri you. Baiklah aku setuju.

Aku tinggal decide nak beli doorgift apa, baju keluarga belah perempuan sahaja. belah lelaki tidak ditaja.
Benda-benda adat yang lain tidak ada kot. Cuba buat semeriah dan sesimple yang boleh. Ini Majlis Kahwin bukan pasar malam. Ya allah Kau berkatilah perjalanan Kami meniti 100 hari mendatang ini dan beribu-ribu hari lagi.

Hari ini aku dikezut dengan kemungkinan di hantar ke benua US. Tidak terjangkau fikiranku untuk memikirkan bagaimanakah kehidupan kami pada masa akan datang. Jika itulah tersurat dan tersirat kebaikkan serta hikmahnya. Aku redha dan syukur atas segala dugaan, rezeki kerjaya, jodoh dan keluarga yang Engkau berikan. Semoga aku berjaya dan sabar dalam menempuhiNYA.

P/s pada kala hati terdetik segalanya terungkap depan mata. Apa harus ku lakukan?

Hati tersentuh olehNya

Ya Allah, entah kenapa? 2-3 hari ini hatiku benar-benar disentuh kesayuaan. Aku terpanggil untuk lebih lama menghabiskan waktu di tikar suci. Berlinangan aku mengenangkan dosa-dosa silam. Tak termampu untuk aku menebusnya ya Allah. Kau kurniakanlah aku kekuatan agar setia kepada mu. Aku terasa Sangat Hina dan lemah di kala ini. Ingin aku lepaskan semua ya allah. Hanya kepadaMu ku berserah. Aku adalah aku dan kaulah penciptaku. Tiada Yang Maha lain harus ku pusatkan imanku. Aku bersyukur hadir waktuku. Amin ya rabba Alamein.

Menu diet terbaru yang best

Progres diet adalah Sangat gembira minggu lalu, minggu ini memang aku jangkakan untuk berjaya maintain apa yang Ada sekarang dan menjadi lebih kreatif dalam menyediakan menu sihat yang Sangat sedap dan boleh di makan banyak Oleh mereka yang suka makan seperti aku.

Hari ini menu dinner aku adalah salad ikan sweet sour, ya Allah sedapnyer ala-ala kerabu manga. Resepi adalah seperti berikut kalau ingin mencuba.

Salad ikan sweet sour (1 orang mkn)
6-7 helai daun salad
2 Biji bawang merah kecik
2 Biji cili flakes merah
200 g ikan dori(Ikut suka anda ikan apa)
1/2 limau nipis
1/2 sudu soya souce

Cara-cara
Hiris halus salad, bawang hiris tebal, pecahkan cili flakes, grill ikan dori, and lenyek ikan dan Gaul semua bersama. Perah limau dan masukkn sikit soya souce sebagai perasa.

Siap. Boleh di makan. Kalau nak lebih kreatif ubahlah Ikut rasa masing2, tapi yg pasti discipline dalam memilih kandungan garam, gula dalam makanan ok.

P/s serius aku tak de plan nak pergi trip mana-mana..risau majlis Akan datang

Update aktiviti diet

Skrg berat ada sikit lg penurunan selepas aku kantoi makan di london. Ekoran tak mampu nk kontrol kalori secukupnya maka aku pun tambah satu lagi rutin iaitu berpuasa. Memang turun lagi cepat dari sepatutnya, aku dah risau je sebab 2 minggu lalu dah stagnant kan. Sbb tu aku ubah sikit rutin makan.

Tapi tak elok sangat kalo berat turun kerana berpuasa kan jadi aku tak jadikan dia rejim diet. Tapi aku kategorikan sebagai peluang untuk aku ganti puasa dan meningkatkan amal ibadat aku yang enteng ini. Insyallah aku akan istiqamah dalam rejim ini.

Kurang makan buang toksin badan jadi sihatkan. Jd aku akan fokus kepada diet untuk kesihatan. Jd susulan entry lalu aku x perlulah kuar jogging lg sebab berat aku turun. Jadi aku akan cuba lagi 3 minggu. Kita tengok progress macam mana.

Sebelum ini aku berdiet manyak tipu, tapi kali ini aku berazam agar istiqamah sampai habis. Aku tulis blog pun untuk sedarkan diri agar malu dengan orang luar disana. Jadi kalau tak nak malu kene berusaha lebih lagi. Yeah cayok2 untuk aku.

Happy birthday my dear

Alhamdulillah hari ini hari lahir my dear. Perlulah kiranya diucapkan selamat hari lahir bukan sahaja kepada empunya badan tetapi kepada mak yang telah melahirkannya. Dingat sekali lagi, bahawa hari jadi haruslah dikenang susah payah jerit perit ibu kita melahirkan kita. Thank you mak. Tetiba tq jugak mama lahirkan kita walaupun birthday kt belum lagi. Entry x romantik and lari tajuk.

Kepada my dear, semoga diberkati dimurahkan rezeki dan memperoleh apa hendaknya. Berusahalah bersungguh-sungguh yea. Jangan malas-malas haha

Kata-kata telah diubah agar tampak lebih sempoi untuk dibaca.

P/s berdebar2 banyak benda, menghitung hari untuk pulang ke tanah air atau tinggalkan tanah air ku itu or hari akan datang...


Londra trip 11-13 jan 2013

Yeah akhirnya aku berjaya sampai ke London. Aku pergi travel seorang je dr linate airport ke heathrow airport terminal 5. Flight naik british airway, mengaderkn tix harga 161 euro. boleh dapat murah nk yg mahal jugak. teringin nak merasa. Seronok feeling travel seorang ni rasa Sangat berdikari. Nasib baik aku de junior aku di royal queen university. Jd aku dpt tumpang stay tempat dia. At least de Kwn kn nk sembang and teman. Sampai airport aku terus cari travel card berharga 8.9 pound sehari. Bole naik semua London transportation kecuali heathrow express. So aku beli 3 pass total 26.70 pound. Pass ni untuk semua zone 1-6. Kalo beli single ticket mahal kot dalam 5.30 pound kot. Bayangkan nak naik 10x sehari Mahu pengsan nak Bayar ticket.

Jangan Lupe Amik map free Dari airport, dan masa 1 jam nak sampai ke central London lah baru aku study pe bende Ada kat sini. Jam baru jam 1030, jadi bila Tgk map aku rasa cam nak cover kawasan shopping mall dahulu sementara aku sorang2. Well shopping memang kene seorang jekan sebab bukan nak Amik gambar pun. Jd aku stop di south Kensington and nak cek apa Ada and plan nak Tgk luar je a few museum and Hyde parks. Tetiba aku terjumpe imperial college. Boleh tak my dream college for phd. Aku pun try call kawan aku yang study doc disitu. Mujur dapat jadi ktorang spend masa lunch, lepak di bonda cafe. So petang tu pas berpisah aku terus berjalan kaki Dari south ken ker Russell square. So it's all shopping there, Aku singgah gak masuk ke harrods tu and perfume burberry murah gila 23 pound shj, jadi jakun sebentar. Aku naik train lagi ke Piccadilly circus, shopping area and dpt spek for my fiance. Hehe. Jauh Bapak dar Milan ke London aku beli spec. Sila hargai diri ini. Haha. Lega rasanya dapat beli barang. Tak sedar masa dah jam 8pm. Aku terus gerak menuju ke whitechapel untuk Pergi ke tempat kawan nak rest tido.

Senang je hostel nye terletak opposite whitechapel station. Tapi dri south ken ke white chapel usih lama gak Mahu 20 min kot. Ngantuk rasanya. Dah 10 tahun x jumpe my junior, bayangkan dia dah sweet ayu and tinggi plus dr lagi and single lagi. So banyak kot sembang Walau dah letih Dari Hal kerjaya sampailah peribadi. Tq dear for your hospitality. Jam 11pm ktorang tido dah.

Esoknya, solat subuh berjemaah bersama memang menenangkan jika aku. Best rasanya. Pastu kt org sembang lg dan mkn magi goreng berjemaah. Xde diet yer minggu travel. Jam 11 kami keluar untuk melihat sekitar historical and London city remarks di area Westminster. Tetiba lalu depan ktorang adalah segerombolan demonstrasi kebangkitan rakyat. Berlari2 gak ktorang untuk menangkap gambar. Distracted sekejap then balik on track untuk berjalan. Now masa untuk mkn dan solat kami Pergi ke Malaysian hall.

Kemudian Sambung lg jalan2 ke area Trafalgar Square, Buckingham palace seterusnya ke Liverpool street untuk dapat kan my fev red velvet cake dr store hummingbird. Tak sangka sedap gila sampai aku jatuh cinta lg dgn Kek tu. jam dah 6 ptg and serious sgt penat. For dinner kt org tapau subway jer dan lepak di bilik sambil tgk running men. Haha. Bestnya Zaman belajar.

ITu je jalan2 aku di london. Esok ya breakfast nasi goreng sardin and mihun goreng. Bagus betul bdk2 ni masak. Dapat lg Kwn baru Bdk medic alhamdulillah. Pastu singgah jup ke store sport direct fav aku. Tgk ape de nk rembat, mlngnyer x der pun. Jd kt org pun terus gerak ke noodle oodle untuk makan nasi itik dengan 2 kawan sek aku. Lama gk x jumpe kot dr 2002-2013, wow 10 tahun gak. Tersedar Dari mimpi. So ktorang lepak and gossip sampai jam 3 ptg. Pastu aku terus Gerak ke airport untuk pulang.

Aiyo penat yer, jam 630 ptg aku boarding dan sampai jam 11 kt my sweet home. Ok ini shj catitan travel untuk Kali ini.

P/s hope dapat plan ke Paris or Cairo in march. Tgh Tunggu bos kata Pindah or stay. Hope dpt stay sesangat. Amin.



Langkah seterusnya untuk resolusi diet

Ok dah masuk sebulan lebih aku berdiet. Setiap minggu Ada je hari2 yang kantoi. Lepas sebulan dapat lah turun 3kg alhamdulillah. Tetapi ini lah moment penting Dimana aku Akan selalu give up give up give up dan Akan tidak berdiet lagi. Sebab bosan menengok scale yg tidak Mahu turun iTu. Tetapi motivasi Kali ini perlu lebih tinggi dan jitu. Diet Kali ini adalah diet 6 bulan. 1 dec hingga 31 mei. Kemudian berehat sebulan dan resume semula Julai 2013 - dec 2013. Haha adalah jadual aku ini. Tapi Skrg berat seperti nak stagnant sahaja kalo ianya sama seperti minggu lalu. Jd aku dah tahu Akan puncanya.

Berikut adalah detail aku,
Tinggi 152 cm
Berat 5x kg
BMR 1209 kalori per day
DCR 1450 kalori per day
Mdcr 950 kalori jika deficit 500 kg
Jadi bila mdcr Jadi aku perlu tingkatkan DCR dengan bersenam agar jurangnya jauh dah aku dapat create deficit 500 kalori.

Haha, rasanya semua pun tak paham, yg berdiet sahaja paham.

Jadi aku Akan Tunggu lagi 2 minggu pola berat apakah yang berlaku. Jika stagnant aku terpaksalah berjogging di luar Rumah yang sejuk bangat ini. Mampukah aku.? Nak masuk 0 degree minggu depan. Huhu.

Improvement makan yang dapat ku laksanakan adalah kurangkan susu yang Ada fat dalam diet seharian. Minum 400ml of espresso without sugar but extra water. Minum capuchino, macchiato, markino Tanpa gula. No heavy dinner at night. 1.2 liter water per day. Baru dua hari tinggalkan pasta. X skip mana-mana meal. Itu sebab gaknye berat haku turun. Tapi x excercise. Telan multivitamin untuk support kekurangan mineral dalam badan. Apa lagi yang perlu di buat ye? Minggu ini menu baru without pasta. Jd aku Cuba ye tgk hasil ya.

So next week kene berubah. Suntikan senaman perlu Ada.

P/s Pergi jalan2 London pun kene berdisiplin jika tidak Mahu kantoi


2013 di mulakan ...

Tahun lepas aku ingat lagi januari aku padat dgn aktiviti. Tahun ini sunyi senyap dan aku telah mulakan tahun ini dengan shopping. Ya allah, kerja nk berbelanja sahaja. Duduk di milan ini memang rak terlepas dari sentimen fashionista sepanjang masa. Dlm masa berapa bulan je aku dah ada 6 pasang kasut. I suke sangat kasual sport shoes. Adidas, timberland, geox, reebok, asic. Semua ada.

Dikesempatan ini aku beli barang2 my other half kat sini. Untung tuan punye badan dapat haku yang sweet pemurah lagi baik hati ini. Tapi aku ikhlas ok jer. Tup tap dah 9 hari berlalu, kejapnyer ku rasa.

Aku dan projek team disini masih tak tahu nasib kami. Stay or pindah ke negara lain. Aku nk stay kat sini aku suke dok milan. Aku dah serasi walaupun sejuk. Oh bulan ini juga aku dh prepare trip ke london. Cuaca agak tak mengizinkan tapi aku redha sahajalah asal dapat jejak kaki kesana.

Jd dikesempatan ini aku dah buat counting days. Argh another 1xx days for me. Tapi aku relax je sebab mama yg buat semua. Apa nak buat on 26 jan and end of jan yer. Patut ker saya ke turin and florence. Kene selesai melawat satu italy barulah bermanfaatkan.

Ade ku tgk class bahasa italian. Seronok sgt kalo dapat pi. Hope stay sini, kalo stay je aku nk amik kelas. 89 euro jer untuk 60 jam, murahkan siap ada sijil international. Nak sangat.

Doa mudah2 mudahan dapat stay kat sini. Amin.

Ps kene plan beli ticket ke egypt untuk march trip

2013 buka lembaran baru

Wow super cepat masa berlalu. Itulah yang dikata orang dunia akhir zaman. Tanda nak kiamat cepat sahaja masa berlalu. Sekejap sahaja aku rasa hari itu aku menyambut new year di port dickson bersama geng aku kemudian aku berada di ceruk milan sedang menulis blog. Tidak kuasa hendak ku layan kesibukan kota cantik milan untuk menyambut tahun
baru. Lebih selesa memanggang daging burger ayam dan menikmatinya dirumah yang indah permai ini.

Buku 2012 adalah tahun terindah dan banyak menguji aku dalam membuat keputusan. Aku telah sah jawatan seperti yang aku inginkan tetapi peluang yang lebih besar terbentang diberikan kepadaku dengan menghantar aku bekerja dirantau orang. Hampir setengah tahun berada di rantau orang jelaslah dapat aku memahami falsafah hujan batu dinegara sendiri lebih baik negara sendiri.

Kerjaya aku memberi sedikit kesenangan kepada keluarga aku. Aku bersyukur aku diberikan kemudahan untuk menghulurkan bantuan kepada ibubapa ku walaupun masih berusaha dan bersusah payah untuk membantu aku akan teruskan jua insyallah. Tidakla ku rasa sesak sebak dan sedih seperti tahun2 terdahulu. Semoga semua insan yang ku sayang memperoleh barakah dan dimurahkan rezeki dalam kehidupan.

My other half, alhamdulillah akhirnya aku dah bertemu dan membuat keputusan berkenaan my other half. Walau jauh beribu batu tetapi tetap dipermudahkan segalanya. Yang penting ikhlas dan yakin dengan anugerah dan perasaan ini. Ya Allah, aku bersyukur.

Mama berjaya pergi umrah. Alhamdulillah. Suatu yang diluar jangkaan aku tetapi aku berjaya meniatkan diri untuk mama aku. Agaknya kerana doa mamalah. Mama terima kasih banyak2 kerana sangat suka mendoakan kebahagian dan kesejahteraan anak mu ini. I love you mama.

Harta seperti rumah. Syukur aku sempat menutup tirai tahun ini dengan mendapatkan sebuah rumah kecil milik aku sendiri agar mudah digunapakai sebagai singgah sana keluargaku di kuala lumpur nanti. Sejak dari dulu aku memang begitu, menyediakan tempat dan ruang untuk adik beradik ku. Aku rela, kerana aku malu membiarkan mereka menagih simpati menumpang di tempat lain. Cukuplah sekadar aku sahaja yang melaluinya dahulu. Segala urusan hampir selesai hanya perlu aku pulang ke tanah air.

Resolusi 2013 aku adalah bukan berunsurkan peribadi lagi. Tiada lagi azam seperti nak naik gunung atau melancong ke luar negara tetapi lebih kepada ingin berbakti lagi-lagi kepada kedua ibu bapaku. Hantar mereka menunaikan haji. Pastikan adik aku berjaya dalam universiti dan bantu dia sehabis baik dari segi kewangan dan moral. Memastikan kerjaya lebih baik dan melunaskan beberapa hutang tertunggak aku. Dan antara yang utama menjaga diri lebih baik, lebih berusaha agar dapat menjadi ahli keluarga dan pasangan yang cemerlang.

Berat rasanya resolusi tahun ini. Resolusi yang tidak penuh dengan keseronokan aku semata-mata. Tapi insyallah penuh dengan kegembiraan insan yang ku sayang.

Betul kata orang rezeki kita bukan sepenuhnya hak kita. Perlu diberikan kepada orang lain. Akan senantiasa aku practiskan perkara ini kerana dapat ku rasakan kekuasaan itu.

Oh lupa pulak kepada scandel dan kejadian yang tidak diingini berlaku pada tahun lalu. Maafkanlah kekhilafan kami. Dan kepada yang memulakan scandel tersebut. Aku maafkan dah kamu itu. Cukuplah kejadian itu memberi pengajaran kepada aku untuk lebih berhati2 dalam berkawan dengan mereka yang bergelar suami walau ditempat kerja.
Syukur ada yang memahami dan mempercayai aku. Jika tiada my other half agaknya tak selesai masalah ini.

Yang penting aku tutup 2012 ini dengan istanbul trip. Best ever trip sepanjang dieurope ini. Aku doakan agar semua yang kengkawan aku azamkan akan tercapai.

Ps- tersenyum sepanjang masa memikirkan betapa seronoknya tahun 2012 ini dan 2013 yg akan datang

Hari 4 dan 5 akhirnya di istanbul

Hari ke 4, aku dah book 35 euro package bosphorus boat tour dan bus sightseeing kawasan old city wall. Both trip Amik masa 2.5 hours jadi total 5 jam. Pagi di orang Akan dtg pickup Pakai bus di hotel dan bawa ke kawasan menunggu boat. Dalam jam 11 lebih boat akhirnya Bergerak menyusuri channel bosphorus yg memisahkan Antara Barat dan Asia turki. Pemandangan subhanallah santek Dari atas boat dan segala tentang bangunan yg di lihat di beritahu Oleh seorang tour guide in english. Tea dan kopi bernilai 3 lira boleh diperoleh dr atas boat. Trip ini merentasi beberapa ataturk bridge dan beberapa bridge lain yg tak dapat di ingat namanya. Boat ini Akan lalu kawasan eminonu - kabatas - last bridge yang connecting Antara west dan Asia turki. Dan boat Akan u turn untuk singgah ke maiden tower. Ada restaurant dan boleh naik tower tersebut hingga ke atas. Tak sedar dah jam 230 ptg. Akhirnya tiba semula di kawasan eminonu. Perut pun Sudah kelaparan, apa lagi fish kebab bernilai 5 lira pun disambar sebaik turun dr boat.

Kemudian, menaiki bus dan Semua diberikan masa rehat dalam 45 min untuk solat. Kemudian tepat jam 330 ptg bus tour dimulakan. Bus melalui coastal road laut marmara dan melintasi old city wall yang makan berkilometer jugak. Memang mata pun dah penat tapi di gahkan juga merekod video gambar2 wall sedia Ada. Bus steers ya menuju ke Pierre loti cafe hill. Cam puncak yang Ada Kabel car turun ke bawa dalam masa 8 min shj. Ada jugak small restraurant dipuncak bukit tetapi agak mahal kerana harga teh atau kopi menjadi 4-5 lira Diatas sana. Aku hanye mengambil beberapa gambar dan menunggu untuk turun sahaja. Sudah Sangat penat sebenarnya diri ini. Semua pun di hantar pulang ke blue mosque area dan masing2 beransur.

Kemudian terus dapat kan dinner rice with chicken berharga 9 lira dengan free teh apple yang sedap. Kedai siap free wifi lagi. Bagus dan sedap. Habiskan banyak masa disitu bermain Internet. Kemudian terus kan langkah mencari magnet buat diri sendiri dan balik kan diri ke hotel untuk packing dan rest. Esok kene keluar terus jam 830 pg ke airport dan pulang.

Hari pulang, tiada buat apa. Ada kesesatan sikit tapi senantiasa boleh diatasi. Akhirnya tiba ke airport tepat pada masa ya. Sampai ke Milan jam 230 ptg dan tiba ke Rumah jam 330 ptg. Aku pun terus boom.

Istanbul Sangat best aku nak repeat hehe untuk Pergi makan2 sahaja dan next time kene Pergi area izmir. Nk lawat Ephesus, troy and mt niemrut.