Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Happy birthday my dear

Alhamdulillah hari ini hari lahir my dear. Perlulah kiranya diucapkan selamat hari lahir bukan sahaja kepada empunya badan tetapi kepada mak yang telah melahirkannya. Dingat sekali lagi, bahawa hari jadi haruslah dikenang susah payah jerit perit ibu kita melahirkan kita. Thank you mak. Tetiba tq jugak mama lahirkan kita walaupun birthday kt belum lagi. Entry x romantik and lari tajuk.

Kepada my dear, semoga diberkati dimurahkan rezeki dan memperoleh apa hendaknya. Berusahalah bersungguh-sungguh yea. Jangan malas-malas haha

Kata-kata telah diubah agar tampak lebih sempoi untuk dibaca.

P/s berdebar2 banyak benda, menghitung hari untuk pulang ke tanah air atau tinggalkan tanah air ku itu or hari akan datang...


Kembali ke Milan

Akhirnya, aku kembali ke Milan. Menaiki emirates KL-Dubai-Milan dan memulakan tugas seperti biasa. Cuaca di sini lebih sejuk Dari 2 minggu yang lalu, Dari avg 1-2 degree menjadi -2-4 degree. Kaki Tangan cepat menjadi Beku jika tidak Bergerak melakukan regangan2 ringan. Makanan memang aku rindukan pasta dan capuchino. Sedang Cuba melaksanakan resolution diet sekali lagi untuk 4 bulan. Keadaan suhu sejuk ini memang membunuhku dengan menggalakkan aku makan2 lebih banyak. Banyak perkara dan perancangan bermain difikiran. Namun segala jawapan perlu dicari dengan masa. Rasa sempit dan terhimpit dengan waktu. Tapi aku gah kan jua diri Kerana aku seorang survivor kan. Sempatkah aku, mampukah aku? Tapi tuhan yang tentukan jalan ini, tetap aku yang menjayakannya atau tidak atas izinNya.

P/s entry kembali ke Milan menjadi puitis pulak (sedang berkira2 Mahu jalan kemana)

081212 one step

Alhamdulillah, lega rasanya. Majlis dah selamat dijalankan. Haku relax Ajer, Walau Ada 1-2 Dugaan kecik yang menduga tetapi segalanya tetap berjalan dengan lancar. Ape pun dah  berlaku hehe tak boleh nak ubah2. Yg ku kenang pasti keadaan ku yg gegil2 iTu. Terserlah muka panic ku iTu. 

P/s semoga dipermudahkan segalanya. Amin. Tq to sha, anis, ikan, Fizan, Mek dan Yi yang setia menemani aku. 

Lelaki Merajuk

Topik yang jarang dihadapi jadi apabila mendengar orang bercerita mengenainya kita lupakan sahaja. Bila sendiri mengalaminya barulah terasa susah jugak yea topik ini. Jadi buatlah sedikit research owner terhadap topik ini untuk mencari ilham apakah cara terbaik untuk menanganinya.

Oh rupanya caranya adalah tidak menangininya sangat. Bukan terhegeh-hegeh untuk memujuk orang itu. Oh begitu rupanya. Jadi let it be (biarkan cool maksudnya) bagi masa bersendirian untuk elakkan serabut dan masa pikir sedalam-dalamnya. Dengan syarat tidak terlalu lama and set the time limit.

Haha kelakar tetapi penting jangan diambil remeh. Sebenarnya sedih juga bila orang tu merajukkan. Terasa hati. Sebagaimana kita perempuan merajuk begitu juga dengan lelaki. Cuma perempuan kekerapan dia tinggi banyak sikitlah. Jadi berpada-padalah, kurangkan merajuk, tingkatkan komunikasi and prestasi. Aik betulkan macam melodi pulak rasanya. Maksudnya tingkatkan tolak ansur.

Lupa pulak buku yang Man from Mars and Woman from Venus tu memang best. Kepada yang kurang pengetahuan macam aku ini membaca buku tersebut sedikit sebanyak membantu komunikasi dan mengajar kita memahami serta cara bertolak ansur. Jadi disarankan bacalah buku tersebut jika korang asyik salah paham jer dengan partner korang pastu tuduh asyik tak paham korangkan. Pastu bila aku search the net memang banyak ayat telah ditarik keluar dari buku tersebut dan digunakan serata alam. Cuma translate je lain-lain bahasa. Selamat membaca.

P/s - rasanya blog ini macam dah nak berubah imej ke my feminin side sikit..uish malu..

27 October our 1st big step

Aku perlu menulis sesuatu kerana khuatir akan lupa apa yang kurasakan istimewanya hari penting ini dalam hidup aku. Well manusia mudah lupa apalagi aku yang hina dan lemah ini.

Im happy, kira cam mark special day lah semalam. Haha aku sangatlah x romantikkan. Nasib lah badan. Persiapan tak tahu langsung, hanya mama uruskan semua untuk menyambut orang jauh. Nak kira jarak aku jauh lagi diperantauan haha. Aku bg wang sahaja. Tak pening langsung.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun sedikit bengang sebab org kat milan ni takde siapa yang update apa2. Ok fine. Merajuk seketika dengan semua orang.

Lets begin our journey and another 4 weeks for another big day. Yg penting and best kali ini aku pulang ke tanah air. Im so miss malaysia.

Ps- sorry memang tiada gambar sebagai paparan. Almaklumlah semua penyegan ayam. Kalo ada aku dah camwhore dah hehe.


Plan for happiness


Aku telah berada didalam mood yang gembira maka sekarang tibalah masa untuk merancang kebahagian sendiri. Bukan bererti aku tidak bahagia selama ini disamping keluarga dan rakan tercinta. Alahai well you guys know what. Jarang aku open up tentang perasaan aku kerana tahulah aku seorang yang logik dan praktikal. Apabila melibatkan hati pun aku tetap akan sama. hehe. Nasib badanlah siapa yang bertuah dapat tuan punya badan ini yea. Pendek kata masih lagi nak rasa ego ni. Aduhaii pun. Tapi tetap kalah juge mak ni.

Huhu perasaan sekarang happy sangat. Kesian pada diri sendiri kerana tidak berpeluang untuk merancang dan memilih secara dekat dan sendiri kerana kengkangan jarak yakni aku berada di luar lingkup Malaysia. Nasib baik ada mama tersayang, dialah uruskan segalanya. dahulukan juga kewangan dia yang sedikit tu demi anak dara dia yang sulung lagi comot nie. I love you so much mama. I know you excited gilerkan. I kasi jer you buat apa you nak buat ok. Jangan risau yer, beberapa hari lagi allowance akak akan masuk maka akan disalurkan beberapa fulus yang mampu. To Mr MLM pun i let you do anything u want as long you happy k.

P/s Masih lagi nak berahsia walaupun orang dah boleh agak tahu...