Trip to Lake Garda & Serravalle again


Lake Garda

Untuk minggu ini aku berniat untuk beristirehat sahaja di rumah tetapi disebabkan telah berjanji untuk menemankan Mr F maka aku mengahkan diri untuk menjadi navigator (tukang set GPS) untuk meneruskan trip ke satu lake terbesar di kawasan Sirmione iaitu Lake Garda.

Wow, itu sahaja perkataan pertama yang dapat diungkapkan kerana Lake Garda sangatlah besar, saiz dan kapasiti airnya tidaklah seperti kebiasaan tasik buatan atau semulajadi yang pernah aku lihat di negara sendiri. Dan kelihatan kebanyakan Swan dan Itik berkepala hijau berkeliaran bersenangan di tepian tasik tersebut. Jarang dapat melihat swan dari jarak dekat, peluang yang ada tidak dilepaskan.

Agak terkilan pada mulanya kerana aku pernah melihat kawasan yang lebih cantik seperti venice and cinque terre. Jadi melihat kebesaran lake garda sahaja tidak mendatangkan teruja yang tinggi. Perjalanan diteruskan dengan niat untuk menyusuri keseluruhan perimeter Lake Garda. Ketaksuban terhadap lake garda bermula apabila perjalanan kami melepasi kawasan pergunungan merentasi pekan Salo. Disitu pemandangan tasik disajikan dengan latar belakang bukit bukau yang terang kelihatan. Kami menyusuri jalan raya berselang selikan terowong batu yang ada diukiur secara abstrak or secara bergeometri. Mata tetap disajikan dengan pelbagai sudut pemandangan lake garda & gunung. Gunung apa yang terlibat tidak pula dapat diketahui namanya.

Akhirnya kami sampai di Riviera La Garda, hentian terakhir sebelum fajar melabuhkan tirainya. Disini jelas kelihatan pertemuan diantara 2 bukit yang disusuri oleh lake garda. Kecantikannya memang superb. Tidak tergambar lagi perasaan aku bagaimana sukanya aku menikmati pemandangan yang cukup cantik ini. Apabila jiwa itu sudah nature, maka nature juga yang menjadi sumber kecantikan utama di kaca mata aku.
Mungkin idea untuk melihat lake di negara italy ini adalah satu idea yang boleh dipertimbangkan dari melihat bandar-bandar besar yang terkenal.

Perjalanan hidup nampaknya berjalan seperti yang dibayangkan dan semoga segala perjalanan aku di dunia ini adalah diberkati dan memberi pengajaran buat diri sendiri.

Lupa pulak, keesokan harinya kami ke Serravalle Designer Outlet lagi, aku berjanji pada diri aku tidak mahu bershopping tetapi nafsu terhadap barang branded murah tetap menang aku beli jugak wallet Guess, cotton admiral sweater and 2 helai shirt. Janji telah berubah kepada zero shopping kepada minimum 100 euro mesti shopping untuk diri sendiri. Haha Alahai perempuan kan.

P/s - Telah mendapat teman wanita untuk trip minggu depan dan akan datang. Boleh tak cakap i miss my Mr MLM hehe..

Cancel Rome to Cinque Terre


With Manarola background
Agak kesibukan kerja sehari-harian dengan pelan dan dokumen yang perlu disemak adakah mematuhi piawaian dan kehendak yang kita ingin hasilkan. Di hujung minggu juga sibuk merencanakan diri ke tempat orang menghayati, mempelajari dan mentaksubkan diri dengan kecantikan negara orang lain sementara berpeluang ini.


Pelan asal adalah untuk ke ROME tetapi apabila dipikirkan Rome adalah sebuah city besar seperti Duomo, Milan juga maka pergi ke suatu tempat yang tidak dapat dikunjungi pada waktu sejuk adalah lebih baik. Maka kami geng berempat sekali lagi menerjah ke beberapa town kecil yang dipanggil Cinque Terre. Boleh dikatakan limpahan kampung yang cantik yang terletak di tepi-tepi bukit menghadap laut mediterannean jika tidak silap saya. Mendengar kata orang barang kali. Dari kg pertama Riomaggiore ke Manarola ke Corniglia dan akhirnya ke Porto Venere (bukan sebahagian kg santek cinque terre). Agak kerugian kerana terlepas dua kg iaitu Vernazza & Moteresso. Insyallah jika di panjang rezeki akan dijejaki semula kawasan tersebut menggunakan laluan keretapi yang merentas ke lima-lima kg tersebut.


Melihatkan kecantikan kampung dan bandar negara orang lain amatlah jauh bezanya jika dibandingkan dengan negara kita, tidak ada satu bandar dinegara kita yang boleh dikatakan cantek menerusi padanan laut, bangunan yang berestetika tinggi & bewarna warni serta bercorakkan antik serta dipadankan dengan gunung ganang yang berbatu dan kebun bunga atau buah yang segar mekar. Mungkin ekoran dari kesan peperangan sejak dari zaman roman dahulu kala yang menyebabkan bangunan lama sedia ada ini tetap kukuh dipelihara sehingga ke hari ini.

Segala-gala yang kulihat dari hari pertama hingga kini kebanyakannya adalah santek. Aku sangat terkagum dengan kecantikan alam ada di benua eropah ini.

P/s - Next Lake Garda, Nice or Zurich




Serravalle - Genova - Venice

Baru minggu pertama di San Donato, aku telah berkesempatan untuk ke Serravalle Designer Outlet, Genova Coastal Road and Venice bersama Mr F, Mr Z and Mr Y. (Untung badan hehe)

Di serravalle aku kononya tidak mahu berbelanja kerana mahu jimat wang tetapi naluri wanita yang kuat tiada nafsu shopping pun akan tergoda untuk berbelanja disini. Malu tapi mahu aku akhirnya beberapa ratus euro jugak habis semata mendapatkan 2 helai jeans energie, kasut hiking timberland and winter cloth replay. Kalau diteruskan lagi tour mahu ada yang merembat prada. Nasib perjalanan diteruskan ke Genova jika tidak ada yang puasa sebulan kat Italy ni. Harga di sini memang lebih murah berbanding yang di Malaysia seperti contohnya kasut hiking yang saya ingin itu di negaraku berharga RM600 tapi disitu dapat diperoleh dalam RM160 sahaja. Itulah perbandingan yang boleh dibuat, mahu beli atau tidak boleh pikir sendiri. Aku tanpa berpikir terus rembat. The power of debit card hoho.
PRADA at Serravalle Designer Outlet
Kemudian kami ke Genova yang memakan beberapa jam menggunakan jalan dalam, masyallah sangat cantik pemandangan berbukit penuh tumbuhan renek sepanjang jalan menuju ke Genova. Sebenarnya arah tujuan adalah ke Chiquetere tapi masa tidak mengizinkan jadi kami hanya dapat sampai ke Sanstre Levante. Suatu kawasan persinggahan yang cantik dan menghidangkan pasta yang sedap. Gambar yang disajikan hanya sedikit kerana selebihnya haruslah dirujuk kedalam muka buku. Di Genova masa banyak dihabiskan di dalam kereta dan beberapa pit stop untuk mengambil gambar. Kami pulang dari Genova tepat jam 9 malam.
Genoval coastal road is must seen road
Keesokannya harinya, kami berempat meneruskan perjalanan ke Venice. Via road perjalanan mengambil masa 2jam 30min terus ke dalam Island Venezia. Disana boleh park di kawasan yang disediakan dan berjalan kaki menuju ke Accademia. Entrance nak berjalan-jalan di area Venice. Venice adalah pulau yang sangat besar dan San Marco adalah tempat yang mesti dilawati. Map perlu diperoleh untuk mengelak anda sesat di pulau besar tersebut. Pemandangan adalah superb bagi mereka yang menghayati kecantikan building lama dan meminati panaroma sungai dan gondolo bertebaran. Couple adalah sangat sesuai untuk berjalan disini kerana mereka boleh bersembang panjang tentang masa depan di sini jika berjalan kaki dari mula sampai habis hehe.
Venice such a beautiful place to visit


Cukuplah tu sehaja coretan minggu pertama perjalanan aku berjalan di europe area. harap dapat memanfaatkan segala masa semasa aku berada disini. Berimpian untuk membawa abah & mama ke sini harap dapat diusahakan. Ya allah semoga dipermudahkan urusan dan rezeki. Amin.

P/s - Next to Romekah?

Hari berlepas ke Milan, Italy


Ikan but-but, Eone, Azam, Me, Sha, Ann & Fizan, Love you guys

Akhirnya dapat peluang untuk membuat coretan di blog tersayang ku ini. Aku nak bercerita al kisah ke Milan. Rasa macam pelbagai dugaan untuk ke negara orang dari penetapan tarikh pergi yang sering berubah menyebabkan kadang-kadang terasa fedup dan kecewa. Bila date dah confirm terus rasa gembira, ini adalah peluang dalam hidup untuk merasa kerja di rantau orang. Tarikh berlepas aku pula adalah sama dengan tarikh adik kedua aku yang akan melanjutkan pelajaran di UMS Labuan, Sabah dalam bidang Ekonomi Kewangan Antarabangsa. Fuyoo bunyi macam kencang. Disebabkan datenya sama maka jam 2 pagi kami telah bangun dan bergerak ke LCCT untuk pergi menghantar kemudiannya balik ke rumah semula dan gerak jam 8pm untuk ke KLIA. Sangat penat ok & lapar.

Di KLIA pulak, alkisahnya kwn segamat aku ni asyik tanye kabar jer kat mana dan dimana, aku pulak x mengesyaki apa-apa. Yang pasti kwn kg lindungan pun turut berhai2 dan berbye2 dgn aku, maka sedihlah pulak rasa hati kerana geng g2k aku semuanya busy tidak datang menghantar aku ke airport. Ok fine.

Aku pun terus pergi ke check in kiosk dan memasukkan no e-ticket aku itu yang rupanya tidak sah. Jadi kenelah pergi ke kaunter untuk buat secara manual. Sedang aku berlegar mencari kaunter untuk check in tetiba kwn segamat muncul disebelah aku. Apa lg seronok bagailah aku ada gak yang sudi menjenguk saya ini di airport. Jadi teruslah kami sama-sama mencari kaunter dituruti mama dan dua adik aku yang lain.

Setibanya di kaunter E itu, aku pun telah di SURPRISE oleh geng g2k. ada kwn seksyen 4 wangsa maju, kwn kulim, kwn pendang dan kwn temerloh. Maka happy bagailah aku sampai aku ketuk setiap sorang ekoran terkejut dengan kehadiran mereka, cewah. Setelah teruja bagai maka masa untuk check in, nak jadi cerita tragik barulah tahu flight delay, buat malu kat keluarga dan kengkawan je tak jadi flight pada malam itu, tunda ke 1030 pg esok. Untungnya MAS berikan tempat tinggal di Putrajaya Resort untuk semalam.

Rasa seram je sbb nak dapat date pergi punya payah, dah nak pergi flight delay tapi sabar dan redha ajalah asal semua selamat dan berjalan lancar. Lepas bersalam dengan mama abah dan keluarga aku pun join the geng melepak nak makan mamak, tetiba terjumpalah alang yang baru pulang dari sarawak. YDP JPP dan MPP waktu di matrik melaka & UMP, kira bos aku sepanjang 2 penggal. kami berborak sakan sekejap sebelum beransur dari KLIA.

Pendek cerita pergi check in hotel dahulu, then makan mamak kemudian melepak di bilik apartment aku dan semuanya beransur setelah jam 2 pg. Rindu nak melepaskan aku pergi, cewah. Aku pun hanya tido disofa kerana bimbang tidak bangun pada keesokan harinya. Esok pagi buta jam 630 pagi aku telah lengkap bersiap untuk turun nak ke airport by 7 pagi. Pada jam itu jugaklah aku mendapat panggilan telefon pemberitahuan bahawa flight delay lagi sampai 12tgh. Sabar ajala, maka aku pun sambung tido sampai jam 830 pg. Kemudian terus melompat dan pergi ke bawah tunggu bas, bus pun lambat hampir jam 10pg barulah bas tersebut sampai. Sempat aku berkenalan dengan seseorang yang bekerja sama tower dengan aku dalam Khazanah Nasional. Untung tambah seorang kenalan lagi di muka bumi ini. Maka adalah partner untuk bersembang dan bertanya hal-hal hidup diluar negara ini.

Sampai airport terus kene pergi kaunter lagi sebab nak discuss my connecting flight yang telah delay dan missed itu camana nak ganti. Harap pihak MAS membantu sepatutnya, risau sahaja jika aku kene bear cost penerbangan, confirm aku tiada wang untuk ticket. Tapi nasib baik Miss tersebut sangatlah baik maka dia check dan aturkan semua ticket aku yang miss dan juga check beg aku yang terlepas pergi ke fligth lain. Ya allah risaunya pulak rasa menyesal sebab check in beg awal, tetapi disebabkan pekerja MAS yang efisien beg tersebut dapat dijumpai tetapi mesti dicollect di London, and check in semula jika tidak HILANG..hoho. Ok aku pun aware atas segala tindak tanduk yang perlu dibuat. Ingat sekejap tapi lamalah jugak jadi aku tak dapat nak masuk executive lounge tapi terus ke ruang menunggu lg 30 min lah katakan.

Jam dah tepat 1205, nampaknya flight delay lagi, ada pulak sumber yang boleh dipercayai yang cakap jam 2 ptg. Tetapi asik ragu-ragu menyebabkan aku miss lunch voucher yang MAS tawarkan, sanggup tunggu gak sampai 2 ptg lala. Akhirnya jam 230 ptg baru boleh on board, semua economy class dan masuk tiba-tiba upper deck monitor ada problem. Jadi semua bussiness class kene tunggu lagi 40 mins dan jam 330 ptg barulah Airbus 380 itu dapat beroperasi dengan jaya tanpa masalah lagi. Fuh lega.

Penerbangan 13 jam tidak terasa dalam penerbangan business class Airbus 380. Thank you MAS atas layanan manja yang diberikan. Setelah sampai di Hethrow London memang agak bersusah payah kerana menunggu bag turun sahaja memakan 2 jam. Aku pikir sampai jam 9pm jam 10pm boleh masuk hotel rupanya tidak. Selepas dapat beg kene beratur plak panjang di ticket kaunter untuk confirm connecting flight dan penginapan semalam. Agak teruk jugak feedback yang MAS terima dari pengguna ekoran ada jugak yang MAS tidak dapat cover lebih2 lagi connecting flight yang dibeli secara berasingan dan tiada insurans. Aku dah tiada kudarat nak pikir kerana terlalu letih, lepas confirm tix kene check in hotel menapak lagi 6 mins dengan beg besar dan beratur lagi for 15 mins. Bayangkan semuanya selesai dalam jam 1 pagi. Mana nak mandi nak tido dan nak bangun awal jam 5 pg untuk ke airport for next flight jam 7pg.

Memang lemh rasa jiwa, 3 alarm aku pasang untuk dikejutkan risau jika tidak terjaga. Alhamdulillah aku bangun juga seawal jam 430 pg dan bersiap ke airport dan next destinasi Milan.

Itu jelah serba sedikit halangan tetapi aku anggap as good experiance sbb aku boleh handle camana rasanya delay and apa yang perlu ditanya apabila menghadapi masalah sebegini. Cara menguruskan wang serta orang itu lebih penting. Jadi sentiasalah berwaspada dan pandailah merancang untuk bersedia menghadapi perkara sebegini.

Di milan, aku naik cab terus ke Hotel dan tido for another 12 hours. Tak boleh nak elak kerana terlalu letih. Miss kerja untuk hari pertama dan telah berjaya merisaukan semua orang di office baru. Apa pun saya berjaya tempuhi sendiri masalah ini yeah.

P/s - semangat untuk kerja, next posting road trip to sarravale - genova - venice

Italy checklist


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk berangkat ke Milan, Italy. Untuk pengetahuan semua saya akan transfer ke Italy pada 1hb Sept ini. Banyak betul urusan nak diselesaikan sebelum berangkat. Urusan membeli rumah, urusan renovate rumah makcik, urusan keluarga, urusan hari raya, urusan kenduri, urusan adik nak masuk universiti, urusan kewangan, urusan medical checkup, urusan kereta rosak, urusan card credit/cek & lain-lain lagi.

Rasa tak menang tangan nak selesaikan semua sebelum 30 Ogos ini (khamis). Last-last nanti yang mana dan jerlah diuruskan. Itulah kalau wang menjadi punca penyelesaian memang lambatlah nak selesai kalau wang tiada. Harus banyak saving untuk membantu menyelesaikan perkara diatas.

Oklah mari kita check checklist kita untuk pergi italy:-
1. Ticket flight - KL-London-Milan-Milan-London-KL - Done
2. Book Hotel for 1 month - Done
3. Liase with HR Italy for House Agent via email - Done
4. 3 months deposit for house - Done
5. Check blacklist PTPTN - Done (fuhh lega)
6. Increase card credit limit - Not yet
7. Check debit/visa card withdrawal maximum limit - Not yet
8. Prepare traveller cek - Not yet
9. Packing bag - Not yet
10. Prepare document for embassy italy (birth cert ori, resume and form embassy) - Not yet
11. Prepare stuff maximum 500kg to be transfered there - Not yet
12. Check document perjalanan - passport & medical report - Not yet


7/12 - Tak siap, ehem menakutkan maka semua kene selesai by today. Karang ada yang merempat menjadi gelandangan di negara orang. Bila buat checklist barulah nampak banyak perkara tidak siap rupanya. Jadi jangan amik remeh sila mulakan dengan segera..tetiba nervous plak.

p/s - sbnarnya ada banyak lagi list remeh temeh, tapi list diatas adalah yang penting untuk menjamin keselamatan..hal remeh temeh adalah seperti planning nak ke paris/rome/barcelona/venice & london.haha

Hari raya bersama Rina dan ...


Raya kali ini ada sedikit kelainan kerana kehadiran orang-orang baru dalam kehidupan aku. Kedatangan baby rina yang comel lote memang memeriahkan dan meriuhkan suasana raya di kg. Kehadiran dia, aku namakan encik yang sudi membawa jalan beraya jauh sana sini turut menambah perisa sikit dalam suasana raya pada tahun ini.

Raya kali ini disambut simple seperti biasa, tetapi tetamu yang hadir di rumah nenek jumlahnya lebih dari tahun-tahun kebiasaan. Agaknya kerana nenek & atuk asyik berasa kurang sihat senantiasa maka ramailah yang dtg untuk menziarah dan melihat keadaan mereka. Tapi atuk & nenek ni kalau ramai orang meriah mereka akan menjadi sihat tetiba (automatik).

Gambar keluarga pada hari raya pertama gagal ditangkap, gagal juga hr raya kedua tetapi berjaya dilaksanakan pada hari raya ketiga. Dengan tambahan seorang ahli iaitu baby rina cute. Rina pun sangatlah kelakar kerana diusianya 8 bulan itu dia pandai nak cakap ma and abah (mak bapak aku) bukan daddy or mummy (mak bapak dia). Agaknya sebab hari-hari dijaga oleh mama & abah, maka itulah perkataan pertama yang nak disebutnya. Kalau aku mak dia mesti aku sedih..mengader punye baby. Nasib baik comel sampai rasa nak tumbuk2 (kata adik lelaki aku).

Aku ni tak fotogenik, hehe fotogedik jer  adalah. Jadi tak semua gambar akan menjadi plotnya. hanya segelintir mau pun beberapa keping sahaja. Namun berikut adalah gambar favourite aku sempena hari raya.

 Gambar bersama rina tengah sengih cam kerang busuk,
mana nak dapat susah woo ngagah dia untuk pose sebegini.

 Gambar bersama anak-anak dara yang lain fewitt,
ada jugak mak dara yang tak nak mengaku join sekali (cr baju pink)

Gambar raya pertama bersama adik lelaki
(tema sama kami dua shj), love the baju and tudung

Gambar family ada tapi aku tak fav sbb plot and arrangement gambar kurang santek. pakai timer so x best. x per next year kita improve lagi. soone or later aku nak update jugak pic tu sbb ada kehadiran rina didalamnya.

P/s - aku minggu akhir di kuala lumpur

Kecelaruan ingin membeli rumah



Hanya mimpi sahaja jika ingin memperoleh rumah seperti diatas pada usia muda remaja begini. Semestinya setiap manusia mempunyai keinginan mempunyai rumah sebijik yang besar, bilangan bilik yang ramai boleh memuatkan ibubapa, anak-anak dan menantu masing-masing, ada swimming pool, kelengkapan gym, sauna or jacuzzi persis hotel 5 bintang, ruang makan dan beristirehat dengan ruang yang cukup besar dan selesa dilengkapi home theater untuk menonton wayang bersama keluarga serta kitchen kabinet yang cantek untuk isteri rajin memasak di dapur. Ntahlah, dah kaya cam gitu mesti nak pakai bibik kan. haha lupakanlah sahaja impian permaisuri kat atas ini.

Daripada diatas kita downgrade pada rumah keluasan 900sqft je, pastu 3 bilik 2 bilik air, bilik stor sebagai tambahan dan carilah rumah yang ada menawarkan fasiliti gym, kedai dan swimming pool untuk dikongsi bersama masyarakat lain. Sebenarnya niat dihati tersangat-sangat nak membeli rumah sekarang lebih-lebih lagi apabila aku telah berada didalam keadaan 'homeless' tidak berumah ini. Teringin nak duduk di kondo tetapi kondo yang santek datang dengan harga yang sangat mahal. Keupayaan diri menjadi ukuran. Aku ingin menjadi orang yang bersederhana dan tiada bebanan hutang dalam hidup.

Maka pengorbanan harus dilakukan dengan mengorbankan segala impian dan harapan ingin duduk kediaman bak istana. Memadailah ianya rumah baru milik hak aku sdn. bhd. Perlu diusahakan sebelum aku ingin meninggalkan zaman bujang ini.

Aku inginkan kediaman seperti berikut:-

Harga: 150-250k sahaja
Lokasi: Ampang dalam radius 5km dengan mana-mana LRT Station / Area aliran LRT cth Bangsar/Pantai Dalam/Kerinchi/Setiawangsa/Gombak/
Jenis: Freehold
Tenure: 30 tahun
Facilities: Nak ada pool, gym, surau & kedai2
Others: Santek comel mata memandang and New Property

Motif: rumah ini adalah hak milik tunggal aku seorang sahaja senang untuk buat investment dimasa hadapan and park adik-beradik aku yang memerlukan rumah diawal alam pekerjaan mereka di kuala lumpur. Insyallah.

Sweet 27 for me

Yeah akhirnya aku kembali normal kerana duduk menetap di kuala lumpur. Dekat dengan teman dan keluarga. Pulang ke kl pada waktu hari lahir ku yang ke 27. Tak segan langsung memberitahu umur kepada semua. Alah kengkawan tahu pun. Jadi di hari lahir aku telah menyambutnya bersama keluarga dan kawan-kawan. Terima kasih semua. Tak sangka dah tua pun aku dapat bear lagi and 2 biji kek yang best. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan diberkati oleh Nya. Amin

My birthday cake from family

My Red Velvet from G2K

Teddy bear from G2k
P/s mucho grazier - im so excited now in italy mood

Urusan yang dipermudahkan

Alhamdulillah, hari ini hari yang gembira buat aku. Tahulahkan betapa berkeceramuknya perasaan aku apabila menyedari aku tidak sesuai untuk duduk di perantauan orang ini. Lebih lagi jika tiada menu makanan sedap yang aku ingin makan. Jadi diet telah aku jadikan alasan. Sentiasa terpikir dan terkenang keluarga serta kengkawan yang jauh. Tiada destinasi rekreasi serta pengangkutan awam terangkai yang dapat aku jelajahi untuk meneroka alam ini. Memang aku tidak mampu tahan perasaan hidup di kawasan kecil ini.

Pada suatu ketika, aku telah mendapat jemputan untuk menyelesaikan tugasan tender di kuala lumpur. Bagaikan disorong bantal, aku membuat pengesahan dengan bos dan bos memberikan kata putus dengan tidak perlu kembali ke sini. Bukan aku tidak suka tempat ini tetapi kerinduan terhadap keluarga, kawan-kawan dan ketiadaan aktiviti beriadah disini buat aku ingin larikan diri. Bayangkanlah betapa gembiranya aku lebih-lebih lagi dapat pulang untuk makan nasi goreng kampung terbaik di ibu kota. Sememangnya aku berjiwa metropolitan walaupun aku rindukan suasana balik kg.

Seperti segalanya telah dipermudahkan, aku sebenarnya nak membuat majlis hehe, majlis apakah? Majlis yang menentukan fasa kehidupan yang baru, rasanya semua fahamkan. Jadi apabila berada di rantau orang bayangkanlah betapa aku terseksanya dan bimbang kerana tidak dapat melakukan survey di jalan tar, nilai 3 or chow kit road kerana ketiadaan masa dan tidak berada di lokasi kejadian dan jauh dari mama. Jadi di sudut hati aku menjadi lapang kerana aku punya waktu dan berada di KL dan boleh melakukan survey selama mana yang aku mahu. Sekurangnya aku puas hati kerana dapat melihat sendiri segala barang yang perlu aku bayar itu. Mama akan menjadi tukang bayar yang dilantik secara rasmi. Mungkin betullah rezeki akan sentiasa datang untuk benda yang baik. Insyallah akan aku cuba laksankan dengan sehabis baik.

Jadi walaupun aku berasa sangat susah dan sesak sebelum ini. Tetapi tuhan telah tunjukkan jalan dan lapangkan hati aku. Jadi taklah aku asyik berasa rindu dan gelisah kan. Aku akan berjumpa dengan keluarga dan kawan-kawan. You guys i miss uols.

P/s - terus terisi hujung minggu aku dengan program seperti iftar yang berkepuk dan hari bersama anak dara di jalan tar di hujung minggu. rasanya seperti im back to normal.

Ramadan menjelma lagi

Seperti kebiasaan ucapan tahun-tahun terdahulu aku kesekian tahun 2012 turut ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada keluarga, insan tersayang, geng rapat (koriev07 & g2k), rakan perjuangan pergunungan (BCA, OGKL) dan rakan taulan yang mengenali diri ini.

Aku masih lagi di rantau orang dan akan berada di perantauan buat beberapa ketika dalam hidup aku ini. Ini adalah apa yang aku impikan, bekerja di serata dunia mengembara menambah kenalan, mengenal adat resam masyarakat tempatan, merasa makanan yang sedap-sedap dan paling utama merasa kecanggihan, kemajuan dan kesusahan bangsa lain di dunia ini.

Tapi aku berkeseorangan menjaga diri sendiri jauh dari keluarga. Agak sukar untuk membawa kesemua ahli keluarga aku kesini. Jadi aku terasa kesunyian di tempat orang. Tidak suka melayan perasaan ini. Aku lupa Allah itu sentiasa ada disamping aku. Aku tersedar.

Aku tidak keseorangan lagi. Aku cuba membuka minda aku agar lebih matang dan berusaha ke arah lebih baik. Aku agak sebak menyambut ramadan kali ini. Aku kurang berusaha dan akan terus berusaha. Sekurangnya usaha aku tidak mati.

Yang alpa,