Baru minggu pertama di San Donato, aku telah berkesempatan untuk ke Serravalle Designer Outlet, Genova Coastal Road and Venice bersama Mr F, Mr Z and Mr Y. (Untung badan hehe)
Di serravalle aku kononya tidak mahu berbelanja kerana mahu jimat wang tetapi naluri wanita yang kuat tiada nafsu shopping pun akan tergoda untuk berbelanja disini. Malu tapi mahu aku akhirnya beberapa ratus euro jugak habis semata mendapatkan 2 helai jeans
energie, kasut hiking
timberland and winter cloth
replay. Kalau diteruskan lagi tour mahu ada yang merembat
prada. Nasib perjalanan diteruskan ke Genova jika tidak ada yang puasa sebulan kat Italy ni. Harga di sini memang lebih murah berbanding yang di Malaysia seperti contohnya kasut hiking yang saya ingin itu di negaraku berharga RM600 tapi disitu dapat diperoleh dalam RM160 sahaja. Itulah perbandingan yang boleh dibuat, mahu beli atau tidak boleh pikir sendiri. Aku tanpa berpikir terus rembat. The power of debit card hoho.
|
PRADA at Serravalle Designer Outlet |
Kemudian kami ke Genova yang memakan beberapa jam menggunakan jalan dalam, masyallah sangat cantik pemandangan berbukit penuh tumbuhan renek sepanjang jalan menuju ke Genova. Sebenarnya arah tujuan adalah ke Chiquetere tapi masa tidak mengizinkan jadi kami hanya dapat sampai ke Sanstre Levante. Suatu kawasan persinggahan yang cantik dan menghidangkan pasta yang sedap. Gambar yang disajikan hanya sedikit kerana selebihnya haruslah dirujuk kedalam muka buku. Di Genova masa banyak dihabiskan di dalam kereta dan beberapa pit stop untuk mengambil gambar. Kami pulang dari Genova tepat jam 9 malam.
|
Genoval coastal road is must seen road |
Keesokannya harinya, kami berempat meneruskan perjalanan ke Venice. Via road perjalanan mengambil masa 2jam 30min terus ke dalam Island Venezia. Disana boleh park di kawasan yang disediakan dan berjalan kaki menuju ke Accademia. Entrance nak berjalan-jalan di area Venice. Venice adalah pulau yang sangat besar dan San Marco adalah tempat yang mesti dilawati. Map perlu diperoleh untuk mengelak anda sesat di pulau besar tersebut. Pemandangan adalah superb bagi mereka yang menghayati kecantikan building lama dan meminati panaroma sungai dan gondolo bertebaran. Couple adalah sangat sesuai untuk berjalan disini kerana mereka boleh bersembang panjang tentang masa depan di sini jika berjalan kaki dari mula sampai habis hehe.
|
Venice such a beautiful place to visit
|
Cukuplah tu sehaja coretan minggu pertama perjalanan aku berjalan di europe area. harap dapat memanfaatkan segala masa semasa aku berada disini. Berimpian untuk membawa abah & mama ke sini harap dapat diusahakan. Ya allah semoga dipermudahkan urusan dan rezeki. Amin.
P/s - Next to Romekah?
No comments:
Post a Comment