Lake Garda |
Untuk minggu ini aku berniat untuk beristirehat sahaja di rumah tetapi disebabkan telah berjanji untuk menemankan Mr F maka aku mengahkan diri untuk menjadi navigator (tukang set GPS) untuk meneruskan trip ke satu lake terbesar di kawasan Sirmione iaitu Lake Garda.
Wow, itu sahaja perkataan pertama yang dapat diungkapkan kerana Lake Garda sangatlah besar, saiz dan kapasiti airnya tidaklah seperti kebiasaan tasik buatan atau semulajadi yang pernah aku lihat di negara sendiri. Dan kelihatan kebanyakan Swan dan Itik berkepala hijau berkeliaran bersenangan di tepian tasik tersebut. Jarang dapat melihat swan dari jarak dekat, peluang yang ada tidak dilepaskan.
Agak terkilan pada mulanya kerana aku pernah melihat kawasan yang lebih cantik seperti venice and cinque terre. Jadi melihat kebesaran lake garda sahaja tidak mendatangkan teruja yang tinggi. Perjalanan diteruskan dengan niat untuk menyusuri keseluruhan perimeter Lake Garda. Ketaksuban terhadap lake garda bermula apabila perjalanan kami melepasi kawasan pergunungan merentasi pekan Salo. Disitu pemandangan tasik disajikan dengan latar belakang bukit bukau yang terang kelihatan. Kami menyusuri jalan raya berselang selikan terowong batu yang ada diukiur secara abstrak or secara bergeometri. Mata tetap disajikan dengan pelbagai sudut pemandangan lake garda & gunung. Gunung apa yang terlibat tidak pula dapat diketahui namanya.
Akhirnya kami sampai di Riviera La Garda, hentian terakhir sebelum fajar melabuhkan tirainya. Disini jelas kelihatan pertemuan diantara 2 bukit yang disusuri oleh lake garda. Kecantikannya memang superb. Tidak tergambar lagi perasaan aku bagaimana sukanya aku menikmati pemandangan yang cukup cantik ini. Apabila jiwa itu sudah nature, maka nature juga yang menjadi sumber kecantikan utama di kaca mata aku.
Mungkin idea untuk melihat lake di negara italy ini adalah satu idea yang boleh dipertimbangkan dari melihat bandar-bandar besar yang terkenal.
Perjalanan hidup nampaknya berjalan seperti yang dibayangkan dan semoga segala perjalanan aku di dunia ini adalah diberkati dan memberi pengajaran buat diri sendiri.
Lupa pulak, keesokan harinya kami ke Serravalle Designer Outlet lagi, aku berjanji pada diri aku tidak mahu bershopping tetapi nafsu terhadap barang branded murah tetap menang aku beli jugak wallet Guess, cotton admiral sweater and 2 helai shirt. Janji telah berubah kepada zero shopping kepada minimum 100 euro mesti shopping untuk diri sendiri. Haha Alahai perempuan kan.
P/s - Telah mendapat teman wanita untuk trip minggu depan dan akan datang. Boleh tak cakap i miss my Mr MLM hehe..
1 comment:
sesungguhnya aku jeles dengan mu!
have fun dar!
Post a Comment