Alhamdulillah, hari ini hari yang gembira buat aku. Tahulahkan betapa berkeceramuknya perasaan aku apabila menyedari aku tidak sesuai untuk duduk di perantauan orang ini. Lebih lagi jika tiada menu makanan sedap yang aku ingin makan. Jadi diet telah aku jadikan alasan. Sentiasa terpikir dan terkenang keluarga serta kengkawan yang jauh. Tiada destinasi rekreasi serta pengangkutan awam terangkai yang dapat aku jelajahi untuk meneroka alam ini. Memang aku tidak mampu tahan perasaan hidup di kawasan kecil ini.
Pada suatu ketika, aku telah mendapat jemputan untuk menyelesaikan tugasan tender di kuala lumpur. Bagaikan disorong bantal, aku membuat pengesahan dengan bos dan bos memberikan kata putus dengan tidak perlu kembali ke sini. Bukan aku tidak suka tempat ini tetapi kerinduan terhadap keluarga, kawan-kawan dan ketiadaan aktiviti beriadah disini buat aku ingin larikan diri. Bayangkanlah betapa gembiranya aku lebih-lebih lagi dapat pulang untuk makan nasi goreng kampung terbaik di ibu kota. Sememangnya aku berjiwa metropolitan walaupun aku rindukan suasana balik kg.
Seperti segalanya telah dipermudahkan, aku sebenarnya nak membuat majlis hehe, majlis apakah? Majlis yang menentukan fasa kehidupan yang baru, rasanya semua fahamkan. Jadi apabila berada di rantau orang bayangkanlah betapa aku terseksanya dan bimbang kerana tidak dapat melakukan survey di jalan tar, nilai 3 or chow kit road kerana ketiadaan masa dan tidak berada di lokasi kejadian dan jauh dari mama. Jadi di sudut hati aku menjadi lapang kerana aku punya waktu dan berada di KL dan boleh melakukan survey selama mana yang aku mahu. Sekurangnya aku puas hati kerana dapat melihat sendiri segala barang yang perlu aku bayar itu. Mama akan menjadi tukang bayar yang dilantik secara rasmi. Mungkin betullah rezeki akan sentiasa datang untuk benda yang baik. Insyallah akan aku cuba laksankan dengan sehabis baik.
Jadi walaupun aku berasa sangat susah dan sesak sebelum ini. Tetapi tuhan telah tunjukkan jalan dan lapangkan hati aku. Jadi taklah aku asyik berasa rindu dan gelisah kan. Aku akan berjumpa dengan keluarga dan kawan-kawan. You guys i miss uols.
P/s - terus terisi hujung minggu aku dengan program seperti iftar yang berkepuk dan hari bersama anak dara di jalan tar di hujung minggu. rasanya seperti im back to normal.
2 comments:
Moga dipermudahkan segala urusan, Haidar:) Bertabahlah hidup di rantau orang:)
Selamat terus berRamadhan!
terima kasih ain. sokongan dari kawan-kawan dan keluarga memang sangat diperlukan apabila berkeseorangan di perantauan ini.
Post a Comment