Raya kali ini ada sedikit kelainan kerana kehadiran orang-orang baru dalam kehidupan aku. Kedatangan baby rina yang comel lote memang memeriahkan dan meriuhkan suasana raya di kg. Kehadiran dia, aku namakan encik yang sudi membawa jalan beraya jauh sana sini turut menambah perisa sikit dalam suasana raya pada tahun ini.
Raya kali ini disambut simple seperti biasa, tetapi tetamu yang hadir di rumah nenek jumlahnya lebih dari tahun-tahun kebiasaan. Agaknya kerana nenek & atuk asyik berasa kurang sihat senantiasa maka ramailah yang dtg untuk menziarah dan melihat keadaan mereka. Tapi atuk & nenek ni kalau ramai orang meriah mereka akan menjadi sihat tetiba (automatik).
Gambar keluarga pada hari raya pertama gagal ditangkap, gagal juga hr raya kedua tetapi berjaya dilaksanakan pada hari raya ketiga. Dengan tambahan seorang ahli iaitu baby rina cute. Rina pun sangatlah kelakar kerana diusianya 8 bulan itu dia pandai nak cakap ma and abah (mak bapak aku) bukan daddy or mummy (mak bapak dia). Agaknya sebab hari-hari dijaga oleh mama & abah, maka itulah perkataan pertama yang nak disebutnya. Kalau aku mak dia mesti aku sedih..mengader punye baby. Nasib baik comel sampai rasa nak tumbuk2 (kata adik lelaki aku).
Aku ni tak fotogenik, hehe fotogedik jer adalah. Jadi tak semua gambar akan menjadi plotnya. hanya segelintir mau pun beberapa keping sahaja. Namun berikut adalah gambar favourite aku sempena hari raya.
Gambar bersama rina tengah sengih cam kerang busuk,
mana nak dapat susah woo ngagah dia untuk pose sebegini.
Gambar bersama anak-anak dara yang lain fewitt,
ada jugak mak dara yang tak nak mengaku join sekali (cr baju pink)
Gambar raya pertama bersama adik lelaki
(tema sama kami dua shj), love the baju and tudung
Gambar family ada tapi aku tak fav sbb plot and arrangement gambar kurang santek. pakai timer so x best. x per next year kita improve lagi. soone or later aku nak update jugak pic tu sbb ada kehadiran rina didalamnya.
P/s - aku minggu akhir di kuala lumpur
No comments:
Post a Comment