Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Hari berlepas ke Milan, Italy


Ikan but-but, Eone, Azam, Me, Sha, Ann & Fizan, Love you guys

Akhirnya dapat peluang untuk membuat coretan di blog tersayang ku ini. Aku nak bercerita al kisah ke Milan. Rasa macam pelbagai dugaan untuk ke negara orang dari penetapan tarikh pergi yang sering berubah menyebabkan kadang-kadang terasa fedup dan kecewa. Bila date dah confirm terus rasa gembira, ini adalah peluang dalam hidup untuk merasa kerja di rantau orang. Tarikh berlepas aku pula adalah sama dengan tarikh adik kedua aku yang akan melanjutkan pelajaran di UMS Labuan, Sabah dalam bidang Ekonomi Kewangan Antarabangsa. Fuyoo bunyi macam kencang. Disebabkan datenya sama maka jam 2 pagi kami telah bangun dan bergerak ke LCCT untuk pergi menghantar kemudiannya balik ke rumah semula dan gerak jam 8pm untuk ke KLIA. Sangat penat ok & lapar.

Di KLIA pulak, alkisahnya kwn segamat aku ni asyik tanye kabar jer kat mana dan dimana, aku pulak x mengesyaki apa-apa. Yang pasti kwn kg lindungan pun turut berhai2 dan berbye2 dgn aku, maka sedihlah pulak rasa hati kerana geng g2k aku semuanya busy tidak datang menghantar aku ke airport. Ok fine.

Aku pun terus pergi ke check in kiosk dan memasukkan no e-ticket aku itu yang rupanya tidak sah. Jadi kenelah pergi ke kaunter untuk buat secara manual. Sedang aku berlegar mencari kaunter untuk check in tetiba kwn segamat muncul disebelah aku. Apa lg seronok bagailah aku ada gak yang sudi menjenguk saya ini di airport. Jadi teruslah kami sama-sama mencari kaunter dituruti mama dan dua adik aku yang lain.

Setibanya di kaunter E itu, aku pun telah di SURPRISE oleh geng g2k. ada kwn seksyen 4 wangsa maju, kwn kulim, kwn pendang dan kwn temerloh. Maka happy bagailah aku sampai aku ketuk setiap sorang ekoran terkejut dengan kehadiran mereka, cewah. Setelah teruja bagai maka masa untuk check in, nak jadi cerita tragik barulah tahu flight delay, buat malu kat keluarga dan kengkawan je tak jadi flight pada malam itu, tunda ke 1030 pg esok. Untungnya MAS berikan tempat tinggal di Putrajaya Resort untuk semalam.

Rasa seram je sbb nak dapat date pergi punya payah, dah nak pergi flight delay tapi sabar dan redha ajalah asal semua selamat dan berjalan lancar. Lepas bersalam dengan mama abah dan keluarga aku pun join the geng melepak nak makan mamak, tetiba terjumpalah alang yang baru pulang dari sarawak. YDP JPP dan MPP waktu di matrik melaka & UMP, kira bos aku sepanjang 2 penggal. kami berborak sakan sekejap sebelum beransur dari KLIA.

Pendek cerita pergi check in hotel dahulu, then makan mamak kemudian melepak di bilik apartment aku dan semuanya beransur setelah jam 2 pg. Rindu nak melepaskan aku pergi, cewah. Aku pun hanya tido disofa kerana bimbang tidak bangun pada keesokan harinya. Esok pagi buta jam 630 pagi aku telah lengkap bersiap untuk turun nak ke airport by 7 pagi. Pada jam itu jugaklah aku mendapat panggilan telefon pemberitahuan bahawa flight delay lagi sampai 12tgh. Sabar ajala, maka aku pun sambung tido sampai jam 830 pg. Kemudian terus melompat dan pergi ke bawah tunggu bas, bus pun lambat hampir jam 10pg barulah bas tersebut sampai. Sempat aku berkenalan dengan seseorang yang bekerja sama tower dengan aku dalam Khazanah Nasional. Untung tambah seorang kenalan lagi di muka bumi ini. Maka adalah partner untuk bersembang dan bertanya hal-hal hidup diluar negara ini.

Sampai airport terus kene pergi kaunter lagi sebab nak discuss my connecting flight yang telah delay dan missed itu camana nak ganti. Harap pihak MAS membantu sepatutnya, risau sahaja jika aku kene bear cost penerbangan, confirm aku tiada wang untuk ticket. Tapi nasib baik Miss tersebut sangatlah baik maka dia check dan aturkan semua ticket aku yang miss dan juga check beg aku yang terlepas pergi ke fligth lain. Ya allah risaunya pulak rasa menyesal sebab check in beg awal, tetapi disebabkan pekerja MAS yang efisien beg tersebut dapat dijumpai tetapi mesti dicollect di London, and check in semula jika tidak HILANG..hoho. Ok aku pun aware atas segala tindak tanduk yang perlu dibuat. Ingat sekejap tapi lamalah jugak jadi aku tak dapat nak masuk executive lounge tapi terus ke ruang menunggu lg 30 min lah katakan.

Jam dah tepat 1205, nampaknya flight delay lagi, ada pulak sumber yang boleh dipercayai yang cakap jam 2 ptg. Tetapi asik ragu-ragu menyebabkan aku miss lunch voucher yang MAS tawarkan, sanggup tunggu gak sampai 2 ptg lala. Akhirnya jam 230 ptg baru boleh on board, semua economy class dan masuk tiba-tiba upper deck monitor ada problem. Jadi semua bussiness class kene tunggu lagi 40 mins dan jam 330 ptg barulah Airbus 380 itu dapat beroperasi dengan jaya tanpa masalah lagi. Fuh lega.

Penerbangan 13 jam tidak terasa dalam penerbangan business class Airbus 380. Thank you MAS atas layanan manja yang diberikan. Setelah sampai di Hethrow London memang agak bersusah payah kerana menunggu bag turun sahaja memakan 2 jam. Aku pikir sampai jam 9pm jam 10pm boleh masuk hotel rupanya tidak. Selepas dapat beg kene beratur plak panjang di ticket kaunter untuk confirm connecting flight dan penginapan semalam. Agak teruk jugak feedback yang MAS terima dari pengguna ekoran ada jugak yang MAS tidak dapat cover lebih2 lagi connecting flight yang dibeli secara berasingan dan tiada insurans. Aku dah tiada kudarat nak pikir kerana terlalu letih, lepas confirm tix kene check in hotel menapak lagi 6 mins dengan beg besar dan beratur lagi for 15 mins. Bayangkan semuanya selesai dalam jam 1 pagi. Mana nak mandi nak tido dan nak bangun awal jam 5 pg untuk ke airport for next flight jam 7pg.

Memang lemh rasa jiwa, 3 alarm aku pasang untuk dikejutkan risau jika tidak terjaga. Alhamdulillah aku bangun juga seawal jam 430 pg dan bersiap ke airport dan next destinasi Milan.

Itu jelah serba sedikit halangan tetapi aku anggap as good experiance sbb aku boleh handle camana rasanya delay and apa yang perlu ditanya apabila menghadapi masalah sebegini. Cara menguruskan wang serta orang itu lebih penting. Jadi sentiasalah berwaspada dan pandailah merancang untuk bersedia menghadapi perkara sebegini.

Di milan, aku naik cab terus ke Hotel dan tido for another 12 hours. Tak boleh nak elak kerana terlalu letih. Miss kerja untuk hari pertama dan telah berjaya merisaukan semua orang di office baru. Apa pun saya berjaya tempuhi sendiri masalah ini yeah.

P/s - semangat untuk kerja, next posting road trip to sarravale - genova - venice

Italy checklist


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk berangkat ke Milan, Italy. Untuk pengetahuan semua saya akan transfer ke Italy pada 1hb Sept ini. Banyak betul urusan nak diselesaikan sebelum berangkat. Urusan membeli rumah, urusan renovate rumah makcik, urusan keluarga, urusan hari raya, urusan kenduri, urusan adik nak masuk universiti, urusan kewangan, urusan medical checkup, urusan kereta rosak, urusan card credit/cek & lain-lain lagi.

Rasa tak menang tangan nak selesaikan semua sebelum 30 Ogos ini (khamis). Last-last nanti yang mana dan jerlah diuruskan. Itulah kalau wang menjadi punca penyelesaian memang lambatlah nak selesai kalau wang tiada. Harus banyak saving untuk membantu menyelesaikan perkara diatas.

Oklah mari kita check checklist kita untuk pergi italy:-
1. Ticket flight - KL-London-Milan-Milan-London-KL - Done
2. Book Hotel for 1 month - Done
3. Liase with HR Italy for House Agent via email - Done
4. 3 months deposit for house - Done
5. Check blacklist PTPTN - Done (fuhh lega)
6. Increase card credit limit - Not yet
7. Check debit/visa card withdrawal maximum limit - Not yet
8. Prepare traveller cek - Not yet
9. Packing bag - Not yet
10. Prepare document for embassy italy (birth cert ori, resume and form embassy) - Not yet
11. Prepare stuff maximum 500kg to be transfered there - Not yet
12. Check document perjalanan - passport & medical report - Not yet


7/12 - Tak siap, ehem menakutkan maka semua kene selesai by today. Karang ada yang merempat menjadi gelandangan di negara orang. Bila buat checklist barulah nampak banyak perkara tidak siap rupanya. Jadi jangan amik remeh sila mulakan dengan segera..tetiba nervous plak.

p/s - sbnarnya ada banyak lagi list remeh temeh, tapi list diatas adalah yang penting untuk menjamin keselamatan..hal remeh temeh adalah seperti planning nak ke paris/rome/barcelona/venice & london.haha

Alahai bintulu..


Alahai bintulu, sebagai seorang yang jiwanya penuh dengan segala aktiviti baik pagi, petang, malam dan hujung minggu, maka berada di Bintulu alahai lemah jiwa mak nie. Dahla patah kaki tidak mempunyai transport nyata (kereta) serta pengangkutan awam yang jauh menyebabkan haku terperuk sahaja di dalam suites yang serba mewah ini.

Hanya minggu pertama sahaja haku berkesempatan untuk bersiar-siar tapi tidak minggu ke dua mahu tiga atau seterusnya. Pelbagai usaha telah dilakukan dengan menghasut (mengajak cara baik) rakan taulan yang ada untuk berjimba ke sana kemari. Namun usaha gagal, ramai (2-3 orang shj) sibuklah konon. Akhirnya bersendirianlah aku di bilik mewah ini. Aku berjanji untuk pergi jogging pada hujung minggu (janji manis shj).

Semoga tidak terlalu kembang apabila pulang ke tanah air.

Nak jadi cerita..kat sini makan kurang pedaskan. Maka hari ini orderlah suatu kuey teow yang pedas tapi pedasnya lebih pedas dari yang malam semalam yer kak. aku yang order berkata. Maka hasilnya sampai ke aku memanglah bapak pedas sampai tak habis tak boleh makan. Bukan selonggok cili diberi tetapi selonggok lada hitam dihamburnya. Maka panas angin la mulut dibuatnya. Padan muka diri sendiri hambik ko hati ku pun berkata.

Menyesal aku order begitu, x pedas pun tak mengapalah asalkan sedap. 'BOS' pun dah bagi peringatan sila kurangkan makan pedas bahaya boleh menyebabkan kanser perut, eee menakutkan haku sahaja. baiklah saya menurut perintah.

P/s - stress tetapi sebenarnya nyaman, sangat peaceful mind duduk di bintulu ini, tak de masalah langsung, azam nak kurangkan makan pedas untuk kesihatan

Chapter baru di Bintulu



View dari bilik hotel aku berlatarbelakangkan laut Bintulu
Akhirnya setelah lama berkira-kira jejaklah kaki ku jua di bintulu. Hari ini adalah hari pertama aku dan menginap di Hotel new world, Bintulu. Hotel memang terbaik dari segala segi. Cuma jarak dari hotel ke tempat kerja mungkin akan memberikan sedikit kesukaran buat diriku. Tapi akan cuba ku atasi masalah tersebut.

Perkara yang perlu dilakukan di bintulu adalah bekerja. Walaupun menetap selama 2 bulan sahaja di hotel serba canggih ini, tetapi aku perlu kerja dan pikul tanggungjawab yang telah diamanahkan. Ada banyak rintangan yang terpaksa dihadapi untuk mendapatkan job ini untuk memastikan diri sampai ke sini dan akhirnya bekerja. Aku gahkan diri juga demi memuaskan hati demi pencapaian diri sendiri.

Tak sabar rasanya nak menempuh hari esok, apa yang akan berlaku dan menemui ramai lagi rakan sekerja yang baru. Aku berdoa agar segalanya berjalan dengan lancar dan menjadi seperti yang dikehendakiNYA. Amin.

P/s - rindukan geng gunung hukhuk

Genap 3 bulan kerja

Hari ini nak cerita kerja baru saya. Saja cerita pada blog untuk rujukan diri sendiri pada masa hadapan. Hari ini rupanya genap 3 bulan saya berada disini.

Pengalaman saya, saya dapati saya adalah dalam project management team tapi kena ada pengetahuan technical dalam planning, civil, proses dan operasi. Ingat kerja di company yang gah lebih mudah ekoran banyak benda sudah sedia ada. Maklumlah suka membuat assumption.

Dahulu saya background technical siap designer lagi. Sekarang beralih arah ke sebagai client, owner dan pelabur. Jadi berada di side ini kita sangat berhati-hati dengan kewangan dan pihak mana yang ingin kita melabur.

Objektif saya beralih arah adalah untuk mendapatkan exposure international project, berurusan dengan pihak luar , meningkatkan keyakinan diri dan keupayaan serta penguasaan bahasa inggeris.

Memang objektif diatas semakin dapat dicapai. Kerana projek yang sedang diuruskan sekarang memenuhi kriteria diatas. Tambahan pula saya mendapat seorang superior yang bagus yang membantu perjalanan kerja saya.

Setakat ini, saya ok dengan segala yang berlaku dipejabat. Semuanya free flow haha. Apa-apa pun kawan-kawan akulah benchmark aku dalam bekerjaa. Aku senantiasa nak jadi bagus macam bash, azam, bd and semua budak koriev yang lain. Antara semua, koreivians memang bagus-bagus semuanya kerjaya diorang.

Maka lagi 3 bulan saya akan habis probation. Begitu cepat masa berlalu. Sungguh tak sangka saya melalui t tahun ini dengan kerja di klcc. Mampukah saya bertahan untuk 3-5 tahun kehadapan. Hanya masa yang menentukan. Impian saya untuk menjadi seorang tenaga pengajar masih belum terkubur.

Oklah gtg

P/s satu trip international this year, sydney here i come

jeniang site visit for canal & dam design



Aku nak sangat wat posting ini, sbb aku ni suka sangat berjalan-jalan dan kaki melancong/mengembara ke seluruh dunia. tapi aku tak memperoleh modal yang mencukupi jadi aku hanya berkemampuan untuk mengembara dalam malaysia, eh dalam selangor and dalam KL jer buat masa ini. Lagipun banyak kekangan masa dari belajar dan kerja. Kerja sekarang pulak banyak dan bertimbun-timbun, sini sana kene tackle job yg relate dgn authorities and planner and other 3rd parties. Pada masa yang sama ingin berkecimpung dalam hal ehwal bisness yang di sudut kecik hati aku sangat suka bisness dan kalo boleh nak membuka butik sendiri yang semua jenis orang boleh pakai, bukan orang cantik sahaja atau orang sexy sahaja. Orang tak sexy takde pakaian yang cantik, dunia memang x aci.

baru-baru ini, a.k.a semalam..dr rabu - jumaat

aku telah bersama segerombolan bos-bos, senior engineer, intermediate engineer and junior engineer telah bergerak jam 6 pagi dari ofis (KL) ke jeniang kedah. Naik CRV milik ofis yang gear nya pun guna gear tangan lagi, old fashion punya kereta. Gunakan lebuhraya utara selatan kerana ini shj jalan yang ada dan singgah sarap sebentar di R&R rawang untuk solat dan pekena nasi lemak panas RM 1 (tak logik makan satu kene makan lebih dari satu sbb kecik) yang sedap dan direkemen oleh aku pada bos-bos. Pas makan teruskan perjalanan..tetapi Disebabkan aku pemandu amatur, kerja aku duduk blakang cam bos dan beradu sepanjang perjalanan. Tahan pakai seat belt belakang dari mula masuk keta sampai jejak ke kedah..(skema tahap dewa tapi tuk keselamatan tak mengapa)

Sesampainya di kedah, masuk exit pendang. Hanya 2km dr situ untuk sampai ke tempat peranginan kami plus tempat meeting dan bekerja di Pendang Lake Resort.Kami duklah menginap disana selama 3 hr 2 mlm. Selepas check in terus kami memulakan kerja dengan menuju ke contoh canal dan propose bhg conveyance canal. Wat kerja di panas terik sambil memakai kasut getah RM 16 yang baru ku beli smlm dan beriya-iya menggunakan topo map sambil mengintai-gintai site. Ramai yang hadir untuk sesi sitevisit kali 2 ini, consultant ilham for dam design, mr hilmi, en zul,en zahir + socioeconomic dr rahmat, mr azizan, en zahir, org EIA from ere consulting mr kelvin. and us mr megat, mr hasnizal, mr abdulla, mdm rohani, miss awin and me.

We have lunch at 1 and then continue visit the site at canal cengor, and regulator guar kepayang. Get real pictures about how the regulator looks like, how to design the syphon, box culvert and so on. Seronok dapat experiance sendiri, tgk actually how canal cross a river dimana level tak sama. Dah jadi engineer baru faham aspect sebegini, Sebelum ini tak tahu dan tak ambil kisah pun. Ktorang bergerak dari satu checkpoint ke satu check point yang lain untuk memahami kawasan mana yang akan di ambil, kampung mana yang direntasi dan jalan mana yg akan dipotong dek canal tersebut. Visit best tapi kami semua letih dan mengantuk giler, sesekali tersengguk-sengguk mata ini bila berada di dalam kereta. Tapi digahkan jugak sehingga jam 6.30 ptg kami pulang ke resort dan bersiap-siap.


730 malam - dinner enjoy time
tempat: gerai-gerai sekitar pendang sahaja
Balik - Rest - Tido - 6.30 Wakeup , Breakfast and Work Start at 8

Tersebut adalah gambar bagi regulator dan existing site yang dilawati oleh geng civil engineer.


regulator guar kepayang (view sample)

Canal and flume supply for sg. muda (canal ni cross river dan level lebih tinggi dr sg)

Same routine for next day....Thursday 8.00 am after pekene roti cana sedap org kg.

Kerje dimulakan di sekitar intake point, barrage, alternative intake point, segala sungai dan crossing, sekitar kampung dan jambatan. (malas nak upload pic lagi)

Meliputi semua bhg dam & transfer canal. Letih betul tapi best. Sampai jam 2 kami stop pg lunch. Pekena Cendol jeniang, sodap jugak cendol kedah rs lemak santan dan bukan gula semata-mata. Emm yummy.



Pastu kami teruskan destinasi menghabiskan visit ke semua river crossing bagi route transfer canal yang panjangnya adalah 8km sahaja. Walaupun kelihatan seperti pendek tetapi pelbagai hidupan dan penempatan berada di laluan transfer tersebut, bagaimanalah pihak socioekonomi nak menyelesaikan masalah penduduk tempatan ini? Mungkin akan timbul banyak masalah di masa hadapa. Semoga Dr. Rahmat and the geng dapat menyelasaikannya.

Pulang jam 6.30 ptg dan routine yang sama akan dilalui pada esok hrnya. Cuma esok hanya separuh hari untuk menghabiskan route bagi conveyance canal sahaja lagipun esok adalah jumaat maka orang kene semayang jumaat dan kedah cuti esok. Maka x berbaloi untuk bekerja di hari semua orang bercuti ria.

Panorama pagi di jeniang kedah yang sungguh cantik anugerahnya



pic after check out



wat keje socioeconomic plak -layan + makan dgn pokcik kg sawa besar

view di last point on top of the reservior and dam + with mr kelvin (eia consultant)

Panorama petang di tengah-tengah propose reservoir

Itu shj aktiviti yang nak dikongsikan dalam blog kesayangan ku ini. Kerja sambil melihat tempat orang aku suka. I luv travel and holiday so much.

P/s - semoga aku berjaya travel all over the world in the future, amin.




keje-keje design part 1

Konichiwa, hari ini nak cerita mengenai kerje design. Topik yang membosankan, tapi ini blog aku maka sukahatilah nak cerita apa. Haha.

kerja sbg civil engineer lelebih lg designer bukan nya senang sgt. Yg penting niat, komitmen dan minat yg mendalam serta redha menerima gaji yg kecil di awal permulaan kerja. Kerja design ni amat menarik dan mencabar kemampuan otak dan kadang-kadang mencabar diri menjadi org yng berpengetahuan luas. Kita akan memaksa diri kitaa untuk membaca pelbagai buku, standard, arahan teknik, notes dan necessary information.

Jadi designer pelbagai jenis design kita boleh dan akan buat. Contohnya:
1. design column, beam, truss and roof - structural engineer
2. drainage, pavement, slope stability, retaining wall, OSD, sewerage, water supply, geotechnical design, road profile, cross-section, level and alignment - infra engineer

Software kita boleh guna plak ada pelbagai, ikut availibility company, contohnya:
1. orian, esteem, staad pro - structural engineer
2. SlopeW, prokon, Acad, Acad Civil 3D, Acad Land Dekstop, sidra (for road) & Others yang tidak ingat. - infra engineer

Standard plak ada macam-macam yang harus, perlu dan wajib untuk dicontohi.
1. Arahan Teknik JKR
2. BS
3. JPS guidelines , HP procedure
4. Manual Saliran Mesra Alam

Itulah sedikit pengenalan mengenai kerje-kerje seorang designer. Kene guna otak 250% dr sedia ada. Yang tidak pandai akan menjadi pandai. Yang malas akan menjadi rajin. Jadi kalau nak stay pandai dan rajin jadilah designer ok.

p/s - teringin nak masuk Oil n gas sbb duitnya yang banyak tetapi sayangkan masa 4tahun yang dah ku bazirkan study civil engineering, bek aku amik kimia dulu (nak amik tapi abah tak restu)

Life is a telenovela

Huh !!!! tensionnya

Hidup ini memang macam telenovela, yang membezakan isi cerita hanyalah watak dan life seseorang itu.

Aku sekarang ini diibaratkan seperti anak kecil yang sebenarnya terkapai-kapai dalam mencari erti hidup

Aku takut untuk mengenali dunia luar yang penuh dengan orang tdak kenal perangai, penipuan semata-mata, perjanjian yang bermuka-muka, kata-kata manis palsu yang sebenarnya lebih pahit dari hempedu seekor badak

Nak hidup didunia ni tak susah, jadi lah apa jenis orang pun, tapi nak pastikan diri kita menjadi seorang insan berguna yang mampu memikul tanggungjawab amatlah payah sekali. Kalo ikutkan boleh dicampak tanggungjawab dan hal-hal lain tue memang dah lama buat begitu tapi X boleh. Sbb namapun insan, maka hendaklah aku pikir cara untuk menunaikan tanggungjawab dan urusan duniawi aku ini.

Apabila telah memasuki alam pekerjaan, emosi dan cara mengawal diri aku sama sekali telah berubah. Aku seakan memang cuba untuk menjadi seperti manusia –manusia dewasa yang lain. Inginkan kematangan dalam hidup, menjurus kepada pemilihan sesuatu benda yang bosan dan menampakkan kedewasaan. Semakin lama bekerja agaknya akan jadi taste orang tua. Aku dah tak boleh nak melempaskan tempias marah, gembira happening atau perasaam kita dengan sesuka hati masa kini, tak sama rasanya seperti masa belajar. Time study nak marah kawan kita nak marah ntah sesiapa boleh jer. Nak tipu sana sini atau x nak siapkan kerja dan assignment yang diberikan oleh lecturer pun boleh. Kita masih boleh memilih.

Sekarang ni hidup memang buhsan, dalam fikiran aku Cuma ingin dapatkan pekerjaan yang banyak ong dan support my family. Style hidup keluarga aku yang still di takuk lama tu perlu diubah. Nasib aku punya adik lelaki yang berada di ALAM. Pulangannya memang lumayan apabila dia bekerja kelak dalam tempoh 2 tahun akan dtg. Civil engineer gaji x mungkin high level sgt..Paling tinggi aku bleh dapat adalah RM 3+++..more than that kena amik masa bertahun-tahun lah.

Family, tak semua boleh dipercayai. Belah my father rasanya hampir semua problem. Boleh tak nak cut the ties with them. Nampaknya x boleh sbb aku still bergantung dan tak de punca pendapatan aku sendiri. Haraplah aku cepat dapat kerja yang cam best n nak larikan diri dari diorang punya side. Please maybe diorang pun dah x minat langsung nak tgk muka aku. Jadi aku akan larilah, jangan korang risan dan bimbang sangat. Aku pun tak pernah kepingin nak jumpa atau cuba nak berbaik dengan korang.

Macam tension jerkan, tapi aku selalu ingat kata-kata puteri tv3,

Hidup Cuma sekali yang penting kita enjoy.
Enjoy ni azam tahun lepas 2007, and lebih enjoy lagi adalah azam tahun 2008 ini..hahaha…

Yang penting setiap malam aku muhasabah diri aku agar setiap pagi aku sentiasa ceria dan lebih ceria di tempat kerja.

Thank God,

Nasib tempat keja aku skrang bukanlah satu tempat yang menyakitkan hari bahkan a good place to relax and gained a lot of design knowledge. Berada di ofis sahaja buat masa ini dapat menghilangkan rasa menyampah dan mengembirakan aku.

Every weekand mesti hilangkan diri dari place yang x best tue, balik kg semestinya, pergi pantai, vacation, sungai ker..tgk movie, melalak at K box, bowling, futsal, lepak cybercafe atau main masak-masak kat rumah sendiri di kg. Baru-2x ni plak aku amik form MARA kononnya nak sambung master kat United Kingdom. Kalo dapat beratus ribulah hutang aku. Sampai tua pun x mampu nak hidup senang sbb asyik byar hutang belajar haha..

Nampaknya, sampai sini sajalah luahan hati dan perasaan aku. Dah lama sudah tidak membuat coretan begini. Sesekali apa salahnya, menumpahkan perasaan jiwang di blog kesayangan ini. Yang penting aku puas dalam menyalurkan kepuasan hati aku dan terima kasih kerana ada juga yang sudi membaca perihal diriku ini.

Thanks. You make me feel alive..hehe ayat poyo..

Semoga hidup kita sentiasa diberkati oleh Allah SWT..dan kita akan always epi n tenang.

AMIN