berakhirnya tahun 2011

as salam,

tinggal lagi 1 hari selepas esok menuju ke alam baru yakni zaman tua, usia menginjak ke satu angka dan segala angka tahun ni bertambah satu semuanya ekoran nak menuju ke dunia baru.

sepanjang tahun 2011 ini banyak aktiviti outdoor telah dijalankan semenjak dari feb 2011 sehinggalah dec 2011. resolusi 2010 aku untuk menaiki gunung kinabalu telah berjaya dilunaskan pada tahun 2011, kesannya aku berjaya bertemu dengan sekumpulan kawanan yang baru selain dari geng koreiv yang senantiasa bertakhta di hati, cewahh.

tahun ini memang ramai yang telah berkahwin dan beranak pinak, maka hubungan diantara kengkawan jugak telah dijarakkan sedikit demi menghormati masa dan privasi mereka yang telah berkeluarga. maka group kawanan baru yang single ini tidak membuang masa merencanakan aktiviti bersama sepanjang tahun.

dari sekecik2x bukit ker tangga batu cave ker air terjun kemensah pun kami lalui. segala ceruk tempat makan semua nak dilawati, dan kesannyanya tahun ini berakhir dengan penambahan beberapa kilo, segala penat lelah dalam training gunung dan bootcamp selama 3-4 bulan yang lalu telah dihancurkan dengan sekelip mata. kelakar rasanya, penat berusaha dengan lamanya tetapi nak memusnahkan sesuatu tu memang sekejap sahaja.

aku dah berjaya dapatkan master degree pada tahun ini. satu pencapaian tetapi taklah kurasa terlalu bangga tapi kepuasan kerana berjaya menghabiskannya on time tanpa perlu extent. memang aku dahagakan perasaan susah payah untuk belajar, mungkin mengambil phd adalah satu perkara yang boleh dipertimbangkan untuk resolusi 3-4 tahun akan datang yea.

diving license pun dah diperolehi pada september yang lalu, bukan resolusi yang diidamkan pada mana-mana tahun, tetapi ekoran dengki dengan rakan yang ada lesen tersebut, tanpa berpikir panjang telah terjun kedalam laut untuk mendapatkannya, tapi serius i takut dive, walaupun i nak. kene bertafakur and berzikir banyak-banyak sebelum terjun laut in da future k.

bertukar kerja, lagi satu resolusi yang tidak terjangkau akal,patutnya aku design diri aku ini untuk amik IR pada tahun ke 7 bekerja and phd pada tahun ke 9 bekerja. akhirnya aku beralih angin dan telah join oil and gas ekoran terpengaruh. so far so good jer kat company baru ini, jadi aku taklah terlalu risau akan rencana bertukar kerja ini.

yeah another overseas trip, tak ler jauh mana setakat singapore sahaja. dalam satu bulan ni, dengan waktu yang padat dengan training, baru mula kerja baru nak sibuk dgn kerja baru sempat jugak luangkan masa untuk menapak di kota singa bersama geng baru. pantang kene goda memang mudah terpengaruh untuk dipaksa ikut berjalan. jadi jgn goda i lagi k, kerana i mudah tergoda dengan ajakan n pujuk rayu. tapi geng punye pasal no hal.

sayang i korbankan my krabi trip, kerana kerja i, tapi x per nanti i balas dendam pi krabi n phuket next year. barulah even dengan kengkwan yang dah pergi k.

pasal accident, ok 22 ogos adalah date aku accident dgn kancil putih ku itu WXX XXXX di area bukit tagar, tiada kecederaan major, cuma sedikit pusingan dan hentaman yang kuat depan dan belakang cukuplah memberi kesedaran kepada aku agar lebih berhati-hati dijalan raya dan ingatlah mereka yang tersayang. syukur aku dipanjangkan lagi usia untuk berbakti pada kedua ibu bapa aku, untuk mempunyai keluarga sendiri dan kerja yang diidamkan serta restauran aku sendiri. wah panjang lagi coretan hidup aku ni. nak europe backpack tour, nak pi jordan and beijing in da list.

bootcamp, outdoor fitness program. suatu benda baru yang aku kenal pada tahun ini. thanks to noora ann sebab memperkenalkan aku tentang activity ini. tanpa bootcamp aku takkan sedar bahawa dalam diri kita ada part yang perlu diteroka, boleh dilatih dan dipaksa agar ianya bergerak. siapa yang menyangka orang seperti aku juga mampu untuk berlari dan sprint sehingga boleh terjebak dalam aktiviti marathon. dikelilingi orang yang hebat dan sangat concern pasal kesihatan masing-masing membuka mata bahawa kita perlu jaga kesihatan diri kita setiap masa, bukan hanya masa kita telah sakit sahaja.

cukuplah sekadar itu sahaja coretan untuk 2011, bagi tahun 2012 aku berharap agar kesihatan aku dan kedua orang tua aku bertambah baik;
berupaya untuk menjejaki beberapa gunung lagi sepanjang tahun 2012;
beberapa run event juga sekurang-kurangnya 10;
penurunan beberapa mr kg (back on track);
confirm kerja by Mei 2012;
nak nek pangkat;
new car by June 2012;
bwk family i pergi holiday at Redang/perhentian;
and end my single life (resolusi baru activate).

my 1st malakoff run 12km

sambung cerita entry sebelum ini,

walaupun ankle ku dijangka sakit pada waktu pertandingan, aku telah tetapkan mindset dan beberapa perkara yang perlu dilakukan jika ankle sakit.

pertama adalah lari for fun, jgn target medal or target masa,
kedua follow jer style orang lain lari, jika masa tu semua orang berlari so join, if tang tu semua berjalan kaki then join.
ketiga abaikan segala yang menarik berlaku dihadapan atau tepi tetap terus berjog dan berlari
keempat if sakit terus kan sikit sikit sampai tak mampu langsung, jgn paksa kerana memberi kesan besar dikemudian hari
kelima lompat jer dalam van ambulans huhu

tapi keputusannya, aku berjaya juga habiskan run tanpa kesakitan dengan teknik 1 dan 2. sangat berterima kasih pada kasut admiral ku yang lusuh tapi lembut. ko memang penyelamat kaki ku. akhirnya berjaya menghabiskan 2 lap bukit damansara dalam masa 1 jam 48mins. hooha. terus aku bersemangat dan register plak for next run sebanyak 6km sahaja..

p/s - sangat seronok berlari ini, lebih-lebih lagi apabila anda sangat kuat berlari..

sakit ankle kerana banyak menapak

huh 18 december hari tu, aku off to singapura bersama geng g2k. kami dalam 5 orang plus 2 orang yang lewat (ahad br sampai), berada di sana atas urusan ronggeng dan shopping sahaja. aku telah membuat keputusan tanpa berpikir dengan mengenakan selipar aku bernilai RM9 yang lembut tetapi tidak dapat membantu untuk long distance punye jalan.

pergh, sakit tapak kaki adalah tahap tak ingat punya. rupanya perjalanan dari kastam ke bus ke train ke station train yang lain ke hotel ke orchard road ke marina bay ke bugis street adalah sangat jauh dan menggilakan. sampai nipis tapak kaki menapak dan memang menanggung kesakitan adalah scope of work dalam trip kali ini.

dulu aku pernah ada kes pakai high heels untuk lawat construction site dan terpaksa berjalan kaki sebanyak 4km. fuh lepas tu aku taubat tak guna heel sampai sekarang. hanya wedges melainkan nak pi annual dinner.

skrang aku taubat, if nak pi backpackers trip yang melibatkan penggunaan tapak kaki sahaja. maka akan ku pakai kasual sport shoes. barulah tak sakit dan perjalanan menjadi lancar serta boleh teruskan lagi perjalanan ke mana sahaja. taubat juga.

akhirnya tapak kaki ke ankle or buku lali memang sakit. kesannya dapat dirasa apabila aku training for malakoff run selepas 2 hr pulang dari singapore. pergh sakit terasa di awal latihan dalam km 1.2 ke atas. jadi aku hentikan penggunaan treadmill pada km 2. sambung dengan bicycle or else yang tak pressure my ankle up to 12km.

next day i try lagi, well the same, within first 2km sahaja ankle aku dah menjerit-jerit kesakitan. aku berhenti tidak teruskan dan fokus kepada tight sahaja. pergi wat bicycle up to 12km. aku pasrah kerana tambah lagi sport injuries dalam hidup selain knee problem adalah ankle problem. haha terpaksa lebih berhati-hati dalam memilih kasut dan training.

p/s - sila jgn berlagak dengan selipar RM9 anda ok...(ingatan untuk diri sendiri)

new life new works

watcha, akhirnya dapat jugak aku mencuri masa untuk mengekspreskan perasaan berkeceramuk stress tahap dewa ini. walau sesibuk mana pun aku ini tidak akan ku lupakan blog sesawang aku yang banyak memberikan aku kesedaran dan cara aku memuhasabahkan diri sendiri.


hari ini dah lebih sebulan aku ditempat baru, first day datang memang very welcoming, dengan notebook dan introduction to all staff berjalan dengan baik dan agak details, dari level eksekutif ke manager, senior manager and general manager. so untuk 1 months ni, assignment aku terima adalah settlekan initial study for winter construction at satu place di US nie. so banyak dekstop study tahap master phd level yang aku buat. rasa hebat lak asik baca journal and buletin news luar negara..haha tahap poyo. tapi aku rasa hepy and best jer sebab maybe this type of job memang my style kot, not structural, more general and more logic and very coordinate.


got a chance to hit gym a few times, after this paling teruk pun akan pergi jua sbb nak hit sauna.

tapi new life ni seriusly memang serius, everyone sangat hectic about their work. jadi i pun kene jadi as hectic and crazy hardworking like semua orang. takkan i nak ketinggalan. so i kena sangat perlu really need paceup myself. jadi kat opis akan bersungguh-sungguh belajar sampai i pandai dan berjaya contribute dalam apa-apa meeting serta mampu jawab apa orang lain tanya.


pendek kata i suka ar my new life, gi kerja de nek train, nek kete halfway, ada jalan kaki, ada gym for fitness, ada time for makan in group, ada masa tuk diri sendiri dimana i kan suka lone ranger. ada shopping mall, ada cubicle yang privacy yang tinggi. opis yang senyap, opis yang tak berapa sejuk aircondnya. ada place nak jogging pepetang. well it suits me. yeah. and of course work in a tower, a taller building. cewah..so full of entertainment. yang penting weekand free dan aku boleh marathon, hiking serta explore waterfall





tapi tetap stress adalah dgn mr berat. tetap tak mahu pergi breakup meninggalkan diri ku lagi. aku x perlukan mr berat lagi dalm hidup aku. akan terus berusaha paksa sampai kau pergi ok. semoga tahun depan aku dapat hilangkan kenangan mr berat dalam hidup ini.


p/s mahu hidup dengan lebih gembira dan bermakna dan bermaruah.

off for two weeks induction

hari ini adalah hari ketiga aku induksi untuk my new job di plc, bangi dan malam tadi haku tiada kelas jadi aktiviti senggang diisikan dengan karok selama 1 jam dan aktiviti lepak bersama kengkawan terchenta di willy satay.

dalam program ini ada dalam 33 orang new employee terlibat, 11 perempuan and the rest adalah lelaki yang telah digabung antara fresh grad dan experiance. agak menarik. dan tidak membosankan sebab ada budak yang malu2x bergaul lagi dan senior yang mampu menyesuaikan diri.

tujuan induksi ini adalah untuk mengajar kita banyak benda mengenai diri sendiri dari segi kepimpinan dan skill belajar yang perlu ada didalam kerja or bukan kerja. maka banyak ilmu dari pelbagai segi dapat dikutip dalam session induction ini. bersyukur kerana dapat meluangkan masa untuk memuhasabah diri, menimba ilmu dan memperbaiki diri dari masa ke semasa.

secara tidak rasmi untuk 3 hari ini, aku dapat melihat dimanakah kedudukan aku yang sebenarnya jika nak dibandingkan dengan mereka-mereka yang aku rasa sangat bersemangat, beretika dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugasan mereka. ini menyebabkan aku berasa sangat rendah diri. walaupun aku berpengalaman tetapi gap itu tetap terasa. mungkin ini adalah cabaran pertama yang aku dapati akan aku lalui untuk beberapa ketika sehingga berjaya meyesuaikan diri ditempat baru. aku akan tentukan gap-gap tersebut dan cuba atasinya.

apa-pun aku enjoy dengan apa yang disajikan, cuma jika ada banyak exercise di waktu pagi or petang adalah lebih baik. lol i miss my bootcamp really much already. 28 Nov akan ku kembali menjejakkan kaki ke bootcamp demi menyihatkan tubuh badan.

kawan baru apatah lagi, semuanya cam best dan ok. hopefully im gonna lead happy life and seek my internal and external happiness from now. amin.

p/s - need to pacemyself


get back on track

Haloo, after 4 months missed bootcamp session, aku start balik this month sebab dah de kenderaan. so kesannya, betapa teruknya badan ini nak menyesuaikan diri dengan segala jenis form of excercise, dari grunt,ke truster, ker mountain climber, ke kingkong push up semuanya mengalami masalah dari mendapatkan perfect form. sprint apatah lagi. Session Bc yang ke 4 memang killer dan menguji fitness level ku yang dah terbenam dalam lumpur nie. so aku tekad semula kena lebih disiplin memandangkan nak masuk kerja baru next month aku perlu fit agar lebih fresh and produktif di tempat kerja.

disiplin adalah key word untuk segalanya, pagi ini adalah BC session yang ke 5, aku rasa aku back on track, form aku adalah hampir baik dari hari sebelumnya, camne nak evaluate adalah dengan mampu untuk squat lebih rendah dari biasa, pushup deep dr biasa, dapat buat mountain climbers and grunt seperti biasa, cuma masa perlu dibaiki agar lebih cepat. akhirnya aku ok dalam fitness routine. kene janji pada diri sendiri untuk melengkapkan 6 month bc session for year 2012 ini. after ini boleh fokus pada perfect form agar kesannya lebih efektif. void 4 bulan yang lalu aku telah membuang masa dan merugikan diri sendiri. rasa penyesalan yg amat. orang lain can loose 9kg cam tu jer in 2 months and aku cam haram. kene berusaha lagi ini.

Alpha-ampang recruit on 3rd session of the month (Nov2011)

Workout experiances

Hari ini nak story experiances workout yang tak seberapa hari ini. Bulan ini masuk bulan ke 3 diet dan workout pergi ke laut. Pemakanan nasi 1/2 tetap diteruskan tetapi kekerapannya telah meningkat dari 1x per day ke 2-3 set per day. Berat masih maintain dan telah stagnant beberapa bulan ini. Terasa dimotivated tetapi cara hidup sihat mesti diteruskan sampai akhir hayat.

Masa study kat U dulu, haku tak cara tentang cara nak berdiet dengan betul dan efektif. Aktif memang ar boleh tahan lasak, energetic, naek gunung sana sini, jogging almost everyday tapi pemakanan x pernah jaga since kita studentkan, masih study tak rasa nak pikir sangat pasal diet ni. Kalo sebut diet jer masa tu mesti pikir pasal tak makan nasi dan x perlu makan. selalu dgr citer ramai budk pengsan pitam sebab diet. rupanya masa tu semua salah, maklumlah budak2x semua takde ilmu, bila nak wat sesuatu bukan nak google dulu, survey research and wat diet tu. men belasah jer. itulah haku dan segelintir rerakan aku pada masa dahulu.

Aku start aktif berdiet yg betul or inginkan cara hidup yang sihat adalah kerana pada suatu hari aku telah menemani kawan aku ke suatu saloon kecantikan. disitu ada scale weight dengan perasaan bangganya aku menimbang berat aku dgn menjangka berat yang sama seperti sebelum aku praktikal yakni 6 bulan yang lalu. Dengan terkejut badaknya angka tu telah meningkat mendadak sebanyak 5kg dalam setengah tahun sahaja. Maka aku terduduk sejenak dan terperanjat dengan apa yang berlaku, lalu terpikirlah aku akan segala yang aku makan dan lakukan sepanjang tahun itu. Mungkin benar dan aku terpaksa mengaku, dengan kadar metabolism yang rendah aku mengambil kira-kira 1700 kalori per day tanpa exercise dimana aku sepatutnya badan aku mengambil intake 1400 kalori sahajs per day. maka defisit 300 kalori per day telah menyebabkan peningkatan berat yang mendadak. Aku kecewa dengan tahap pemakanan pada masa itu.

Semenjak dari itu, aku tekad mesti menjaga makan dan mengubah pola makan & kene pergi wat latihan kardio + weight training. Makan(diet) + Exercise wajib dilakukan dalam keadaan serentak untuk pastikan loose weight berlaku. Jika nak maintain sahaja, maka diet or exercise shj boleh dilakukan jika kekadang kita pergi ke laut. Pahamkan..disiplin yang tinggi diperlukan.

Maka aku pun signup untuk register dance class kak lynda for 3 months in a row dan telah membersihkan segala isi perut dapur aku. No more cheap oil, no more makanan bergoreng yang dimasak sendiri, dan telah membeli banyak makanan mentah seperti ayam, sayur dan buah. Banyak menu sihat terpaksa disediakan sendiri. Biskut healthy pun kena beli yougurt some more. Tapi seriously, most semua barang tu mahal. Aku spend almost RM 200 untuk stok 2 minggu so total food punya budget is around RM400 per month. Kena sacrifice dari membeli makanan siap dr memana kedai. dan perkara wajib everyday adalah air 3liter perday. Yup stok air everyweek mesti beli sedozen 1.5L mineral water. Bayangkanlah this price untuk makan seorang di rumah. And excercise class kita bayar dalam RM110 per month for 12 sessions. Nasib kelas dekat dengan opis jadi jimat sikit. Kesimpulannya, berbaloi-baloiilah tetapi spend about RM5oo lebih per month namopak banyak tapi rasanya inilah apa yang orang lain buat jugak. Resutlnya, i berjaya hilangkan yang 5kg i gained during praktikel years...peh tu back to normal size..

Tapi since ada momentum exercise..aku quit plak dance class tergendala sementara sebab final exam selama 5 bulan dan masuk gym for 6months selepas itu. Sungguh bertuah sebab dapat guna pass member sebelum dia berhenti habis. Lagipun tujuan masuk gym adalah disebabkan nak develop my fitness, memang betullah walaupun manusia tu kurus tapi x semestinya dia fit sebab x pernah exercise. jadi aku motivate diri semula dan jangan malu nak workout dgn riso orang mengata anda gemuk.

Pada masa yang sama aku join gym dr january sampai ke june 2011 aku turut mengabadikan diri kepada alam dari 13 feb 2011 sehinggalah tercapai impian menaiki gunung kinabalu pada mei 2011 dan sehinggalah sekarang dah oktober 2011. Yang baik measurement badan ada perubahan tetapi muscle mass memang meningkat. Maka walaupun loose weight tapi akan ada 2kg berat otot meningkat yang perlu dihadapi. Jadi jgnlah bimbang bila anda start workout memang berat naik tapi anda kelihatan fit kan and tight.

Ada satu blogger sist nie, so inspiring lar kak adek manes nie. so far inilah antara blog yang memberi semangat dan kesan dalam kehidupan. tapi at the end, semuanya tetap adalah diri kita sendiri yang malas, yang rajin or yang tekad untuk berubah. Kalo dah disiplin sangat taklah diet n workout ke laut kan. hehe.

Sambung balik, hujung2x workout kat gym dalam bulan 5, aku pun signup untuk bootcamp, outdoor fitness program yang buat kat padang je guna sistem military yang selalu kita tengok dalam biggest loser tu, squat pulses, mountain climbers, truster, kingkong pushup and etc. Bootcamp ini memang best sebab semangat workout berkumpulan ni memang cool dan efektif. sangat terkesan dari segi fitness, mampulah nak mendaki dengan lajunya and berlari dengan seronoknya tanpa mengah, nafas cukup, jantung pam darah kuat dan laju. berpeluh jantan semestinya haha sangat busuk. rasa segar sepanjang hari, metabolism meningkat dan memang kuat nak minum air masak dan makan. So masa inilah kalo makan manyak protien dan diet makan makanan sihat memang efektiflah workout anda. Jgnlah pulak belasah nasi lemak or roti canai after that ok, rugi2x, tosei would be ok.

Dari sebulan, ke 2 bulan, ke 3 bulan lamanya aku join bootcamp dan telah melalui 36 session Bc yang best. Namun sudah tiada kesempatan dan peluang, aku tak dapat teruskan bootcamp sewaktu ramadan, after raya dan sekarang sudah 3 bulan aku tak pergi bootcamp. Rasanya memang teruk, mengah naek tangga, lemah lembut jer bergerak. kalo hiking tu nafas pun rasa nak putus dan sangatlah berat nak angkat kaki, memang suka nak test diri tengah tak fit pergi berani gaban naek trek pacak memang la semput, mengah, berat, malas dan dimotivated hehe. tapi i like torturing myself sbb nak cabar dan remind diri sendiri kita senantiasa perlu healthy dan fit sampai tua.

So, skrng im hopeless, dah signup a few runs lagi tanpa training, memang sengaja nak menempah seksaan fizikal haha. Org seperti saya memang perlukan seksaan sebegini agar senantiasa beringat. Harap bulan 12 ini selepas saya selesa dengan tempat kerja saya, saya kan reschedule jadual saya untuk masuk bootcamp di area KLCC. Walaupun different owner tapi x kisahlah asalkan saya tetap pergi training dan senantiasa ready and healthy at any point.

Kalo nak tahu detail pasal bootcamp sila layar kat sini k. Insyallah saya akan siapkan diri saya untuk gunung tahan pada tahun hadapan or lagi satu sebab nak kena confirm pekerjaan dulu barulah saya boleh amek cuti yang panjang sikit. Doakanlah saya agar terus berjuang dan berusaha ke arah kesihatan yang bagus.

P/s - teringin nak ajak kengkawan lain untuk join my healthy circle life, kalo nak join jgn segan nak bgtau ok.

Lagi sebulan disini

Lagi 17 hari minus hari sabtu & ahad aku berkira-kira menghabiskan sisa akhir aku di opis lama ini. Kejap jer lagi aku akan menghadiri kursus orientasi dan akan berada dalam dunia baru dan berkenalan dengan orang baru dan bekerja di tempat baru. Takde rasa berdebar dah mungkin kerana aku sudah belajar menerima. Acceptance itu perlu.

Aku berusaha menyiapkan sesatunya project dam yang telah lama aku buat analisisnya. Diharap report yang akan ku tinggalkan ini tidak memberi masalah kepada rakan sejawat yang ada. Aku telah belajar sehabis baik untuk memastikan apa yang aku lakukan adalah hampir benar.

Dalam masa aku ingin komited agar tidak cuti aku telah jatuh sakit selama 3 hari. Ekoran dari berlari 10km di dalam keadaan aku senggugut, 1st day aku bendera merah. Maka badan sangatlah lemah dan letih tp aku paksakan diri ku juga untuk berlari dalam waktu biasa tetapi agak ketinggalan 15min ke belakang. Pada masa yang sama aku telah mengalami cirit birit dan campuran 2 simptom ini menyebabkan aku lemah, pengsan selama 3 hari. Berehatlah aku selama 3 hari ni menidurkan diri. Tiada apa dapat aku lakukan walaupun cuti.

Maka terisilah masa akhir aku disini. Selain itu, aku tetap keluar untuk beriadah bersama teman-teman pada hujung minggu. Tapi minggu ini dan minggu depan hanyalah masa yang aku ada untuk mengemaskini segala barang aku di pejabat lama. Diharap aku mampu untuk mengemaskan barang yang sangat banyak itu. Nak mengemas waktu hari biasa aku malu kerana dikata sangat seronok nak keluar.

2 minggu ini untuk berkemas, kemudian minggu pertama Nov raya haji pulang ke kg, 2nd week ada tugasan jadi guide naek ke broga untuk satu bas, alhamdulillah assignment pertama freelance jadi guide. And 3rd week dah berada di Bangi berorientasi yeah. Saya akan penuhkan masa saya dengan aktiviti yang gembira sahaja.

P/s semoga segalanya berjalan lancar dan happy spt yg sy bayangkan. Tapi trip krabi 24-27 Nov saya telah saya cancel. Hanya mereka ber8 akan pergi. saya stay disini. enjoy yer korang..



Jom tiruk di Sg. Sendat

Pertama kali dalam hidup aku buat aksi tiruk waktu mandi di sungai.

Alkisahnya hari sabtu yang lalu haku telah bangun awal semata-mata untuk memenuhi jemputan berarak pengantin Mr shafiq a.k.a adik Noora Ann ke Kuang, batu 19. Jam 930 pagi aku dah siap dengan makeup dan tudung lagi semangat nak hantar pengantin, tetapi tunggu punya tunggu after 1 jam barulah Cik Pinky & Ikan but-but datang untuk mengambil saya, memang punctual kerana kami menjangka pengantin untuk berarak jam 11. Apa-pun janji melayu ini, cik sha, en eone and en fizan masih lagi ditempat tidur, punah harapan untuk gerak awal. Jam 12 barulah muncul batang hidup ahli kelab g2k ini dikejiranan rumah pengantin.

Jam 1230 kami meluncur terus ke kuang dan tiba jam 130, keadaan memang agak renyai dan hujan seketika dalam 20mins. Walaubagaimanapun cuaca semakin cerah dan baik demi menyinari kemeriahan kenduri pengantin pada hari itu. Kami sungguh gembira melepak dan bersembang di majlis kenduri orang yang kami x kenal pun, tau nama gegitu sahaja. Tanpa sedar jam dah pukul 3 ptg, kami sudah lewat untuk menuju ke batang kali meneruska agenda tiruk di Sg. Sendat.

Pendek cerita jam 5 kami sampai di sg sendat, dah lewat jugak utk mandi tapi kami tak membuang masa agar dapt mandi dengan sepuas-puasnya. Nasib sudah ramai orang balik, maka tinggal kami ber6 sahaja tiruk di level atas sg. sendat. Haku nak share beberapa attempt tiruk yang dilakukan oleh kami, hehe sengaja nak kasi lawak sikit kerana gambar2xnya memang kelakar dan buruk tul aksinya. Mandi sampai jam 630 terlalu sekejap, kami terpaksa bergegas pulang kerana kws tersebut akan menjadi gelap. Seram.

Sekarang saksikanlah apa terjadi apabila kami beraksi tiruk. hehe.

f-zan - aksi pro

e-one - aksi opps tunggu saya bang

ikan but-but lompatan berirama

Ann - ops terjatuh sudah ba

sha - cekup harimau

me-world piece frog

winner, cik aini kungfu panda wachaa

Haha, manyak lagi tapi ini jerpun dah cukup kelakar, berpuluh attempt tiruk hanya untuk dapatkan pose terbaik. Best tiruk di Sg. Sendat, reramai lehla pergi sana ok.

P/s - looking for more tiruk action kat memaner jeram lain yang x deras ok. siap dah beli google and 2 swimming shirt untuk mantapkan skill tiruk.

Gunung Gap & Ulu Semangkuk

Barisan bawah dari kiri: Fish cake(zahid), razman, abg apip, Noora Ann, Sufeh
Berdiri dari kiri: Jai/Jenal, Syed, Ayong, Roy (abg kiko), Paksheikh, Eone, Su, Ros, Cik Aini, Fizan,
Cik Sha, ME and Ijam


Ini adalah Kali ke 2 join mendaki bersama group OGKL, pendakian namanya one day trip (budget santai) rupanya hardcore juga, nak benti minum air pun serba salah sbb bila berhenti 2 mins jer dah stop que crew mendaki. Kita pulak minum pakai botol. Jadi confirmlah lepas ni kalo join lagi trip ogkl memang kene lengkaplah equipment and gadget water bag tu sebab letih woo x minum air. 1st time hike tak habispun 1.5L air mineral haku.

Trek pacak, start dengan gunung GAP. tepat 1 hour sampai peak, dan dalam 2 jam ke peak Semangkok, trek ala-ala boleh jogging kata master OGKL. Pergh bapak master2x ni dalam trek memang mantap sbb asik bersembang sahaja, aku dah terlalu letih dah x mampu nak bukak mulut. Tapi teringat instructor bootcamp cakap kalo boleh bercakap during workout memang kita fit ar jadi confirm aku x fit and master ni super fit. Start naik jam 11.10 pagi dan selesai climbing sampai bwh jam 630 ptg.

Akhirnya selesai juga, kami dinner dinner di pekan KKB dan beransur pulang jam 1030 malam ke rumah masing2x..Lega kerana mission accomplished.

Kali ke 3 join ogkl, kita akan jadi member dan boleh dapat murah sikit hehe..tp ada yuran ahli dan yuran tahunan kene bayar.

P/s- mampukah berangan nak target Gunung Tahan - Merapoh Kuala Tahan, Trans Gunung2x & Gunung Merapi