Pertama kali dalam hidup aku buat aksi tiruk waktu mandi di sungai.
Alkisahnya hari sabtu yang lalu haku telah bangun awal semata-mata untuk memenuhi jemputan berarak pengantin Mr shafiq a.k.a adik Noora Ann ke Kuang, batu 19. Jam 930 pagi aku dah siap dengan makeup dan tudung lagi semangat nak hantar pengantin, tetapi tunggu punya tunggu after 1 jam barulah Cik Pinky & Ikan but-but datang untuk mengambil saya, memang punctual kerana kami menjangka pengantin untuk berarak jam 11. Apa-pun janji melayu ini, cik sha, en eone and en fizan masih lagi ditempat tidur, punah harapan untuk gerak awal. Jam 12 barulah muncul batang hidup ahli kelab g2k ini dikejiranan rumah pengantin.
Jam 1230 kami meluncur terus ke kuang dan tiba jam 130, keadaan memang agak renyai dan hujan seketika dalam 20mins. Walaubagaimanapun cuaca semakin cerah dan baik demi menyinari kemeriahan kenduri pengantin pada hari itu. Kami sungguh gembira melepak dan bersembang di majlis kenduri orang yang kami x kenal pun, tau nama gegitu sahaja. Tanpa sedar jam dah pukul 3 ptg, kami sudah lewat untuk menuju ke batang kali meneruska agenda tiruk di Sg. Sendat.
Pendek cerita jam 5 kami sampai di sg sendat, dah lewat jugak utk mandi tapi kami tak membuang masa agar dapt mandi dengan sepuas-puasnya. Nasib sudah ramai orang balik, maka tinggal kami ber6 sahaja tiruk di level atas sg. sendat. Haku nak share beberapa attempt tiruk yang dilakukan oleh kami, hehe sengaja nak kasi lawak sikit kerana gambar2xnya memang kelakar dan buruk tul aksinya. Mandi sampai jam 630 terlalu sekejap, kami terpaksa bergegas pulang kerana kws tersebut akan menjadi gelap. Seram.
Sekarang saksikanlah apa terjadi apabila kami beraksi tiruk. hehe.
Haha, manyak lagi tapi ini jerpun dah cukup kelakar, berpuluh attempt tiruk hanya untuk dapatkan pose terbaik. Best tiruk di Sg. Sendat, reramai lehla pergi sana ok.
P/s - looking for more tiruk action kat memaner jeram lain yang x deras ok. siap dah beli google and 2 swimming shirt untuk mantapkan skill tiruk.
No comments:
Post a Comment