Lagi sebulan disini

Lagi 17 hari minus hari sabtu & ahad aku berkira-kira menghabiskan sisa akhir aku di opis lama ini. Kejap jer lagi aku akan menghadiri kursus orientasi dan akan berada dalam dunia baru dan berkenalan dengan orang baru dan bekerja di tempat baru. Takde rasa berdebar dah mungkin kerana aku sudah belajar menerima. Acceptance itu perlu.

Aku berusaha menyiapkan sesatunya project dam yang telah lama aku buat analisisnya. Diharap report yang akan ku tinggalkan ini tidak memberi masalah kepada rakan sejawat yang ada. Aku telah belajar sehabis baik untuk memastikan apa yang aku lakukan adalah hampir benar.

Dalam masa aku ingin komited agar tidak cuti aku telah jatuh sakit selama 3 hari. Ekoran dari berlari 10km di dalam keadaan aku senggugut, 1st day aku bendera merah. Maka badan sangatlah lemah dan letih tp aku paksakan diri ku juga untuk berlari dalam waktu biasa tetapi agak ketinggalan 15min ke belakang. Pada masa yang sama aku telah mengalami cirit birit dan campuran 2 simptom ini menyebabkan aku lemah, pengsan selama 3 hari. Berehatlah aku selama 3 hari ni menidurkan diri. Tiada apa dapat aku lakukan walaupun cuti.

Maka terisilah masa akhir aku disini. Selain itu, aku tetap keluar untuk beriadah bersama teman-teman pada hujung minggu. Tapi minggu ini dan minggu depan hanyalah masa yang aku ada untuk mengemaskini segala barang aku di pejabat lama. Diharap aku mampu untuk mengemaskan barang yang sangat banyak itu. Nak mengemas waktu hari biasa aku malu kerana dikata sangat seronok nak keluar.

2 minggu ini untuk berkemas, kemudian minggu pertama Nov raya haji pulang ke kg, 2nd week ada tugasan jadi guide naek ke broga untuk satu bas, alhamdulillah assignment pertama freelance jadi guide. And 3rd week dah berada di Bangi berorientasi yeah. Saya akan penuhkan masa saya dengan aktiviti yang gembira sahaja.

P/s semoga segalanya berjalan lancar dan happy spt yg sy bayangkan. Tapi trip krabi 24-27 Nov saya telah saya cancel. Hanya mereka ber8 akan pergi. saya stay disini. enjoy yer korang..



No comments: