as salam,
tinggal lagi 1 hari selepas esok menuju ke alam baru yakni zaman tua, usia menginjak ke satu angka dan segala angka tahun ni bertambah satu semuanya ekoran nak menuju ke dunia baru.
sepanjang tahun 2011 ini banyak aktiviti outdoor telah dijalankan semenjak dari feb 2011 sehinggalah dec 2011. resolusi 2010 aku untuk menaiki gunung kinabalu telah berjaya dilunaskan pada tahun 2011, kesannya aku berjaya bertemu dengan sekumpulan kawanan yang baru selain dari geng koreiv yang senantiasa bertakhta di hati, cewahh.
tahun ini memang ramai yang telah berkahwin dan beranak pinak, maka hubungan diantara kengkawan jugak telah dijarakkan sedikit demi menghormati masa dan privasi mereka yang telah berkeluarga. maka group kawanan baru yang single ini tidak membuang masa merencanakan aktiviti bersama sepanjang tahun.
dari sekecik2x bukit ker tangga batu cave ker air terjun kemensah pun kami lalui. segala ceruk tempat makan semua nak dilawati, dan kesannyanya tahun ini berakhir dengan penambahan beberapa kilo, segala penat lelah dalam training gunung dan bootcamp selama 3-4 bulan yang lalu telah dihancurkan dengan sekelip mata. kelakar rasanya, penat berusaha dengan lamanya tetapi nak memusnahkan sesuatu tu memang sekejap sahaja.
aku dah berjaya dapatkan master degree pada tahun ini. satu pencapaian tetapi taklah kurasa terlalu bangga tapi kepuasan kerana berjaya menghabiskannya on time tanpa perlu extent. memang aku dahagakan perasaan susah payah untuk belajar, mungkin mengambil phd adalah satu perkara yang boleh dipertimbangkan untuk resolusi 3-4 tahun akan datang yea.
diving license pun dah diperolehi pada september yang lalu, bukan resolusi yang diidamkan pada mana-mana tahun, tetapi ekoran dengki dengan rakan yang ada lesen tersebut, tanpa berpikir panjang telah terjun kedalam laut untuk mendapatkannya, tapi serius i takut dive, walaupun i nak. kene bertafakur and berzikir banyak-banyak sebelum terjun laut in da future k.
bertukar kerja, lagi satu resolusi yang tidak terjangkau akal,patutnya aku design diri aku ini untuk amik IR pada tahun ke 7 bekerja and phd pada tahun ke 9 bekerja. akhirnya aku beralih angin dan telah join oil and gas ekoran terpengaruh. so far so good jer kat company baru ini, jadi aku taklah terlalu risau akan rencana bertukar kerja ini.
yeah another overseas trip, tak ler jauh mana setakat singapore sahaja. dalam satu bulan ni, dengan waktu yang padat dengan training, baru mula kerja baru nak sibuk dgn kerja baru sempat jugak luangkan masa untuk menapak di kota singa bersama geng baru. pantang kene goda memang mudah terpengaruh untuk dipaksa ikut berjalan. jadi jgn goda i lagi k, kerana i mudah tergoda dengan ajakan n pujuk rayu. tapi geng punye pasal no hal.
sayang i korbankan my krabi trip, kerana kerja i, tapi x per nanti i balas dendam pi krabi n phuket next year. barulah even dengan kengkwan yang dah pergi k.
pasal accident, ok 22 ogos adalah date aku accident dgn kancil putih ku itu WXX XXXX di area bukit tagar, tiada kecederaan major, cuma sedikit pusingan dan hentaman yang kuat depan dan belakang cukuplah memberi kesedaran kepada aku agar lebih berhati-hati dijalan raya dan ingatlah mereka yang tersayang. syukur aku dipanjangkan lagi usia untuk berbakti pada kedua ibu bapa aku, untuk mempunyai keluarga sendiri dan kerja yang diidamkan serta restauran aku sendiri. wah panjang lagi coretan hidup aku ni. nak europe backpack tour, nak pi jordan and beijing in da list.
bootcamp, outdoor fitness program. suatu benda baru yang aku kenal pada tahun ini. thanks to noora ann sebab memperkenalkan aku tentang activity ini. tanpa bootcamp aku takkan sedar bahawa dalam diri kita ada part yang perlu diteroka, boleh dilatih dan dipaksa agar ianya bergerak. siapa yang menyangka orang seperti aku juga mampu untuk berlari dan sprint sehingga boleh terjebak dalam aktiviti marathon. dikelilingi orang yang hebat dan sangat concern pasal kesihatan masing-masing membuka mata bahawa kita perlu jaga kesihatan diri kita setiap masa, bukan hanya masa kita telah sakit sahaja.
cukuplah sekadar itu sahaja coretan untuk 2011, bagi tahun 2012 aku berharap agar kesihatan aku dan kedua orang tua aku bertambah baik;
berupaya untuk menjejaki beberapa gunung lagi sepanjang tahun 2012;
beberapa run event juga sekurang-kurangnya 10;
penurunan beberapa mr kg (back on track);
confirm kerja by Mei 2012;
nak nek pangkat;
new car by June 2012;
bwk family i pergi holiday at Redang/perhentian;
and end my single life (resolusi baru activate).
2 comments:
He..apa khabar kawan
kabar baik kawan, erm kaki bakar? hehe maaflah saya sudah hilang ingatan siapakah kakibakar ini..sila perkenalkan diri semula k hehe..
Post a Comment