huh 18 december hari tu, aku off to singapura bersama geng g2k. kami dalam 5 orang plus 2 orang yang lewat (ahad br sampai), berada di sana atas urusan ronggeng dan shopping sahaja. aku telah membuat keputusan tanpa berpikir dengan mengenakan selipar aku bernilai RM9 yang lembut tetapi tidak dapat membantu untuk long distance punye jalan.
pergh, sakit tapak kaki adalah tahap tak ingat punya. rupanya perjalanan dari kastam ke bus ke train ke station train yang lain ke hotel ke orchard road ke marina bay ke bugis street adalah sangat jauh dan menggilakan. sampai nipis tapak kaki menapak dan memang menanggung kesakitan adalah scope of work dalam trip kali ini.
dulu aku pernah ada kes pakai high heels untuk lawat construction site dan terpaksa berjalan kaki sebanyak 4km. fuh lepas tu aku taubat tak guna heel sampai sekarang. hanya wedges melainkan nak pi annual dinner.
skrang aku taubat, if nak pi backpackers trip yang melibatkan penggunaan tapak kaki sahaja. maka akan ku pakai kasual sport shoes. barulah tak sakit dan perjalanan menjadi lancar serta boleh teruskan lagi perjalanan ke mana sahaja. taubat juga.
akhirnya tapak kaki ke ankle or buku lali memang sakit. kesannya dapat dirasa apabila aku training for malakoff run selepas 2 hr pulang dari singapore. pergh sakit terasa di awal latihan dalam km 1.2 ke atas. jadi aku hentikan penggunaan treadmill pada km 2. sambung dengan bicycle or else yang tak pressure my ankle up to 12km.
next day i try lagi, well the same, within first 2km sahaja ankle aku dah menjerit-jerit kesakitan. aku berhenti tidak teruskan dan fokus kepada tight sahaja. pergi wat bicycle up to 12km. aku pasrah kerana tambah lagi sport injuries dalam hidup selain knee problem adalah ankle problem. haha terpaksa lebih berhati-hati dalam memilih kasut dan training.
p/s - sila jgn berlagak dengan selipar RM9 anda ok...(ingatan untuk diri sendiri)
No comments:
Post a Comment