Wow, lama sangat saya tidak menulis blog ekoran kesibukan menjaga anak sulung dan akhirnya mengandung pulak anak ke dua. Syukur tidak terkira atas rezeki yang diberikan oleh Allah. Bila nak menulis semula pula rasa sangat sukar kerana tidak dapat mencari style yang bersesuaian untuk diceritakan kepada blogger lain. Walaubagaimanapun, aku ingin ambil kesempatan ini untuk menaikkan semula semangat aku sebagai penulis blog.
Berkaitan dengan 2nd pregnancy, aku tidak datang bulan pada 10 May 2016 yang lalu. Usaha untuk mendapatkan kandungan ini adalah seakan sama seperti usaha untuk kandungan yang sulung. Pertama-tamanya, perlu menjaga makan dan tidak langsung memakan benda fastfood dan jajan. Kemudian mesti amalkan sedikit senaman 1-2 kali seminggu dimana aku hanya pergi berjalan laju disekitar pantai dan taman. Tetapi kali ini aku tambahkan dengan pengambilan supplemen zuriat yang sedang popular di kaca TV. Usaha yang diamalkan berhasil selepas 3 bulan mengamalkannya. Tetapi buat rakan semua, ianya bukanlah semudah itu, jika anda tidak ada berbuat apa usaha jangan makan mengikut pandangan aku tidak akan Berjaya. Untuk pengetahuan 3 bulan sebelum itu pun aku dah berusaha tetapi tidak terlalu serius maka tiada rezeki, boleh disimpulkan makan masa setengah tahun jugak untuk mengandung anak yang ke dua. Lama tetapi bersabarlah sehingga membuahkan hasil. Insyaallah ada jalannya.
Buat rakan yang ingin cuba mengandung cubalah amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan tambahan sebagai ikhtiat untuk mengandung. Bg amalan zuriat sila diamalkan kedua suami dan isteri kerana keduanya perlu didalam keadaan sihat dan tip-top sejahtera jugak. Jangan sebelah pihak sahaja, nanti letih and stress je pasangan kita pun tidak digalakkan. Apapun, berusaha, berserah dan tawakkal kepadaNya.
P/s - aku hutang pregnancy journey no 1 yang terkubur..
No comments:
Post a Comment