Syukur, pernah satu ketika aku rasa kecewa & fedup sebab terlalu beria-ria berusaha untuk hamil tapi masih belum menunjukkan tanda-tanda. Aku banyak kali kene gelak dengan doktor kerana setiap kali pemeriksaan katanya terlalu awal. Tetapi memikirkan usia yg lanjut tebalkan jua muke bertemu dengan doktor.
Akhirnya, pada bulan April yang lalu aku telah disahkan mengandung 6 minggu. Padanlah Cik P datang lewat tetapi bagi aku biasalah if lewat 4 hari. Perkara biasa yg dialami. Pada kelewatan yang hari ke 7 aku telah berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Sebenarnya aku sakit perut melampau untuk 2 malam, susah tidur dan didapati tidak mengandung. Seronok je doktor bagi aku ubat Magnesium yang aku suka makan. Orang mengandung tak boleh amik terus magnesium cecair ni ok. Tidak bagus untuk kandungan.
Jadi Cik P, masih lagi lewat sehingga hari ke 12. Setiap hari aku berdebar menantikan adakah aku akan period atau tidak. Simptom yg dialami memang la aku penat sangat dan asyik nak berehat, kadar malas meningkat dan paling tak tahan br***t sakit membengkak sepanjang minggu.
Akhirnya sebelum pulang ke Bintulu bersama en suami. Aku checklah sendiri sekali lagi agar nak puaskah hati bahawa sememangnya apa yg berlaku pada aku bulan itu. Aku tidak terlalu berharap dan berdoa aku tidak sakit apa-apa. Kalo stress jadi lewat tak mengapalah. Masa tu kat Kg semua orang ade, ma abah & adik beradik aku.
Jeng jeng jeng...aku dip jer dgn cepatnye je tanda dua tu naik pada alat test kehamilan tu. Aku terujalah apa lagi. Banyak kali dah aku main dengan alat tu. Tak pernahnya nak kuar line yg pertama tu, selalu lambat & single line sahaja. Kali ini laju dan double line. Aku tunjuk kat en suami. as usual dia memang blur. Dia x paham apa pun. Dia x percaya aku cakap aku pregnant selagi tak jumpe doktor.
Yeah balik bintulu aku akan terus jumpe doktor. Doktor aku target Dr lau kat klinik maternity biasa. Dia lembut dan teliti jer check pregnant women. Jadi saya pilih dia.
Yeah i'm mommy to be
2 comments:
congrates ex roommate :)
thank u kak yanie
Post a Comment