Hai, agak lama aku menyepi dari menulis ke dalam blog. Aku sendiri pun tertanya-tanya, adakah kerana kemalasan diri atau sudah terlalu bosan untuk aku menceritakan kejadian sepanjang 2014 kepada blog tersayang ini. Akhirnya, hari ini aku nekad untuk kembali menulis di dalam blog ini semula.
Syukur setelah aku disahkan mengandung pada bulan April 2014. Aku menghadapi detik-detik mengandung sebagai mama bersendirian. Hubby masih berada di daerah yang berlainan dan kami tetap meneruskan kelangsungan hidup sebagai suami isteri. Dengan kuasa tuhan, perjalanan 3 bulan pertama (trimester 1) berjalan dengan baik sekali. Aku tidak menghadapi alahan yang teruk, tiada muntah hanya sangat tidak berminat makan nasi putih keras. Tiba-tiba hanya boleh menerima nasi lembut, bubur & tembikai/kurma adalah kawan baik aku semasa trimester 1.
Masuk trimester ke 2 - minggu ke 12. Alahan muntah mula datang sikit demi sedikit. Jika makan sedikit lewat & perut masuk angin terus akan muntah. Kelangsungan muntah bertahan hanya 3 minggu sahaja. Setiap kali drive perlu sediakan air masak & plastik tambahan untuk masa-masa cemas muntah didalam kereta. Syukur keadaan menjadi pulih kuat seperti biasa selepas minggu ke 3 & perjalanan mengandung hanya bertambah berat, kulit menjadi kusam berjerawat di badan & muka serta kaki menjadi bengkak.
Masuk trimester ke 3 - minggu ke 21 banyak aktiviti travel & training dari kuala lumpur ke bintulu. Gagah menaiki kapal terbang dengan membawa perut yg semakin membesar. Bimbang jika tekanan rendah dalam kapal memberi kesan kepada diri atau kandungan. Syukur tiada masalah yang dihadapi. Teman baik aku ketika ini adalah salad & makan di secret receipe sahaja.
Akhirnya masuk 8 bulan, - minggu ke 32, aku pulang ke KL & memulakan kerja luar kawasan di ampang. 2 minggu di kampong berat aku & bayi naik mendadak. Minggu ke 36 aku ada appointment dengan doctor Fauziah (kpj ampang puteri) untuk checkup akan tetapi baby dikatakan besar walhal 2.73 shj pada masa itu. Doctor menyarankan untuk beranak awal pada week 38 minggu secara normal dengan induction. Alahai, aku juga suspect ada infection disebabkan keputihan dan aku mengiyakan sahaja pesanan doctor.
Tetapi dengan izin tuhan. Keesokan paginya bermula jam 4 pagi aku telah mula bocor air ketuban & pecah terus jam 130 tgh. Keadaan menjadi cemas bagi aku seorang diri dibumi ampang, nasib mama ada hari itu untuk menemani aku. Aku hanya rasa keadaan pada hari itu sungguh serabut, dengan kebocoran & berlengas serta contraction yang minimal tapi berterusan meletihkan diri aku. Aku dinasihatkan untuk melakukan emergency C-section kerana bimbangkan bayi akan lemas & masalah peparu jika biarkan lama ketuban pecah.
Jadi jam 530 ptg aku telah berada di bumi kpj tawakkal ampang. Hanya disana ada doctor yang available untuk melakukan prosedur itu terhadap aku. Masih ragu-ragu dengan keputusan ini dan aku masih negotiate dengan doctor untuk lahirkan anak aku secara normal. Namun gagal. Setelah berjumpa dengan doctor akhirnya aku yakini kenalah melalui C-section.
Jam 9 mlm aku telah berada di dalam bilik pembedahan. Bilik terlalu sejuk & aku mengengam diri sendiri kerana terlalu mengigil. Tetiba selepas 5 min sahaja kedengaran suara bayi yang halus, nurse membawakan baby kepada aku dan diletakkan di dada. Dia terus senyap apabila berada didada ku & aku lihat dia juga sangat kesejukan.
Segala keletihan, keserabutan, kerungsingan, keraguan hilang setelah melihat anak sendiri. Inilah rupanya perasaan seorang ibu. Jadi welcome baby muhamad moosaa to the world. Mama love you very much. hehe.
No comments:
Post a Comment