tak terlalu lewat nak sampaikan salam ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua.
untuk bulan puasa ini aku harapkan aku lebih baik, walaupun syaitan telah diikat tetapi hati yang hitam adalah syaitan legap lagi kecil yang telah lama berada dalam diri kita sukar untuk diikat. aku mencuba yang terbaik untuk ramadan kali ini. semoga rezeki juga mencurah-curah dan permudahkanlah aku untuk menyiapkan thesis aku yang tak nampak lagi kelibatnya lagi di mata kasar aku. adush..
untuk ramadan kali ini aku azam sama seperti tahun lalu untuk masak sepanjang berpuasa baik sahur mahupun berbuka. yang lebih utama adalah mesti tidak menggunakan minyak. jika aku ingin menggoreng pun aku akan gunakan minyak mahal sikit seperti minyak bunga matahari yang kurang kandungan kolesterolnya. amat penting untuk loose down beberapa kilo agar tidak kelihatan janggal disebelah kawan baik aku apabila dia kawin kelak. Kawan aku ni kurus lagi tinggi, tapi pengapitnya rendah lagi comel. kawanku, aku akan berusaha ni agar kelihatan cool & smart disamping mu dun worry. haha org lain yg kawin aku pun kene prepare mental & fizikal plus pakaian ok. nanti kene spend duet untuk beli baju pengapit color pink & kasut tinggi 2 inch, yeah i like.
tema untuk buka & sahur tanpa nasi telah berjaya untuk hari yang ke4. semoga ianya berterusan untuk 30hari berpuasa. hanya pengurangan nasi sahaja dan sedikit workout dapat menurunkan kg dalam hidup aku. menu resipi sihat yang sedang aku usahakan ini memang sungguh sedap, semuanya bakar & rebus sahaja. tak ku sangka makan vege begini sungguh sedap. semoga aku dapat bertahan hingga hujung bulan ini. hehe.
berbuka di luar, waduh riso sungguh aku perkara ini. harap makan buffet sahaja, kerana kalo alakat confirm ada nasi which i tak suka membazirkan mesti i akan ceduk sikit. so untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, hakulah akan jadi organizer korang haha. makanlah apa yang aku pilih hehe, tak sabar untuk berkumpul dan bersembang bersama semua.
oklah sudah masuk waktu berbuka, sedang menunggu menu ayam bakar tomato aku masak. huhu apakah rasanya. ok selamat berbuka semua.
p/s - aku sangat suka memasak yeah ..hobi baru
No comments:
Post a Comment