beranak

tetiba terasa nak bersembang pasal beranak, walhal aku mengandung pun tak pernah plus belum berkahwin jadi camne nak pregnant & beranak. hehe, lagipun hari ini member tersayang chede ada sms yang memberitahu bahawa bila dah lambat due. patut dah bersalin, kalo tak meletup lagi this week, next week kene suntik ubat kasi adrenalin impact lebih sikit untuk paksa babynya kuar..doakan kawan tersayang saya selamat baby dan mommynya yer...amin.

diopis aku dikelilingi oleh ibu mengandung. yang cerdas senantiasa ada yang alahan or sickness terhadap lagu masa kini pun ada. ingat alahan de pada makanan or benda yang boleh dihidu, tapi ade jer memacam ragam. apabila hidup bujang dikelilingin oleh orang dah berkahwin, topik mengandung and beranak menjadi antara topik yg menarik untuk dipersembangkan.

byk benda yang boleh kita tahu, antaranya time pregnant tak boleh nak potong rambut sesuka hati, sebab i tak tahu. ini petua orang tua. asal orangnya tua je cakap, kita ikut je. pastu tak leh tengok benda bukan-bukan yang buruk hodoh lagi hina, cam tengok katak ker or tengok citer kartun shrek. krn riso anak akan ghupa shrek. huduh benar. telahan seorang member bujang ku diopis. haha berdooh jer ni. jgn percaya plak.

jgn ckp benda bebukan menghina orang ker menyampah sgt dgn dia ker apa ker kerna dikhuatiri akan menyerupai org yang dibenci. haha. ini pun cam tak logik. moralnya just jgnlah tak suka orang sure nanti kita akan mengutuk orang itu. kan dah terbuat dosa. apabila kita menyampah kita mengata. jadi orang yang terkutuk silalah ubah perangai. haha. bukan kita yg kena ubah perangai. well inilah realiti.

teringat plak bebaru ni banyak sgt kes buang baby yakni bunuh baby gak. amboi2x..bdk2x ni time buat sedap bukan main. syok katanya..kata seorang betina yang mengaku bersalah membuang anak pada minggu lepas. aku interbiew dia..dah. ada ustad cakap ini adalah anak tahun baru. iaitu bdk2x pendek akal ikut nafsu ini telah berselumbang sakan ( seleweng sumbang) di malam tahun baru ..tup tup tup selepas 7-8 bulan iaitu skrng bulan ogos maka berlambaklah janin or baby cukup sifat dijumpai sana-sana. wallahualam.

membunuh sesuatu nyawa yang tidak mengerti apa-apa tidak mampu melawan ataupun berkata-kata semakin menjadi-jadi ditakuti menjadi barah dalam masyarakat kita. apabila kita sentiasa disuakan dengan kejadian ini, ianya akan menjadi normal. argh sungguh menakutkan.

beranak itu sakit, kenapa kamu budak suka nak sakit dengan sesuka hati. pastu buang. memang pendek akal plus pendek umur. tetiba haku menjadi hemo.

P/s - sila sayangi baby anda dan mereka-mereka yang menjaga anda ketika anda baby dan bersyukurlah kerana mereka menjaga baby itu seperti apa yang kalian jadi sekarang...

saya jadi apa...engineer cabuk huhu..bila nak pakai honda civic ni...

No comments: