L.A.M.P.I

hai, saya nak story pasal LAMPI. a.k.a lambat pickup. Tak tau darimana asal -usul perkataan ini tetapi sesangat lah sesuai dengan aku ini. (amaran aku sahaja boleh merendah diri mengatakan diriku ini lampi, yang lain jangan sebut, awas nanti kene marah)

sejak dari bangku sek. alkisah seorang budak perempuan yang lambat matang dan suka bermain. tak pernah mengerti erti malu apabila datang lewat ke sek. atau mengenal erti takut apabila kerja sek tak siap. bila cikgu minta buku kosong yang diberinya. seorang yang tak mengenal erti ponteng, tak pernah terpikir untuk penting janji datang sek. sungguh naif pemikirannya ketika itu. apabila tiba zaman upsr, masih tidak sedar diri sehingga muncul seorang gadis comel yang menyedarkan diri dia. gadis comel sangat baek dan sudi berkawan dgn sicomot. akhirnya sicomot mempelajari & memahami macamana si comel belajar. akhirnya dia baru dapat pickup dalam mata pelajaran dan dapat 4A masa U.P.S.R. barulah budk comot sedar ghupanya pandai juga dia yer.

apabila masuk alam tingkatan satu mereka terpisah. namun kerajinan yg dipelajari disematkan disanubari dan ingin cuba membuat perkara yang sama juga dan akhirnya dapat 8A. lama-kelamaan sicomot lupa akan sigadis itu dan akhirnya kantoi apabila masuk SPM. barulah tersedar bahawa kepandaian sicomot bukanlah dari minda yang cerdas tetapi dari tahap kerajinan yang melampau lagi gempak. barulah sicomot sedar. apabila masuk matrikulasi yang terlalu singkat masanya itu pula tidak cukup untuk membuktikan bahawa dirinya jua mampu menjadi seperti sipandai yang lain. akhirnya hampir-hampir tewas di medan perjuangan matrik.

sicomot tidak berputus asa. alam universiti dunia baru & perlu lah nafas baru untuk segala-galanya. segalanya berlalu dengan begitu indah. pencapaian sicomot tidaklah seterror mereka yang sememamngnya otaknya poyo genious tetapi mampulah untuk membanggakan diri sendiri sekali sekala. part kengkawan yang paling best ada yang dari paling best sehingga ke tak best. walaubagaimanapun kamu kamu semua tetap kawan saya. pada mulanya memang tidak berapa bagus dalam pelajaran terutamana subjek design struktur konkrit. bukan menyampah atau tak suka tapi sebab tak paham & tak dapat pickup apa lecturer ajar sehinggala final year membawa ke alam kerja. aku nk sangat terror struktur tapi napa aku lambat nak paham yer. sampai sudah tak reti.

jadi apabila bekerja. si comot sedikit kecewe kerana ilmu design structure sangat meluas digunakan di alam pekerjaan sebagai designer. berasa segan untuk mengaku tahu, hendak mengaku tidak tahu juga sedikit segan. hanya dapat membuat rekabentuk infra sahaja. sebab itu sicomot berkeputusan untuk sambung belajar dalam master agar dapat mencari peluang memahami dengan lebih jelas mengenai design structure. ekoran kelampian sicomot semasa degree memaksa sicomot terpaksa belajar master walaupun yurannya mahal. selepas beberapa semester akhirnya sicomot berasa lega dan kekedang terasa rugi kerana ianya tidaklah seteruk yang disangka cuma sicomot takut untuk mempelajari sesuatu yang berisiko dan lambat untuk mendapatkan kepahaman.

sama jugaklah ditempat kerja, kepahaman aku datang lebih lambat dari orang lain, kalo orang lain on the same week boleh tangkap apa yang diajar tetapi kenapa aku kene lebih seminggu haha. sebab itulah kene banyak belajar lagi dari orang lain agar aku tak ketinggalan.

itulah kisah si lampi pada hari ini. the end. citer habis disini.

P/s - selamat berpuasa, berjaya 14 hari tanpa nasi yeah.

2 comments:

Anonymous said...

biar lambat, asal selamat :)

lagi bagus dr cepat, tapi tak sampai 3 hari dh lupa apa yg dibuat...

elliashah said...

hehe...
baek