Kelmarin aku pulang dari trio route ke kerteh , che we (aku), atih (zuba) and achik (din) telah menjadi wakil dengan bersungguh-sungguh untuk pergi ke Majlis Kenduri Uda (ain) bersama pasangannya kamarul. Tapi agaknya kami telah ditakdirkan untuk TAK bertemu dengan uda kerana uda dan suaminya telah pergi menangkap gambar di Pantai-pantai indah yang terdapat di kerteh itu meninggalkan kami yang lambat sampai tu (530pm br sampai).
Agak terkilanlah kami bertiga kerana tak dapat bertemu ahli keluarga mpp yg kami sayangi ini. Nampaknya ktroang kene reunion besar tatkala alang(nasrul) kahwin nanti this coming Julai di shah alam or dungun. Che we pasti akan ke shah alam (belah syifa') kerana sudah tidak sanggup nak ke pantai timur yang jauh itu menaiki kereta.
Aktiviti kami banyak berkisarkan didalam kereta sahaja. Tak ku sangka ktoang pergi ke kerteh menggunakan WFX 4288, Kancil Putih ku 660 keluaran 1997. Kemampuan kereta masih lagi utuh kerana tidak bergegar walaupun berlari dengan kelajuan 120-130km/jam. Rekod terbaik kerete aku adalah 144km/j mengikut rekod yang diberikan oleh data Garmin GPRS kepunyaan atih. Semakin sayang aku akan kenderaan kenit ku ini. Walaupun aku bakal memperoleh Jazz or Civic aku sendiri nanti(angan-anganku keazamanku). Akan ku tetap simpan sikenit ini untuk buat pergi pasar. hehe..(bolehlah aku metallic pink kan kenit ku itu)
Trio ini seronok kerana merapatkan lagi hubungan kami adik beradik (yang konon ini). Topik perbicaraan kami banyak mengisarkan tentang hubungan adik beradik angkat dan adik beradik sebenar masing-masing. Rasa macam sekejap sahaja, tengok-tengok kami sudah meninggalkan bumi ump dan aktiviti mpp kami yang penuh nostalgia, masam-manis, suka duka dan adengan yang tak diingini berlaku. Yang utama, aku memang sayangkan sangat family mpp ku ini. Semoga adik-beradiku ini berjaya dalam kehidupan dan kerjaya masing-masing serta memperoleh apa sahaja yang diinginkan dalam hidup.
P/s - Tetiba rindu yang teramat sangat pada semua:-
Current status:-
Alang - Married (Coming July 09)
Tam - Married (2008)
Uda - Married (June 09)
Adol - Engaged
Usu - Engaged
Chede - Engaged Soon
Adik - Engaged Soon
P/s _ Haiya, semua orang dah menuju ke alam yang baru, bagaimanakah yang lain adik beradik, cepat-cepatlah jugak yea. Nampaknya yang paling grand kahwin adalah bos kita lah. Semoga semua berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.
2 comments:
Owh chewe,...
pegi jua kanda ke kerteh namun malang jua tidak ketemu bersama itu uda. nampaknyer sume org dh berpunyer2 n akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.. cewah... chede pun tak tau la chede ni camne.. kuikui.. if ada apa2 i akan inform sume org.. but engagement rasanyer family aje.. kecik2 aje kot. kenduri kawin la kita jemput nanti.. (doala jadi yerrr.. jeng jeng jeng)
itulah sayang..
takper ada hikmahnya..
bila turn che we, atih and achik plak,
uda memang kene wajib hadirlah..
haha
Post a Comment