Aku yang memaksa diri ini..


Tak sedar langsung yang rupanya aku sudah 1 tahun 9 hari berada di dunia makan gaji ini bersama syarikat perunding bumiputera. (Kalo dicampur masa training aku di hla akan menjadi 1 tahun 6 bulan dan 9 hari). Apakah yang aku rasa aku dapat apabila berada di dunia kerjaya ini di dalam department infrastruktur ini? Dapatkah aku apa yang ingin aku pelajari dan dalami? Mahirkah aku dalam menyelesaikan masalah yang acapkali akan timbul dalam design hasil dari complaint pemaju, bos, kontraktor, arkitek, M&E or rakan sejawat yang lain. Bolehkah aku secara langsung membuat rekabentukjalan, jambatan, bangunan dll jika dituju aku tanggungjawab untuk merekanya? Mampukah aku? Layakkah aku?

Jawapannya memang aku tak layak lagi dan asyik rasa rendah diri sahaja bila membuat sesuatu tugasan. Kadang-kadang apa yang kita rasa kita benar-benar inginkan bukanlah seperti apa yang jiwa dan kehendak kita ingin lakukan mahupun mampu melakukannya. Aku asyik berkata pada diri sendiri bahawa menjadi engineer bergelar IR adalah apa yang ingin aku lakukan. Tapi hati dan perasaan aku berbaur-baur kerana aku lebih sukakan bidang akademik yang tidak terbabit kepada unsur-unsur makian, boleh membuat masterpiece sendiri dan membentangkan kepada student, melibatkan diri dengan aktiviti student di universiti, menjadi inspirasi dan galakan kepada mereka yang ingin berjaya lebih lagi. Aku tamak, aku tak mau rugi, aku kerja dan aku belajar. Aku tidak sanggup untuk berpisah walau dengan mana satupun. Aku ingin IR pada masa yg sama mendapat PHD, dengan mereka berdua jugak aku tidak mahu berpisah. Adakah aku akan ditakdirkan untuk mampu membuat semua ini? atau aku terpaksa memilih antara salah satu sahaja sebagai arah tuju hidup aku. Apakah aku sangat memaksa diri aku sendiri?

Alhamdulillah, result sem satu master sudah lepas dan aku sangat bersukacita dengan result tersebut. Jika dimurahkan rezeki dan result sebegitu kekal hingga ke akhir semesta insyallah merasa jugak untuk graduat dengan 1st class. Terpikir lagi aku, jika Tuhan memudahkan kerja aku dalam pelajaran adakah ini satu petanda aku patut beralih terus dan tetap ke bidang akademik? Aku confuse dan celaru? Nasib ada rakan-rakan seperti bd dan adan yg kekadang memberi inspirasi kepada aku jugak kerana mereka sangat ingin berkecimpung dalam dunia pengajaran. Adakah mereka berjiwa lembut sahaja yang suka ingin menjadi tenaga pengajar? (Cewah aku bd and adan berjiwa lembut, ayat tak bleh blah).. Terima kasih jugak pada mereka dan rakan-rakan aku yang lain yang memberikan sokongan aku membuat partime study ini. Kerana ada segelintir kawan-kawan yang menidakkan kualiti, keputusan dan mengatakan bahawa tidak akan berjayalah aku ini jika membuat 2 kerja pada satu masa. Sedikit rasa kecewa dan terkilan kerana disangkakan aku begitu. Semoga aku memperoleh keberkatan dalam menunaikan tanggungjawab aku sbagai student maupun pekerja.

Pekerja, emm kebelakangan ini kerja-kerja pejabat menjadi slow dan aku menjadi tegar untuk berperilaku seperti pekerja yang takde motivasi. Semangat keinginan untuk bekerja seperti mula-mula bekerja sudah semakin pudar kerana aku membuat sesuatu bidang yang aku sendiri tak pasti minatnya dimana. Jika aku ada peluang, ingin aku cuba semuannya dan akhirnya memilih bidang mana yang menang dan layak untuk diri sendiri. Sudah aku katakan sifat tamak memang menebal dalam diri. Tapi peluang itu semakin menipis dan aku seakan ketinggalan dalam apa jua aktiviti yang berlaku dalam suasana kerja tersebut. Aku risau lagi kerana terpikir akan memilih untuk tetap menjadi perunding ini langkah yang memuaskan hati aku atau tidak. Semoga minggu mendatang hadir sesuatu unsur yang memberi inspirasi kepada diriku ini?

Yang pasti, apa yang membuat aku puas adalah memberikan kesenangan kepada kedua orangtau aku dan merantau negara orang sangat memuaskan hati aku. Semoga kedua perkara ini dapat aku laksanakan sehingga akhir hayat aku. Berbakti kepada mama dan abah adalah perkara terbaik yang harus aku lakukan. Semoga liku-liku hidup ini tetap aku teruskan walau terpaksa memaksa diri ini.

Kepada rakan-rakan yang aku sayangi semoga korang berjaya jugak dalam apa yang korang lakukan, dan semoga kita sentiasa mendapat peluang untuk travel bersama-sama . hehe

P/s - si udin telah membuat pengumuman untuk meninggalkan bumi malaysia, mungkin kami (koreivians dan umpians) semua akan merindui udin manusia berbulu pink dan semoga rakan kita memperoleh apa yang dikehendakinya. Salam sayang buat semua.

1 comment:

Anonymous said...

all the best & take care, haidar!