Baru pulang dari langkawi trip 09 bersama keluarga. Syukur tercapai jugak harapan nak berjalan bersama keluarga setelah agak lama kami sekeluarga tidak dapat trip bersama-sama. (since 1997 eco-crisis). Namun tetap tak cukup korum kerana adik lelaki ku yang seorang ini tidak dapat join kerana masih berada di perantauan iaitu skrg di Taiwan sambil menangkap gambar di Menara 101 yang tertinggi di dunia itu katanya ( bengang sekejap).
Bertolak jam 5 pagi dr Sg. dusun menuju ke utara dan singgah sarap sebentar di Tapah dan Kuala Kangsar tetap tidak mencukupi untuk sampai sebelum jam 2 di langkawi. Tepat jam 9 baru gerak ke utara menggunakan PLUS dan sampai di Jetty Kuala Perlis jam 1.30 ptg. Ticket jam 230 dibeli untuk naik feri namun delay jam 3.30 baru dapat naik dan akhirnya hati berasa sangat lega kerana berjaya menjejakkan diri di Langkawi jam 5.00 ptg. Kami sangatlah lapar ya amat, maka selepas mengambil kunci kereta dan meletak barang maka melantaklah kami KFC yang sangat dekat dari kereta itu.
Makan tersangat lah laju, sehingga 2 ketul ayam setiap sorang licin sehingga menjilat jari. Itulah akibatnya jika meng'skip' lunch anda. Walaubagaimanapun masih tetap lapar kerana tidak makan nasi erti kata makanan sebenar. After makan kami terus direct ke Aseania yang terletak di pantai ceneng. Check in je bilik terus bersiap-siap mandi solat dan lain-lain after maghrib terus keluar ke pantai chenang untuk bersiar-siar di waktu malam sambil berborak bersama ahli keluarga dan aktiviti melompat-lompat dipantai yang luas itu seterusnya aktiviti makan nasi di Restoran Aliah.
Esoknya kami meneruskan aktiviti island hoping pada waktu pagi sehingga jam 1.00 petang. Sangat seronok kerana dapat bermandi-manda di pulau dayang bunting , berjalan-jalan di Tasik dayang bunting sambil tido petang disana semasa menunggu bot dan menyaksikan helang yang ramai memakan roti ala-ala aksi menangkap ikan. Pembawa bot sangatlah baik kerana sanggup patah balik mengambil topi abah yang jatuh ke dalam laut di tiup geseran angin yang kencang itu.
Balik ke bilik terus menuju ke pool untuk berendam katak sebentar kerana risau tak sempat mandi dalam pool. Malang tidak berbau, bukan aku seorang sahaja yang terjun tiruk kedalam pool tapi SGHL - 700 Samsung Limited Edition Pink kaler aku juga turut bermandi-mandi (usia 4 bulan lebih). Sedar pun after 30 minit. Maka apa lagi aku pun menjadi HEMO HEMO pada alam & manusia seketika dan terus menidokan diri tak sampai 40 min tu. Bangun dari tido tengok semua pun tido kerana tak mahu menganggu aku yang tengah mengamuk sakan (dalam hatinya itu). Maka tak sampailah hati aku nak merosakkan mood pada petang itu. Aku terus bersiap-siap (aku je tak siap lagi) dan mengejutkan semua untuk lunch dan bergerak ke Cable Car jam 445 ptg.
Aku berpura-pura melupakan kekecewaan kerosakan dan kehancuran phone ku itu. Nasib masih sempat tiba jam 5.30 di cable car dan terus menaikinya hingga ke puncak gunung Matchincang haha agak je. Tak ku sangka memang mama ku penakut sikit2x.tapi kesian tengok dia memang takut sungguh, genggam erat tangan ku dipegangnya, muka menjadi merah padam dan asik tunduk kebwh saja tak pandang kiri kanan atas bawah. Letih pujuk tak nak di tolehnya..hehe tapi kami semua hepi. Abah yang pada mulanya katakan tak mo naik cable car ini kerana mainan budak-budak sebenarnya sungguh excited apabila berada di atas puncak..Nampak air terjun telaga tujuh dari atas cable, bebduak rasa excited nak pergi, tapi ptg tak sempat sbb semua letih lagipun penat sngt sbb pusing pulau-pulau tu. Bila waktu turun plak, mama dah jadi ok sbb dah berjaya meredakan keresahannya mengatasi kefobiaan ketinggiannya itu berasa seronok melihat suasana di puncak yang terbentang luas itu. Aku berpuas hati kerana hari ini dilalui dengan gembira.
Pulang dari Oriental Village, Singgah sebentar di Cendol dan Mee Rebus Black Pepper yang sangat sedap itu. Wah ini adalah makan malam kami kerana malam ini semuanya tertido yang agak awal iaitu jam 9 malam. (cancel plak aktiviti shopping di pantai cenang & makan kerang bakar kami).
Rest pun secukupnya, maka esok bangun sangat awal untuk menjejakkan kaki juga di Telaga Tujuh dan Air Terjunnya. Sebanyak 230 lebih tangga perlu di jejaki untuk sampai ke air terjun dan baki 330 tangga untuk sampai ke Telaga Tujuh. Syabas buat mama dan abah, kerana sakit lutut mama tidak memberikan tanda ketidakupayaan dan abah berpura-pura mempunyai stamina tinggi. Tapi mama dan abah mendapat tempat ke 4 dan 5 lah kerana anis adik ke 2ku yang mendapat tempat akhir (pemalas). Aku (1), Nana (2) dan emmy (3), walaupun bersaiz besar tapi kekuantan mental ku lebih dari yang lain maka akulah sampai dulu ke puncak. Apa-pun tahniah pada semua kerana berjaya sampai ke puncak. Sayang kita tak dapat daki Gunung MatChincang yang cuma 960m itu kerana tidak mendaftar dahulu. ( Next time ok)
Dari jam 9 sampai jam 1230 membuang masa di atas puncak, kami terus trun untuk pekena air kelapa sejuk dan pergi ke pekan kuah untuk membeli-belah. Aku semestinya membeli T-shirt bercorak langkawi cenderahati diri sendiri menandakan aku telah sampai ke sini dan agenda seterusnya membeli coklat yang banyak untuk atuk, nek, sedara dan rerakan sikit yang banyak nak makan sendiri serta toto kepunyaan mama.
Tiba waktu pulang, ticket 530 pm di ambil dan tepat jam 7 kami sampai di jetty dan menuju destinasi pulang ke Sg dusun tercinta. Bila balik cepat plak kerana jam 2 am suda sampai ke umah.. Aku mandi dan tito..
Sangat seronok dan rasa ingin datang lagi ke langkawi kerana sangat best. Insyallah next time ada lagi. Amin.
P/s - Gambar tidak ada kerana telah ditangkap sepenuhnya oleh SGH-L700 aku yang telah rosak itu. Tapi telefon lama aku ada menangkap sedikit gambar namun perlukan masa untuk aktiviti transfer yang payah itu kerana aku malas nak bluetooth ( takde laptop la)
j
No comments:
Post a Comment