takde kerja,,,

xde kerja merujuk kepada puisi luahan perasaan yg cuba aku ukirkan - refer posting sebelum.
Selepas beberapa ketika, selepas rakan mpp aku berkahwin iaitu irfan(tam), ain (uda) , aku tak terasa apa-apa, tetapi setelah masuk alang plak kahwin rasa cam sebak pulak . Napa ntah? maybe sebab satu-satunya orang yang aku suspek a.k.a respect dalam dunia ini akan berkahwin dan kami semua yag suka merujuk kepada dia payahlah nak bertanye a.k.a bergurau senda dengan alang lagi kerana yakni dia Laki orang.

Ghupanya, lama jugak aku berkenalan dengan alang ini. dr matrik pun dia bos aku sampai ke ump pun dia bos aku. Serius la kalo alang jadi PM memang aku drop engineer jadi menteri dia (if dia request la)..tapi kalo betul berlaku aku memang sanggup kerana anda memang tak dapat dah mencari pemimpin berkakilebar seperti alang ni serta bermata kecil. haha..nama pun alang, kerana kami menggunakan nama panggilan ini yang menyebabkan rasa rapat sekali dan kurang gap dan memang ada rasa sayang seperti ahli keluarga.

Tapi ntah kenapa da seorang warga keluarga kami bernama Angah sedang menghilangkan diri a.ka zafa. Putus cinta ke agaknya..dia ni memang tak patut.

Okla, balik to topik, alang bakal berkahwin 4 julai ni di Shah alama umah Syifa' (pengantin perempuan) dan 11 julai di Dungun (umah alang)..Jadi aku telah merancang a.ka. Pc program kepada majlis kahwin alang mengumpulkan rakan-rakan dr matrik ke mpp and geng koreiv jika ada yang nak hadir ke majlis tersebut.

Seperti yang ku jangka, riban orang la nak dtg wedding alang. Orang glamour dan dihormati ini memang mendapat tempat di hati kami semua. Beria-ria kami ini nak datang. Setelah usaha sms dan email sana-sini. Boleh dikatakan team Jpp aku dr Kmm dulu rata-rata nya hadir seperti wahyuni, amirah, fauzani, nurul, faiz, aini, acik, anuar (payah cari dia ni), rahim (dia yg lama tak contact pun ada), azam dan aku..hampir 1 team jpp dtg wedding alang. Bertuah tuan rumah ramai sokongan dari ahli keluarga cam kami ini. hehe..

Geng mpp pun ramai tapi ke belah dungun la rasanya, cam half2x. sbb ke shah alam akan join adalah ateh, usu, achik, uda, che de, along and geng koreiv.

Memang meriah giler wedding alang sebab kami semua datang dengan bersungguh2x dari jb pahang melaka terengganu semua turun seh..Apapun just nak wish alang and syifa berbahagia hingga akhir hayay, dan semoga persahabatan kita seakan happy family ini akan berkekalan sampai akhir hayat jugak ok. Nak anak korang panggil che we, auntie che we..haha sedap gak..
kalo uncle adol or uncle abon memang tak class..hehe

P/s - Jom siapa lagi nak join wedding alang..saing

Terasa semalam

Bagai semalam aku jejakkan kaki ke kmm
Mengenali rakan-rakan seperjuangan disana
Semalam juga rasanya menjejakkan diri ke menara gading
Bergaul aku dengan teman sahabat dan rakan-rakan
Terasa baru lagi menjadi orang bekerjaya
Dunia yang dahulu makin jauh ditinggalkan

Mereka semakin menjauh dan menyendiri
Kurang sudah tawa dan hilai semua
Tak mampu aku nak menempuh lagi
Semakin matang yakni semakin dewasa

Kematangan penghalang utama
Akan bekeluarga dan perolah anak nanti
Fokus tertumpu kepada keluarga
Kita akan terasa makin jauh

Tapi keakraban tetap terjalin
Jika saling bertanya kabar
Tawa senda tetap terukir

Semoga persahabatan yang terjalin
Antara aku dan semua rasa seperti keluarga ini
tetap utuh walaupun berjauhan
Semoga keserasian ini dapat dilihat sehingga ke anak cucu

debaran transformers 2

kapten lennox and their handsome team ( paling hensom yang negro la)

with decepticon jetfire yang mengkagumi prime

Optimus prime after his death

Baru lepas menonton premier TRANSFORMERS 2 setelah 4 bulan membincangkan debaran excited nak menonton citer ini. ( Si tenggiling luper janji dia nak belanja aku tengok citer Transformers 2 memang dasar la dia ni). Memang sengkang matalah menengok citer sehingga nak terkucil pun sanggup tahan satu moment pun tak nak tinggal. Sangat puasa hati, dan rasanya aku mampu untuk tengok kali kedua jika tetiba lalu depan tgv klcc or memane gsc. (aku siap pakai T-shirt transformers ok)

Malam yg sama jugak aku dapat berjumpa dengan junior2x aku dari ump & kusess (aku boleh cam diorang ni lag)..rasa seronok sebab diorang pun still ingat kat aku. terasa diingati chewah..
Tak banyak dapat borak kerana terus nak menonton cerita, habis cerita pun ktorang melepak sekejap di pelita(mamak) amaran sila jangan makan mamak lagi hanya minum sahaja (ni kira boleh tahan skit je). Dapat menambah kenalan baru seperti aye, carpet, fatin ,wani. nana, farah, aydel dan tak ku sangka senior kmm aku yakni syukur. Rasa boleh mingle around dengan budak-budak ini. Hope berkekalan kerana aku suka aktiviti berkenalan yang happening cam malam tadi. Sembang tak sedar dah jam 130 pagi, aku kene beransur kerana aku lupa yang aku kene wat take home test yang banyak itu. Lupa jugak ada exam tapi sanggup lagi beronggeng.

Ok. semoga ada rezeki akan kuketemu mereka ini. Okla have to go chow..

P/s - Transformers memang cerita terhebat dekad ini, nak tengok kali kedua plak.

kelas ethics to engineer

baru sahaja abis kelas engineer and arkitek ethics last weekand (kelmarin & semalam). Subjek ini boleh dikatakan sangat boring kerana kita akan belajar management, organization, planning and structure plus code ethics for Arkitek(PAM) and engineers code.

Dan sebenarnya..
kelas ini sangat bagus bagi mereka yang mengambil construction management, walaupun begitu boleh diambil oleh engineers pendek kata hukumnya harus. Satu peringatan buat rerakan yang belum mendaftar BEM, anda sangatlah perlu mendaftar kerana profession jurutera ini abide to codes and ethics, tak berapa paham sangat. Tapi once kita practice without approval with BEM and didapati bersalah ke apa ke cam kes stadium atau pakar bangunan roboh (dayah Baa nya projek) kita memang enginaiya. Jadi kepada semua my fellow engineers silalah pastikan anda berdaftar dengan BEM dan saya semestinya registered already.

Ada satu statement dr Baychan singh bagitau, kenapa you nak jadi engineer and kenapa you nak tak nak jadi manager?Umur nak dekat 50 pun still carried out the calculations?

Sebabnya, mereka tidak mahu kehilangan that technical skills and expertise kalau menjadi seorang manager. Kerana itu, anda boleh lihat kat private sector ramai golongan seniors especially none-malay memilih engineer kerana lebih sayangkan ilmu dari duit yang berkepuk-kepuk jika jadi manager. Tapi orang kita memang suka jadi manager, tidak kepada ilmu, kalo mahu ilmu hanya pergi menjadi pensyarah bukan jurutera. ( aku pun berfikir, sememangnya begitulah juga perasaan aku ketika memilih untuk tidak lagi pergi ke government sector kerana bimbang akan kehilangan semua skills and technical knowledge yang aku sedang apply sekarang, nak belajarnya bukan main payah tetapi nak lupekan cam makan durian sahaja.

oklah nk chow dulu kerana ingin menyiapkan take home test aku, ada 2 test and 1 group assignment yang kene submit this friday. Jadi malam ni pulun dapat 50 percent pun mantap. 28th June plak final exam and next sem akan bermula pada 1 August 2009.

P/s - semoga dapat A this subjek dan maintain pencapaian yang cemerlang Amin.

Pic from langkawi

Memory card aku selamatlah, rasa sedikit lega kerana segala memori indah bersama keluarga dapat dikenangkan bersama. Sambil tengok gambar lucu hati rasa girang sambil terkekek-kekek gelak depan gambo. Berbunga rasa dapat tgk pic walaupun phone rosak. Yang penting keluarga happy dulu.. Ok layan sahaja moment happy ku bersama keluarga.

walking at tasik dayang bunting

pose akak yang excited kat pulau dayang bunting


Time nek bot nk wat island hoping

Abah favourite pose (nape ntah suke gini)

Mama pose control cun + ayu

Gaya tak reti pose, uweks

pose himpit sakan kasi muat phone at jetty kuala perlis

P/s - Langkawi berjaya menaikkan motivasi aku untuk kembali kuat bekerja dan belajar. Semoga aku akan lebih berjaya kelak. Amin ( dalam proses nak pergi beijing, cayok-cayok)

12 - 14 jun - citer langkawi 09

Baru pulang dari langkawi trip 09 bersama keluarga. Syukur tercapai jugak harapan nak berjalan bersama keluarga setelah agak lama kami sekeluarga tidak dapat trip bersama-sama. (since 1997 eco-crisis). Namun tetap tak cukup korum kerana adik lelaki ku yang seorang ini tidak dapat join kerana masih berada di perantauan iaitu skrg di Taiwan sambil menangkap gambar di Menara 101 yang tertinggi di dunia itu katanya ( bengang sekejap).

Bertolak jam 5 pagi dr Sg. dusun menuju ke utara dan singgah sarap sebentar di Tapah dan Kuala Kangsar tetap tidak mencukupi untuk sampai sebelum jam 2 di langkawi. Tepat jam 9 baru gerak ke utara menggunakan PLUS dan sampai di Jetty Kuala Perlis jam 1.30 ptg. Ticket jam 230 dibeli untuk naik feri namun delay jam 3.30 baru dapat naik dan akhirnya hati berasa sangat lega kerana berjaya menjejakkan diri di Langkawi jam 5.00 ptg. Kami sangatlah lapar ya amat, maka selepas mengambil kunci kereta dan meletak barang maka melantaklah kami KFC yang sangat dekat dari kereta itu.

Makan tersangat lah laju, sehingga 2 ketul ayam setiap sorang licin sehingga menjilat jari. Itulah akibatnya jika meng'skip' lunch anda. Walaubagaimanapun masih tetap lapar kerana tidak makan nasi erti kata makanan sebenar. After makan kami terus direct ke Aseania yang terletak di pantai ceneng. Check in je bilik terus bersiap-siap mandi solat dan lain-lain after maghrib terus keluar ke pantai chenang untuk bersiar-siar di waktu malam sambil berborak bersama ahli keluarga dan aktiviti melompat-lompat dipantai yang luas itu seterusnya aktiviti makan nasi di Restoran Aliah.

Esoknya kami meneruskan aktiviti island hoping pada waktu pagi sehingga jam 1.00 petang. Sangat seronok kerana dapat bermandi-manda di pulau dayang bunting , berjalan-jalan di Tasik dayang bunting sambil tido petang disana semasa menunggu bot dan menyaksikan helang yang ramai memakan roti ala-ala aksi menangkap ikan. Pembawa bot sangatlah baik kerana sanggup patah balik mengambil topi abah yang jatuh ke dalam laut di tiup geseran angin yang kencang itu.

Balik ke bilik terus menuju ke pool untuk berendam katak sebentar kerana risau tak sempat mandi dalam pool. Malang tidak berbau, bukan aku seorang sahaja yang terjun tiruk kedalam pool tapi SGHL - 700 Samsung Limited Edition Pink kaler aku juga turut bermandi-mandi (usia 4 bulan lebih). Sedar pun after 30 minit. Maka apa lagi aku pun menjadi HEMO HEMO pada alam & manusia seketika dan terus menidokan diri tak sampai 40 min tu. Bangun dari tido tengok semua pun tido kerana tak mahu menganggu aku yang tengah mengamuk sakan (dalam hatinya itu). Maka tak sampailah hati aku nak merosakkan mood pada petang itu. Aku terus bersiap-siap (aku je tak siap lagi) dan mengejutkan semua untuk lunch dan bergerak ke Cable Car jam 445 ptg.

Aku berpura-pura melupakan kekecewaan kerosakan dan kehancuran phone ku itu. Nasib masih sempat tiba jam 5.30 di cable car dan terus menaikinya hingga ke puncak gunung Matchincang haha agak je. Tak ku sangka memang mama ku penakut sikit2x.tapi kesian tengok dia memang takut sungguh, genggam erat tangan ku dipegangnya, muka menjadi merah padam dan asik tunduk kebwh saja tak pandang kiri kanan atas bawah. Letih pujuk tak nak di tolehnya..hehe tapi kami semua hepi. Abah yang pada mulanya katakan tak mo naik cable car ini kerana mainan budak-budak sebenarnya sungguh excited apabila berada di atas puncak..Nampak air terjun telaga tujuh dari atas cable, bebduak rasa excited nak pergi, tapi ptg tak sempat sbb semua letih lagipun penat sngt sbb pusing pulau-pulau tu. Bila waktu turun plak, mama dah jadi ok sbb dah berjaya meredakan keresahannya mengatasi kefobiaan ketinggiannya itu berasa seronok melihat suasana di puncak yang terbentang luas itu. Aku berpuas hati kerana hari ini dilalui dengan gembira.

Pulang dari Oriental Village, Singgah sebentar di Cendol dan Mee Rebus Black Pepper yang sangat sedap itu. Wah ini adalah makan malam kami kerana malam ini semuanya tertido yang agak awal iaitu jam 9 malam. (cancel plak aktiviti shopping di pantai cenang & makan kerang bakar kami).

Rest pun secukupnya, maka esok bangun sangat awal untuk menjejakkan kaki juga di Telaga Tujuh dan Air Terjunnya. Sebanyak 230 lebih tangga perlu di jejaki untuk sampai ke air terjun dan baki 330 tangga untuk sampai ke Telaga Tujuh. Syabas buat mama dan abah, kerana sakit lutut mama tidak memberikan tanda ketidakupayaan dan abah berpura-pura mempunyai stamina tinggi. Tapi mama dan abah mendapat tempat ke 4 dan 5 lah kerana anis adik ke 2ku yang mendapat tempat akhir (pemalas). Aku (1), Nana (2) dan emmy (3), walaupun bersaiz besar tapi kekuantan mental ku lebih dari yang lain maka akulah sampai dulu ke puncak. Apa-pun tahniah pada semua kerana berjaya sampai ke puncak. Sayang kita tak dapat daki Gunung MatChincang yang cuma 960m itu kerana tidak mendaftar dahulu. ( Next time ok)

Dari jam 9 sampai jam 1230 membuang masa di atas puncak, kami terus trun untuk pekena air kelapa sejuk dan pergi ke pekan kuah untuk membeli-belah. Aku semestinya membeli T-shirt bercorak langkawi cenderahati diri sendiri menandakan aku telah sampai ke sini dan agenda seterusnya membeli coklat yang banyak untuk atuk, nek, sedara dan rerakan sikit yang banyak nak makan sendiri serta toto kepunyaan mama.

Tiba waktu pulang, ticket 530 pm di ambil dan tepat jam 7 kami sampai di jetty dan menuju destinasi pulang ke Sg dusun tercinta. Bila balik cepat plak kerana jam 2 am suda sampai ke umah.. Aku mandi dan tito..

Sangat seronok dan rasa ingin datang lagi ke langkawi kerana sangat best. Insyallah next time ada lagi. Amin.

P/s - Gambar tidak ada kerana telah ditangkap sepenuhnya oleh SGH-L700 aku yang telah rosak itu. Tapi telefon lama aku ada menangkap sedikit gambar namun perlukan masa untuk aktiviti transfer yang payah itu kerana aku malas nak bluetooth ( takde laptop la)




j

Just watched JPBC

Aku baru sahaja balik menonton JPBC, Memang best. Bagi aku menjadi jugak cerita komedi seram ini kerana memang aku terkekek-kekek lebih-lebih lagi part orang minyak asyik menyanyi bila nak bertukar dan the best part shaheizy sam largh yang cute tu haha..bertukar-bertukar cam citer kartun plak.

So everyone, JPBC is recommended movie to watch. Pergilah sokong filem tempatan dan Ahmad Idham hoho. Aku adalah ahli kelab penyokong pengarah muda lagi segak (syamsul, faridkamil, pierre), yang paling penting berbakat largh. Aku pun suka khabir batia sbb cantik sangat shoot yang dia amik. For fun and enjoy aku suke layah afdlin, if not idham memang ok. Tapi tak minat plak owner of citer mukhsin, sepet or mualaf tu. Maybe aku not multicultral type kot. Im konservatif..(village girl)

Tak sbr rasanya nak tunggu movie of the year(my own list lar). Transformer 2 - aku siap dah beli T-shirt dah nak pakai time tengok nanti huahua..Siap dah pakat nk tgk ngn member2x. harap menjadi la korang tu. Kerana aku memang selalu on tapi korang memang payah hoho..
Okla just nak posting something for today. Tomorrow sharp 535 aku akan balik kg because the nextday aku akan berada di Langkawi. Yahoo. Akhirnya aku disana berjaya membawa keluargaku.

Langkawi here I come..
P/s - not here Friday 12th June - Monday 14th June, make sure I do not plow anything at my farm to prevent any waste. Haha

Trio Route to Kerteh pengubat rindu

Kelmarin aku pulang dari trio route ke kerteh , che we (aku), atih (zuba) and achik (din) telah menjadi wakil dengan bersungguh-sungguh untuk pergi ke Majlis Kenduri Uda (ain) bersama pasangannya kamarul. Tapi agaknya kami telah ditakdirkan untuk TAK bertemu dengan uda kerana uda dan suaminya telah pergi menangkap gambar di Pantai-pantai indah yang terdapat di kerteh itu meninggalkan kami yang lambat sampai tu (530pm br sampai).

Agak terkilanlah kami bertiga kerana tak dapat bertemu ahli keluarga mpp yg kami sayangi ini. Nampaknya ktroang kene reunion besar tatkala alang(nasrul) kahwin nanti this coming Julai di shah alam or dungun. Che we pasti akan ke shah alam (belah syifa') kerana sudah tidak sanggup nak ke pantai timur yang jauh itu menaiki kereta.

Aktiviti kami banyak berkisarkan didalam kereta sahaja. Tak ku sangka ktoang pergi ke kerteh menggunakan WFX 4288, Kancil Putih ku 660 keluaran 1997. Kemampuan kereta masih lagi utuh kerana tidak bergegar walaupun berlari dengan kelajuan 120-130km/jam. Rekod terbaik kerete aku adalah 144km/j mengikut rekod yang diberikan oleh data Garmin GPRS kepunyaan atih. Semakin sayang aku akan kenderaan kenit ku ini. Walaupun aku bakal mempe
roleh Jazz or Civic aku sendiri nanti(angan-anganku keazamanku). Akan ku tetap simpan sikenit ini untuk buat pergi pasar. hehe..(bolehlah aku metallic pink kan kenit ku itu)

Trio ini seronok kerana merapatkan lagi hubungan kami adik beradik (yang konon ini). Topik perbicaraan kami banyak mengisarkan tentang hubungan adik beradik angkat dan adik beradik sebenar masing-masing. Rasa macam sekejap sahaja, tengok-tengok kami sudah meninggalkan bumi ump dan aktiviti mpp kami yang penuh nostalgia, masam-manis, suka duka dan adengan yang tak diingini berlaku. Yang utama, aku memang sayangkan sangat family mpp ku ini. Semoga adik-beradiku ini berjaya dalam kehidupan dan kerjaya masing-masing serta memperoleh apa sahaja yang diinginkan dalam hidup.


P/s - Tetiba rindu yang teramat sangat pada semua:-


Current status:-
Alang - Married (Coming July 09)
Tam - Married (2008)
Uda - Married (June 09)
Adol - Engaged
Usu - Engaged
Chede - Engaged Soon
Adik - Engaged Soon

P/s _ Haiya, semua orang dah menuju ke alam yang baru, bagaimanakah yang lain adik beradik, cepat-cepatlah jugak yea. Nampaknya yang paling grand kahwin adalah bos kita lah. Semoga semua berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

Aku yang memaksa diri ini..


Tak sedar langsung yang rupanya aku sudah 1 tahun 9 hari berada di dunia makan gaji ini bersama syarikat perunding bumiputera. (Kalo dicampur masa training aku di hla akan menjadi 1 tahun 6 bulan dan 9 hari). Apakah yang aku rasa aku dapat apabila berada di dunia kerjaya ini di dalam department infrastruktur ini? Dapatkah aku apa yang ingin aku pelajari dan dalami? Mahirkah aku dalam menyelesaikan masalah yang acapkali akan timbul dalam design hasil dari complaint pemaju, bos, kontraktor, arkitek, M&E or rakan sejawat yang lain. Bolehkah aku secara langsung membuat rekabentukjalan, jambatan, bangunan dll jika dituju aku tanggungjawab untuk merekanya? Mampukah aku? Layakkah aku?

Jawapannya memang aku tak layak lagi dan asyik rasa rendah diri sahaja bila membuat sesuatu tugasan. Kadang-kadang apa yang kita rasa kita benar-benar inginkan bukanlah seperti apa yang jiwa dan kehendak kita ingin lakukan mahupun mampu melakukannya. Aku asyik berkata pada diri sendiri bahawa menjadi engineer bergelar IR adalah apa yang ingin aku lakukan. Tapi hati dan perasaan aku berbaur-baur kerana aku lebih sukakan bidang akademik yang tidak terbabit kepada unsur-unsur makian, boleh membuat masterpiece sendiri dan membentangkan kepada student, melibatkan diri dengan aktiviti student di universiti, menjadi inspirasi dan galakan kepada mereka yang ingin berjaya lebih lagi. Aku tamak, aku tak mau rugi, aku kerja dan aku belajar. Aku tidak sanggup untuk berpisah walau dengan mana satupun. Aku ingin IR pada masa yg sama mendapat PHD, dengan mereka berdua jugak aku tidak mahu berpisah. Adakah aku akan ditakdirkan untuk mampu membuat semua ini? atau aku terpaksa memilih antara salah satu sahaja sebagai arah tuju hidup aku. Apakah aku sangat memaksa diri aku sendiri?

Alhamdulillah, result sem satu master sudah lepas dan aku sangat bersukacita dengan result tersebut. Jika dimurahkan rezeki dan result sebegitu kekal hingga ke akhir semesta insyallah merasa jugak untuk graduat dengan 1st class. Terpikir lagi aku, jika Tuhan memudahkan kerja aku dalam pelajaran adakah ini satu petanda aku patut beralih terus dan tetap ke bidang akademik? Aku confuse dan celaru? Nasib ada rakan-rakan seperti bd dan adan yg kekadang memberi inspirasi kepada aku jugak kerana mereka sangat ingin berkecimpung dalam dunia pengajaran. Adakah mereka berjiwa lembut sahaja yang suka ingin menjadi tenaga pengajar? (Cewah aku bd and adan berjiwa lembut, ayat tak bleh blah).. Terima kasih jugak pada mereka dan rakan-rakan aku yang lain yang memberikan sokongan aku membuat partime study ini. Kerana ada segelintir kawan-kawan yang menidakkan kualiti, keputusan dan mengatakan bahawa tidak akan berjayalah aku ini jika membuat 2 kerja pada satu masa. Sedikit rasa kecewa dan terkilan kerana disangkakan aku begitu. Semoga aku memperoleh keberkatan dalam menunaikan tanggungjawab aku sbagai student maupun pekerja.

Pekerja, emm kebelakangan ini kerja-kerja pejabat menjadi slow dan aku menjadi tegar untuk berperilaku seperti pekerja yang takde motivasi. Semangat keinginan untuk bekerja seperti mula-mula bekerja sudah semakin pudar kerana aku membuat sesuatu bidang yang aku sendiri tak pasti minatnya dimana. Jika aku ada peluang, ingin aku cuba semuannya dan akhirnya memilih bidang mana yang menang dan layak untuk diri sendiri. Sudah aku katakan sifat tamak memang menebal dalam diri. Tapi peluang itu semakin menipis dan aku seakan ketinggalan dalam apa jua aktiviti yang berlaku dalam suasana kerja tersebut. Aku risau lagi kerana terpikir akan memilih untuk tetap menjadi perunding ini langkah yang memuaskan hati aku atau tidak. Semoga minggu mendatang hadir sesuatu unsur yang memberi inspirasi kepada diriku ini?

Yang pasti, apa yang membuat aku puas adalah memberikan kesenangan kepada kedua orangtau aku dan merantau negara orang sangat memuaskan hati aku. Semoga kedua perkara ini dapat aku laksanakan sehingga akhir hayat aku. Berbakti kepada mama dan abah adalah perkara terbaik yang harus aku lakukan. Semoga liku-liku hidup ini tetap aku teruskan walau terpaksa memaksa diri ini.

Kepada rakan-rakan yang aku sayangi semoga korang berjaya jugak dalam apa yang korang lakukan, dan semoga kita sentiasa mendapat peluang untuk travel bersama-sama . hehe

P/s - si udin telah membuat pengumuman untuk meninggalkan bumi malaysia, mungkin kami (koreivians dan umpians) semua akan merindui udin manusia berbulu pink dan semoga rakan kita memperoleh apa yang dikehendakinya. Salam sayang buat semua.

Salam Birthday to My luvely Mom

SWEET 47th BIRTHDAY TO MAMA


Ya allah, aku boleh sampai luper beday mama semalam (1june),
biasanya malam jam 12 mesti nak wish, ni boleh pagi2x..jam lapan aku aku baru wish..
nasib mama pergi rewang kat kg tue jugak, jadi sms pun dia tak reply petang sikit baru reply tq..hehe mama memang tak pandai bermain kata-kata.

Sms sms tak reply, takde kedit ke (aku terpikir)
bukan ghupanya, mama takde kat umah jadi aku call lah abah,
tanye abah watper beday mama ni, abah kata dah siap masak spesel untuk dia.
wow masak pe spesel, adalah resipi ubi kayu nak kasi dia makan..
haha kejam sungguh abah sempat melawak, dengar dek mama kang nangis (gelak je)

tahun ni memang tak de la sesambut sbb komitment kerja, tapi insyallah hadiahnya aku akan bwk pergi berjalan ke langkawi next week. hope mama happy and dapat pergi buat hobi yang dia suka iaitu belanja-belanja...

Ok mama luv you so much. terima kasih sebab selalu doakan kakak berjaya dalam apa yang dilakukan walau tak le perform sangat hehe..Maaf kekadang mengecewakan kerana sering tipu..hehe..



Selesai masalah yang satu ini

Alhamdulillah, masalah yang terjadi di cameron last week telah selesai. Kami telah berjaya menyelesaikan perkara tersebut dengan tuan punya kamera dan beliau juga setuju untuk menerima kehadiran sony t70 (pink) menggantikan dcs - t20 nya (compact cyber shot) yang telah dibelinya setahun yang lalu. Tapi dalam case ini aku telah melayang RM200 kerana sama-sama ingin memikul tanggungjawab beraksi sakan menggunakan cam tersebut. Tapi akan ditopup semula oleh BD pada sabtu ini. Akhirnya selesailah masalah ini. Syukur.

Inilah rupa T70 pink:-
P/s - hope owner puas hati, dah ganti malas plak aku nak amek kamera kat klcc tu cam lantak ko jela labu hehe..okok aku amik punye, risau plak si juna aku kata gini