perak - master - cuti

Salam kengkawan,

Minggu ini isu perak adalah yang obvious sekali, tiap kali bukak TV shj buletin utama jam 8 pm. Tak gambar nizar gambar zambry + plak gambr karpal singh. Boleh kata ini adalah actor-actor negara yang menyingkap tirai permulaaan 2009. Hatta bergaduh di terangganu sesame kroni, kini tiba plak giliran perak menyusul dalam perbalahan sehingga terkorbanlah kerajaan sendiri yang baru berusia tak sampai setahun. Mungkin dah tiada rezeki yang Allah berikan kepada mereka untuk menerajui perak. Aku pun kiranya ada kene mengena dengan perak lah, sbb asal balik kg memang kene lalu behrang tu. Jadi apa-pun hanya sokongan dan doa dapat diberikan agar negara kita tetap aman dari berlakunya peperangan serta gaji pegawai J41 merujuk kepada jurutera Awam seperti aku tetap meningkat dan banyak. Tapi aku kerja swasta jadi tak dapatlah memperoleh keistimewaan itu. Semoga ada increment tapi itu tak mungkin berlaku. Bersyukurlah anda tidak dibuang kerja. Anda masih boleh belajar menimba ilmu pengetahuan dan membayar hutang-hutang yang telah anda cipta untuk sepanjang hidup anda (padan muka)

Minggu ini excited nak pergi ke kelas ke 2-Advanced Foundation Engineering semula bersama Prof. Dr. Khairul Anwar. Nampaknya tak de jodoh kita lah doc. Kerana jadual yang diterima adalah salah, dan kelas telah diadakan pada hari Sabtu manakala kami datang untuk hari Ahad. Kerana itu, muncullah status ku yang berbunyi, class yesterday not today. Classmate aku Kak puteri yang br sampai dr kuantan menjadi amuk protes tambahan lagi telah dimarahi hubby tercinta. Sian baby kak puteri kene marah sekali. Lepas ni kami kene berhati-hati dan sentiasa mengconfirmkan kelas dgn lecturer terlebih dahulu untuk elak tembikai berbuah 2 kali tapi berguling-guling. Tetapi ketidakadaan kelas ini telah membina sesuatu yang baik, kerana telah mengeratkan hubungan antara senior 1 sem kami dengn junior 1st sem ini. Kami telah meluangkan masa dgn tea 0 dan kopi memasing di cafe dan bersembang kosong. Lebih spesel, albert (project manager) telah membawa ktorang ber5 ke project site yang sedang dijaganya di Mindef, kawasan kem pertahanan tentera darat. Semua happy dan boleh berbicara cam normal friends. Thank God.

Cuti ini - aktviti utama hanya berehat di umah sahaja. Segala aktiviti berjalan bagi bulan February 2009 terpaksa dibekukan. Janji ke sg. gabai, frim and rimba komenwal kene postponed ke bulan lain akibat dari krisis kewangan yang teruk kerana sumbangan derma yuran ikhlas yang telah aku berikan pada adik no 2. aku itu..Semoga Anis akan rajin belajar dan tidak menjadi seperti 3 sem yang terdahulu. Semoga Allah memberkati mu Sist. Malam tadi aku mendapat sms dr rakan sekelas UMP ku dahulu dlm jam 9.05mlm dgn ucapan ringkas jom lepak malam ini. Aku yang dalam keadaan no credit, no transport, not evening (malam lah) tak dapat nak berikan sebarang respon pada beliau. Maaf yea, nanti ada credit aku respon. Kawang aku ni pun satu, ingat damansara dgn wangsa maju ini cam dr umah aku seksyen 4 pergi kedai mamak NZ ker, kuar umah lompat trus sampai. No.No.No. Kene lah sound aku awai plus siang skit. Aku still nak mengaku anak dara nak keluar malam plak. Tak elok di nampak orang.

Nampaknya, minggu ini sbenarnya aku tak de kelas. Rugi rasanya tak dapat balik kg. Lama dah tak dapat balik kg. Since last berbaik semula dgn wan (nenek). Kesibukan Rumbu (orang yng pura-pura sibuk) yg melanda aku dgn kelas dan kerja tak seberapa. Tak balik mean rest at home, rest at home means study. Jadi aku akan rajin study kah? Tak mungkin this week memang relax giler. After posting ini, aku akan rajin semula dan menghadap apa yg patut tuk siapkan assignment. Tolong anyone bagi encouragement utk aku belajar ni..

p/s - aku yang tetiba malas...

4 comments:

Mr Final said...

CheWE! gi study~

huhu ker kate gini utk bgencouragement?? :P

elliashah said...

tak sure la..

tak menjadi pun dgn kata begitu..

mungkin che we perlukan penampar dari seseorang hahaha

tapi penampar sakit..x mo x mo..

mawaR said...

uwaa uwaa...entry anda sgt pnjg mcm thesis...berjaya jugak saya membacanye sbb saya org Perak...heheeee...mmg sesuai la dgn taraf education anda...heheeee..

elliashah said...

haha..
saya memang suka wat thesis..lah kak

later saya sambung PHD dapat lah lepaskan gian tulis panjang ok..

orang perak ghupenya..tapi dah berjalan satu malaysia nampak..

hebat n nk ikut..huhu