ya allah tak tau nak posting tajuk apa?
tapi aku coretkan sesuatu jgk minggu ini. Minggu ni makin bz dan ternyata recession menyebabkan projek government progress cepat krn riso tak dapat duit dari kerajaan. Oleh itu, aku yg swasta ni, terpaksa perit jerit dalam menyiapkan keje design and submission cam orang giler.
kene paksa jgk otak menyediakan dan menyemak rekebentuk yang telah diberikan. walaupun task junior engineer sahaja. tapi menyiapkan sesuatu tugasan dengan betul adalah sesuatu kepuasan buat diri engineer baru ini.
2 minggu kebelakangan ini sejak aku ada kelas structure analisis. hidup aku makin terumbang ambing memikirkan betapa risonya nak jawab finale exam paper tersebut. ghupanya payah keje pastu partime study. Actually study memang payah tapi best. Yang part best plak, the way kita treat kepahaman kita dalam soklan bila kita dah kerja lebih bagus dr time kita degree..sbb kita dpt apply knowledge kita at work dalam subject kita dan kita ada ramai orang terror tuk explain kan problem tu pd kita..
Takde istillah plagrism cam kita slalo wat time student. sbb kali ni bila kt jwab soklan kita tau apa yang kt wat tu adalah betul tepat dan logik akal..huhu.
Just masa tak mengizinkan. tetiap malam kene makan awal skit sbb jam 8 kene start masuk bilik tuk wat revision skit. walaupun tak ler masuk mana dalam otak, tapi menempatkan diri kita dihadapan buku adalah cukup baik jika yang masuk tue cuma 10 percent shj. Kalo dok menyesal.
Tapi malam ni aku amik masa sikit tuk memblog kerana aku memang rindu nk menulis. Yg dapat aku wat adalah membaca blog rerakan ku shj..
Maaf jugak kerana kebelakangan aku asik ungkitkan soal kegemukan sehingga ramai yang terganggu sensitivitinya. Adakah? Sebenarnya ianya hanyalah motivasi diri buat rakan-rakan ku dan sesiapa yang terbabit haha..lagipun aku asik terima YM message dari bdk2x mane ntah pasal pil suruh kurus..Nyampah. Naper hantar kat aku, sensitif tau. Pelangkung karang. huhu.
Minggu ini aku start kira kalori makanan yang diambil dan siap ada kengkawan yang menyokong dan buat perkara yang sama. Share infor antara guls and boys memang menyeronokkan. Cayok2x teruskan usaha menjaga pemakanan yang seimbang ok. Boleh tengok kat www.cekodok.com ok. kalo korang nak join jgk.
Dah dafter gym klas kat myoga, best kelas ni sebb ada banyak kelas menari dan bleh pergi menari kat sana tanpa segan silu. tempatnya cantik dan privasi terletak di gardens. Jauh gak nk g sbb kat the gardens. Tapi sbb dapat best price masa tu to attend 30 pass for berpuluh-puluh klas tue + ada sauna lagi rsnya berbaloi sangat. Baru jer hr tue wat balancing klas, fat burn class and stretching class..sonok nak join jom..ada 2 pass free for friends. Next week akan continue lagi the class dan nak masuk pilates, belly dance serta zumba dance hoho..Mari menari yeye..
Malam ni cam ronggeng plak. Tapi nak kene stop dah ni. Kene siapkan skit lagi assignment then tido awal amik energy sbb esok jam 10pg ada paintball wall main dengan budak ofis. Malangnya ada 4 jer pompuan yang lain semua pakcik-pakcik lelaki yang akan belasah ktorang. Dah ler takder strategi plus xder stamina. Mau orang pertama keluar ni. Tak aci2x kene reshuffle balik group ni..Doakan ktorang yer..
Pastu kul 2 gi kelas structure aduhaii..letih tapi health punya pasal no hal. I can do it. cayok2x
P/s - mesti lelebam badan, esok aku x nak bg can pun kat orang tua ok..tengoklah
1 comment:
Salam...hi! :)
terberjalan-jalan kat net ni carik psl kelas2 yg menarik utk pegi...
terbace kisah awk psl kelas myoga tu....so, nk tnye, best x?..how much eh monthly, deposit sume..?
thanks eh.. :)
Post a Comment