Allahyarhamah Marhamah Aziz Makcikku

Sebenarnya pagi ini aku telah mengambil halfday morning tuk menyelesaikan perkara peribadi sendiri dengan pihak bank. Sejenak diskusi dengan orang bank kiranya setengah hari sahaja dah cukup untuk selesai segala urusan aku.

tetapi jam 430 pagi satu miscall panjang dengen mesej berbunyi aku perolehi:-

aza, Cikmah dah meninggal heart attack pukul 2 pg hari ini. cikmah akan balik ke keramat rumah makngah - kak in

tatkala jam 5pg baru aku mengangkat telefon ku dan membaca sms tersebut. Terus mata ke tersedar seperti hati aku tersentap. Tak ku sangka hayat cikmah tak lama. Aku termangu sebab aku rasa aku macam banyak bersalah dengan dia. Aku sentiasa bengang dengan cikmah kerana hal-hal peribadi ku yang tidak dapat diceritakan.

Lantas aku terus solat dan membacakan yassin tuk cikmah. Lepas selesai baru aku berasa sedih dan sedikit bergenang..kerana aku teringat bahawa dulu cikmah pernah terasa hati dengan aku disebabkan aku tidak datang menjenguk dia. Boleh dikatakan aku tak nak pergi menjenguk dia. Dan ianya ternyata benar lagi kerana semenjak aku masuk ump aku dah tak pernah melawat dia. Sekarang aku rasa bersalah..

Cikmah maafkan aza jika aza hanya datang apabila memerlukan sesuatu
Cikmah maafkan aza jika tidak jadi doktor seperti yg cikmah nak
Cikmah maafkan aza jika aza pernah meninggikan suara
Cikmah maafkan aza jika tidak pernah ingat pada cikmah
Cikmah maafkan aza jika aza dingin setiap kali bertemu dgn cikmah
Cikmah maafkan aza jika aza emosi bila cikmah bicara pasal ayah aza

Segalanya berlaku dengan cepat tanpa aku sedar mungkin aku telah menyakitkan hati cikmah.
Semoga segala perbuatan aku itu memperoleh keampuanan darinya.

Aku sampai di umah jam tgh tegak di kepala. Alhamdulillah aku dapat melihat ramai saudara mara belah keluarga ku hadir walaupun kebanyakannya memang tidak aku kenali. Ini kerana aku tak suka ambil port mengenai keluarga belah ayahku. Aku lebih kearah family mak sahaja.

Disebabkan jenazah dibawah ke umah belah ayah, maka adik beradik perempuan dan anak buah perempuan yang ada ini berpeluang untuk memandikan jenazah beliau. Ini adalah kali pertama aku membantu memandikan jenazah. Pada saat inilah baru aku dapat rasakan rasa bersalah ku yang keterlaluan itu. Semasa cikmah hidup aku tak pernah nak buat perkara yang menyenangkan hati beliau. Walaupun hanya sebagai makcik, tapi aku tahu dialah antara makcik yang sayangkan aku, tetapi hati aku plak...(aku pun tak tahu). Mungkin aku seorang yang pentingkan diri sendiri.

Setiap kali aku terdetik sejenak sahaja, air mata ku akan bergenang seperti paip yang laju tetapi hanya sebentar sahaja. Cuma acap kali begitu. Mungkin aku masih egois..Aku selfish.

Alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan tidak mempunyai sebarang masalah.

Diharap cikmah diletakkan di kalangan mereka yang beriman dan diberkati oleh Allah.

Al-fatihah

3 comments:

Mr Final said...

Al- fatihah...

Mohd Hazaruddin said...

dar,

salam takziah!

Anonymous said...

salam takziah..

lumrah alam..~