salah paham..agama toh chin lai

salah paham agama orang lain.

hari ini satu isu menarik telah timbul di ruangan kampus ku...memang boleh dikatakan agak lucu kerana ada manusia yang tidak mengenali insan lain dan telah membuat satu teguran tajam ke atasnya lalu telah menyebabkan malu.

In berlaku disebabkan junior ini tidak mengenali senior tersebut yang telah berada bertahun-tahun di universiti tu manakala junior plak kuranglah tahunnya dari senior

nak dijadikan cerita, junior ini kononya yang telah mempunyai pengalaman yang banyak dan mengenali ramai orang telah menegur dan menegakkan kebenaran dalam agama dengan mengatakan saudara senior tadi telah menganggu sensitiviti orang Islam didalam ucapannya.
Dimana ucapan senior tadi di penuhi dengan salam dan kalimah insyallah.

Apabila menyentuh hal-hal keagamaan maka memang secara terang dan jelas lagi tersuluh sensitiviti umat Islam di universiti aku memang peka terhadap isu ini. Apa lagi adalah bangkit beberapa insan yang telah membuat teguran demi teguran terhadap junior tersebut untuk menyelesaikan masalah dan keadaan.

Memang aku berasa kasihan dan lucu terhadap junior tersebut kerana antara teguran yang memang dilontarkan terhadapnya ada yang terasa pedasnya. Ini kerana senior tersebut adalah mudah sangat nak dikenali dan dihubungi serta dikesani kerana beliau sering menunaikan solat berjemaah di Masjid. Hatta x kan sekalipun junior tersebut tidak nampak akan kelibat senior di masjid. Atau adakah junior tersebut tidak meluangkan masanya di masjid sehingga tidak mengenali senior tersebut.

Pikir-pikirkanlah bahana yang berlaku apabila kita menegur insan lain secara melulu- lulu.

Senior tersebut telah memeluk Islam pada 24 Dec 2003 dan mengekalkan pengunaan nama asalnya bagi mengekalkan identiti bangsany asahaja. ini Dah nak masuk 4 tahun beliau menjadi orang Islam. Semoga isu yang berlaku hari ini merupakan peringatan kepada kita semua sebagai umat Islam supaya lebih berhati-hati dan berhemah dalam membuat teguran kepada orang lain.

P/s:teguran berhemah datangnya dari orang yang berilmu. Kalo x berhemah x berilmulah kita.
Segalanya yang buruk datangnya dari saya dan yang baik datangnya dari Allah SWT.


No comments: