perihal 6 hari berpuasa

alhamdulillah seronok rasanya dan puasa hampir 6 ramadhan ini, teringat plak kat rakan ku yg bernama ramadan serta rakan-rakan lain. Agar kita semua dapat lebih baik pada bulan ini kerana ramadan adalah satu bonus buat kita untuk lebih beribadat dan beramala kepadanya. Azam tahun ini, akan diperbanyakkan jumlah terawikh, almaklumlah orang bujang yang asyik berhendonisme ini amat payah nak dikurangkan tabiatnya. Tapi akan dicuba, alhamdulillah setakat ini berjaya.

1st & 2nd puasa dapat berjemaah bersama keluarga dan sanak saudara di kg. Seterusnya aku telah mempertajamkan lagi skill masak dengan aktiviti memasak berbuka sepanjang minggu ini. Insyallah ok rasanya, tak seganlah nak masak depan makcik-makcik aku nanti, apa-pun makanan berunsur santan aku still tak berani plus tak minat nk try. camne nk wat ye?

minggu ini, yakni esok akan pulang ke kg lagi. acapkali aku ni pulang ke kg sejak dah berani overtake kenderaan atas highway PLUS tu tambahan lagi dengan wujudnya DUKE, mempercepatkan lagi aku sampai ke kg. hanya 1 jam 15 min shj dr umah sewaku. Pernah aku jam 8 pg di kg, 100 di kl dan 630 di kg balik, semata-mata rindu sangat kat mama & umah, aku balik jerlah ulang alik kl dgn gembiranya.

byk aturcara berbuka poser nak diatur ni, tapi satu pun x sempat pikir, geng koriev la, geng ofis, geng GTTB (geng tak takut bini), geng gunung datuk, geng aysk dan geng ump(baa). Sempat ke nak attend semua ini, hope sempat dan dapat wat terawikh sesame, bukannya meronggeng pas buka. Mintak jauhlah dan agar aku lebih disiplin pada bulan ini. amin.

inilah perihal 6 hari berpuasa, berikut adalah pantun yang ku hantar masuk peraduan nescafe hotfm sesaje cuba nasib:-

Berlalu ramadhan syawal menjelma,
Sebulan berpuasa kini tiba hari raya,
Sanak saudara tersenyum gembiran,
Menikmati secawan nescafe di pagi raya.

P/s - rerajinlah beramal di bulan yang mulia ini, salam ramadhan


Salam Ramadhan

Tak terlewat untuk aku sampaikan salam ramadhan buat semua, Maaflah kepada yang membuzz aku di ym dan skype pada weekand yang lalu kerana aku telah pulang ke kampung dengan tidak menutup pc aku semata-mata nak habis download heroes season 3. Skang dah complete hehe.

Sempat aku bersms salam ramadan buat teman-teman, namun tak semua kerana tak berkesempatan untuk menaip sms tersebut. Aku suka menaip lagi sms khas untuk rakan-rakan tertentu. Ada kawan ragamnya begini, begitu, geng gempak lain, geng ronggeng pun lai, geng bebaik pun lain. Banyak sangat idea kat kepala sampai sikit je dapat send pada kengkawan. Maaf yea. Apa-pun salam ramadan dan azam kali ini adalah lebih rajin ke surau hehe.

Nak jadi cerita, ptg jumaat aku dah pulang ke kg, sg dusun, perjalanan lebih kurang 1jam 15min shj. Kemudian sahur bersama keluarga hari pertama puasa, sangat menggembirakan sebab dah lama tak wat bertahun-tahun kiranya. Kemudian balik ke KL jam 1130 untuk ke kelas Adv. Structural design. Habis je kelas jam 5 ptg aku terus terasa nak balik ke kg untuk merasa kemeriahan berbuka pulak bersama keluarga dan makcik pakcik sepupu sepapat. Jam 630 tepat aku sampai ke kg. Alhamdulillah, sangat meriah berbuka petang itu, kerana tak dapat aku bayangkan bahawa semua sepupu aku yang dulunya kecil setakat 4-5 tahun telah besar semuanya range 13-14 tahun. Maka sedarlah aku, bahawa dah lama tak tengok mereka ini membesar di depan mata. Aku dan pak uda pun kelam kelibut nak mencelah antara bebudak yang merebut makanan ni, sampai x sempat nak amik apa yang nak dimakan. Aku pula semakin dapat menerima komunikasi dua hala antara sepupu papat, ntahla sebelum ini dorang kecik jadi tak tau apa nak diborakkan, skang sudah besar masing-masing sudah ada topik nak disembangkan.

Lepak lagi di kg sehingga isnin pagi, selepas sahur and tepat jam 620 pagi aku bergerak drive pulang ke KL waktu subuh yang menakutkan itu kerana sangat gelap gelita. Namun dicekalkan mata hati ini meredah kegelapan sambil berfikir yang bukan-bukan. Akhirnya sampai ke opis 8.04 pagi, lewat 4 min dr waktu pejabat., nasiblah esok tak wat lagi huhu.

Itujerlah citer ringkas time weekand yang menyesakkan itu. Salam Ramadhan untuk semua dan jangan lupe berterawikh dan banyakkan ibadat pada bulan yang mulia ini. Amin

Ekspedisi Gunung Datuk

Yeah akhirnya berjaya jugak aku menjayakan program expedisi gunung datuk bersama sang amatur yang sangat sporting dan berusaha untuk naik ke puncak gunung. Pada tanggal 15hb Ogos seramai 10 peserta yang terdiri dari team subaru, swift, caldina dan kodok telah meredah hutan belantara menjejak gunung datuk.

Perjalanan yang dijadualkan jam 7 pagi dari wangsa maju delay gara-gara ada team dari pasukan caldina telah sakit perut dan memerut pada pagi tersebut yang agak lama. Namun kami meluncur laju jua tepat jam 730 pagi ke destinasi kami dengan objektif pertama dahulu iaitu breakfast. Disebabkan ini adalah aktiviti jalan-jalan maka kami telah menyinggah dahulu di Kedai Nasi Lemak Mambau ( yang pernah masuk JJCM TV3). Melantaklah kami beramai nasi lemak dan lauk-pauknya disana. Disini bermulalah sesi perkenalan diantara team-team ekspedisi.

Ketika makan, ghupanya team kodok telah mendahului dimana team kodok telah tidak sabar bergerak menunggu di tempat rekreasi gunung datuk tersebut dan tidak mahu menunggu kami yg sedang makan maka team kodok telah mendaftar dan mendaki gunung tersebut. Maka tersingkirlah team kodok haha kerana ketidaksabarannya itu.

Tepat jam 10, kami terus bergerak pantas menuju destinasi. Setelah mendaftar dgn bayaran RM 3 kami memulakan pendakian tepat jam 1040 pagi. Stretching ala-ala tak strecthing pun dilakukan secara sendiri dan beberapa pose diambil sebelum mendaki sebagai kenangan. Pelbagai kerenah dapat dilihat sepanjang mendaki ini, ada yang lemah, kurang stamina, kurang nafas, berdengung kepala, motivasi down serta masalah psikologi dan berperasaan negatif. Aduhai geleng kepala aku melihat telatah rakan-rakan ku yang comel ini. Walaubagaimanapun, semuanya mempunyai semangat yang kental dan daya juang yang tinggi kerana sanggup meneruskan pendakian sehingga ke puncak sana. Walau ada ketika sering kedengaran suara-suara sumbang peserta yang ingin patah balik kerana hilang semangatnya disebabkan terhidrat yang amat sangat. Akhirnya ketakjuban yang dapat dirasai apabila sampai di checkpoint terakhir dan semuanya tidak sabar untuk menaiki puncak batu yang harus dipanjat oleh setiap mereka yang menjejaki gunung datuk.

Segala penat lelah & masalah-masalah negatif yg berlaku sewaktu pendakian telah dilupakan ketika berada dipuncaknya. Berjaya juga team ini sampai ke atas dalam masa 2 jam lebih seperti yang sepatutnya. Syabas buat team ini. Semoga aktiviti lain jugak dapat disertai oleh team ini:-

Contribute tanks to all team:-
Caldina - bash, azam & me
subaru - dayah, syak, jeda, kawa
swift - mek, yi & mocha

kodok - aini, ya, bf 1, bf 2

Hayatilah keseronokan yang dialami:-

pose sebelum mendaki - muka segar bugar lagi ini

kat checkpoint 1 - semuanya dah comot-comot

akhirnya sampai ke puncak sebelum naik batu terakhir - jumpa team kodok disini

pose dengan gaya sangat takut tapi muka heppy giler

aku dipuncak bersama mek & azam - sangat hepi yea

pose yeah yeah dari semua peserta..

Who want red passes for MTV Worldstage In Malaysia



I've received this email yesterday.



I'v won 2 passes to giler gempak MTV Worldstage tomorrow. its is 1st and ever i got free gift from my handsome macho band which is entranged. thank you so much. Luv u guys.

But friends, you all are late, because ive already gave away my passes for free to my brother. Let him enjoy himself with kasabian, boys like girls, hoobastank and manymore while i on the peak of gunung datuk achive my victory climbing on 900m mountain ..yeah.

Ok, i need to rest and sleep early today because i want to have good recovery and full strength for tomorrow hike. yosh..Gunung datuk here I come.

P/s if i reach KL before 5, i'll be the one attending the concert.

perihal takde hati yang berlalu (sangat ada hati)

Kebelakangan ini asyik takde hati je dengan life sendiri. Walaupun minggu ini sibuk menjalani training stamina sejak minggu lepas untuk menjejak gunung datuk pada minggu ini, namun tetap takde hati.

Adik lelaki tunggal pun dah pulang dari journey kapal jelajah dunianya pada hari ahad yang lalu. Setelah mendapat panggilan jam 6 pagi dari mama, aku dengan takde hatinya telah melompat bangun, solat dulu (wajib ada hati atau tidak) tanpa mandi (takde hati) terus mengambil adik tersebut dan bwk pulang ke kampung soeharto. Dengan takde hatinya juga, letak sahaja adik di kg siap belasah dulu nasi lemak mama di rumah terus bergerak pulang ke KL untuk ke UTM Semarak. Jam 10 baru masuk kelas sampailah jam 5 ptg. Balik rasa dah macam cipanzi terus bersiram dan bersiap untuk melanyak di Nelayan bersama keluarga. (diorang tadi kat kg ptg kat Kl plak).

Akhirnya, aydel yang takde hati telah berjaya menemui hati Matta & aku pada jumaat yang lalu dan terima kasih kerana telah melayan bual-bual kosong kami serta membayar makan di Kak Ita Steamboatsupekor ye. Silalah rajin membelanja kami lagi yea. Beronda di uptown danau kota dan akhirnya borak panjang lagi di kedai mamak (ish jijik, minum shj).

Terlupa plak kisah bersama korevians. Thanks jugak pada bash, pja, bd, adan, termasuk kawn pja khairul and poknik kerana beronggeng bersama dengan sedikit niat kecil ingat pada birthday aku 24th yang lalu. Tak makan lagila benda yang korang bagi tu. Sayang konon (podah cittla aku). Paling salute adalah suara adan semakin improve. Memang mantop la my dear fren ni.
Foremost pada pja yg turun Kl for me (actually ada niat lain besides me, no wonder la) hehe please jgn marah.

kerja sangat lah ada hati, agak bertimbun sehingga tak tahu nak dahulukan yang mana. Namun masa sangat mengajar aku menjadi lebih baik dalam pengurusan masa dan aspek prioritize mana yang penting untuk kejar dateline. Study alhamdulillah, makin baik tetapi sangat tak pressure, hope aku kurang bermain dan dapat perform lagi pada sem ini. Semoga lebih baik dari sem yang lalu.

Aku sangat takde hati ini. Tolonglah, melara jiwa rasanya. Aku perlukan new laptop, gunung kinabalu peak, Nokia N97 or Blackberry Bold, Duit for beijing and full braces for my teeth now......

sukarelawan di Kl tower

kl tower
Wah rindunya jadi ajk program ape ntah lagi pengarah program haha. Baru-baru ini rakan sekolah lama dr klang telah mengajak aku menjadi ajk pendaftaran pada program alumni ayahnya tuk alumni mrsm seremban 50thn (1972-1976). Aku terus bersetuju tanpa memerlukan bayaran lelebih lagi tempatnya adalah Kl tower restoran berputar tu. Pertama kali nak jejak Kl tower ni, best part it is free. Paling unexpected adalah aku usher bos aku sendiri En Isham hehe.. ghupanya bos sendiri adalah alumni mrsm seremban. Nasib tak kantoi wat perihal x semenggah kan..Paling excited adalah apabila dato zul (exec director KL tower yg jugak ex mrsm seremban) mempelawa kami tok tour ditingkat atas sekali private place for KL tower staff only for short pictures moment. Sangat excited kerana berasa sungguh spesel mendapat peluang ini. Berikut adalah shot atas puncak KL tower dengan phone kamera sahaja. Layan je la.

Dapat shot berdiri sama tinggi dengan KLCC

Sukarelawan program yg dapat upah RM50 makan free plak. TQ

Aku (ungu) berjaya menuding ke kanan sedikit KLCC

p/s - banyak pose lagi dikamera lain tapi masih belum terima, ini shj termampu..

Diragut dan Ditikam

Pagi ini bangun dengan keadaan terkejut debar-debar sedikit selepas mendapat sms dari kawan mengatakan seorang dari rakan sekerja kami telah diragut dan ditikam lewat petang semalam dikawasan rumahnya. Aku agak kaget, kerana minggu ini banyak kali aku pulang lewat dari ofis tambahan pula parking kerete di atas jalan yang berbukit dimana bukit tersebut adalah gelap dan sunyi bila mencecah jam 7 ptg. Pemilihan manusia untuk diragut tidak akan mengenal siapa tuannya itu, jika mangsa seakan membawa handbag yang berisi barang yang bernilai serta seakan-akan alpa dan lalai yakni memberikan ruang kepada peragut untuk merompak diri kita ini.

Pada kejadian kali ini, peragutnya adalah seorang yang tekad pada firasat saya, kerana dia sanggup untuk menikam manusia lain seperti sememangnya dia telah bersedia untuk melakukannya jika tidak dapat meragut dengan catatan terbaik yang pernah dilakukannya. Ataupun adakah mangsa akan mengenali peragut jika tidak di tikam atau peragut seorang yang dikenali atau berdendam dengan simangsa. Pelbagai andaian timbul dalam kepala otak ini namun semua tidak dapat dijawab oleh saya melainkan peragut dan mangsa itu sendiri.

Walauapapun kepada semua kenalan perempuan saya di luar sana. Kurangkan tabiat memakai handbag terutamanya di kawasan yang sunyi, bukit, lorong gelap, dan kawasan yang mana kenderaan seperti motor mempunyai ruang untuk meragut barang kita tersebut. Sentiasa berwaspada semasa hendak menaiki kenderaan dan turun daripadanya. Segala yang penting harus diasingkan dan yang tidak penting bolehlah di sumbatkan didalam beg tersebut. Saya sangat sukakan handbag, namun nyawa lebih saya sayangkan. Naik kerete terus lock dan jangan buka pintu pada orang yg tak dikenali. Masih banyak hendak dilakukan di dalam dunia ini. Janganlah kerana hendak kelihatan bergaya dan menampilkan jenama beg mahal kita, kita sanggup mengenipikan harga nyawa kita yang tidak ternilai.

Maka pada hari ini, aku akan berjalan di shopping mall without handbag. Hari insaf diri hari ini. Semoga kakak ofis aku tu cepat sembuh dan dapat kembali bekerja seperti biasa.

P/s - Nak beli handbag antibeauty hehe, nk kene pergi kedai yuna kat subang

Land desktop - Acad Civil 3D


engineer era baru kena tau kai land desktop. ia adalah sejenis kekeras lembut yg kita boleh kt install dalam pc or notebook kita..Boleh dapat dr cetakan lanun mahupun produksi yang halal.

akhirnya buat julung kalinya, aku (DON ZA) berganding bahu dgn miss sicilly (nama mafia wars kami) berjaya mengaplikasikan command acad 3d dan apply ke dalam land dekstop. kami telah berjaya mengxrefkan drawing kosong ke dalam acad drawing seterusnya menjana terrain 3d polyline ke atas polyline kami dan menjana elevation ke atasnya. Hasilnya dapatlah kami invert level yang ditengah2x diantara 2 titik. Masa yang diperuntukkan adalah jam 10 pg hingga 6 ptg, pada hari ini. ( tak termasuk masa 1 thun lalu yg asik gagal mencuba).

Kepada yang ingin mencuba sila cekalkan diri dan minda anda serta fokus terhadap perkara yg ingin anda buat. Target selepas ini adalah gunakan Acad 3d untuk calculate earthworks dan generate ground terrain modelling menggunakan survey data or lidar survey.

P/s - posto direka buat yang paham sahaja. Yg tidak paham boleh tanye yea (yg minat belajar sahaja digalakkan) kepada yang bukan sila ke page lain. thank tribute to our bos

wedding illah my luvely cousin

pending posto released..
tanggal 4th julai same date dengan wedding alang, ada satu lagi wedding iaitu my cousin.
After bersuka ria disiang hari sabtu itu bersama geng kmm sehingga jam 6 ptg aku pun beransur pulang dan tepat sampai jam 7.30 petang aku sampai di umah. Kelam kabut aku bersiap kerana nak hadirkan diri ke majlis cousin aku sebelum isya. Akad nikahnya pas isya dah jam 8 aku gerak terus ke Seri kembangan. Patutnya 25min dah boleh sampai tapi MMR2 memang sangat jam dan aku sampai tertidur dalam kereta akibat jam teruk dekat 1jam 30m itu. Akhirnya selamat sampai ditengah2x majlis akad berlangsung dan dapat pic dengan pengantin. yeah.

Aku, Illah & Epol (mata penganti perempuan melirik)
satu kesamaan pengantin adalah keduanya juling air, unik

Aku tersangatlah penat, after taking pic dengan pengantin aku tak dapat nak join pokcik makcik melantak terus tertidur sehingga esok pagi. Jam 6 dah bersiap2x menolong didapur majlis rewang katakan, hendaklah uruskan sendiri memandangkan kita dah anak dara dah dewasa hendaklah paham2x sendiri menolong didapur. Masa inilah aku ingat berkenalan dengan ramai saudara mara, mentang-mentaglah cucu perempuan pertama kawin after 2 cucu lelaki telah berkahwin. Aku plak cucu 2nd perempuan, (jenuh aku menjawab persoalan makcik dan pokcik aku pasal wedding aku plak nanti). Payah menjadi orang dewasa ini..

Next week rabu (29 juli) akan turn aku menginjak ke 24 thun. Makin dewasa dan semakin meninggalkan dunia remaja yang nakal itu. Attitude pun semakin akan kena berubah. Banyak perkara patut dan akan berubah. Semoga apa yang aku impikan, hajati dan doakan akan dimakbulkan dan sentiasa menjadi seorang manusia yg kuat berusaha terhadap semua perkara yang di inginkan. Amin

Epul dan illah, Congrat korang

Sila perhatikan dan compare ketinggian pengantin

Aku and my luvly cousins ( yg lain masih under age ok)

Al-kisah wedding cousin aku semoga korang hepi sampai akhir hayat ok..

P/s - future ma wedding with antu..

im trap

trap adalah perangkap..
dan hari ini nasib ku kurang baik kerana terperangkap di dalam jam
aku bertanggungjawab untuk pergi Shah Alam hal kerja bukan ronggeng
dgn dedikasi dan yakin sampai ke sana tapi gagal bila waktu pulang kerana telah trap dalam lebuhraya PLUS yang sangat tak berjalan itu.
dekat 2 jam dalam kete pungguk memang panas dan mata makin layu..
stress silap masuk jalan tun razak pi lebuhraya mahameru balik, tension bengang
aku dah lambat, bos tgh tunggu ni, nk jam 6 aku sampai jam 8 ( tak patut)..
Tak perform la aku ini..

Sekalinya, ada doc aku miss (tanpa ketahuan aku ok)..argh leganya..tak yah berkejar sampai ofis tapi lagi 5 min sampai ofis baru dibgtau bos..
Teringat aku mandu cam meroyan tadi..huhu nasib masih selamat..
Luv ur life dear..huhu

p/s rindu time pi study master huhu, my class start this 1st august ..yeahaa