Ekspedisi Gunung Datuk

Yeah akhirnya berjaya jugak aku menjayakan program expedisi gunung datuk bersama sang amatur yang sangat sporting dan berusaha untuk naik ke puncak gunung. Pada tanggal 15hb Ogos seramai 10 peserta yang terdiri dari team subaru, swift, caldina dan kodok telah meredah hutan belantara menjejak gunung datuk.

Perjalanan yang dijadualkan jam 7 pagi dari wangsa maju delay gara-gara ada team dari pasukan caldina telah sakit perut dan memerut pada pagi tersebut yang agak lama. Namun kami meluncur laju jua tepat jam 730 pagi ke destinasi kami dengan objektif pertama dahulu iaitu breakfast. Disebabkan ini adalah aktiviti jalan-jalan maka kami telah menyinggah dahulu di Kedai Nasi Lemak Mambau ( yang pernah masuk JJCM TV3). Melantaklah kami beramai nasi lemak dan lauk-pauknya disana. Disini bermulalah sesi perkenalan diantara team-team ekspedisi.

Ketika makan, ghupanya team kodok telah mendahului dimana team kodok telah tidak sabar bergerak menunggu di tempat rekreasi gunung datuk tersebut dan tidak mahu menunggu kami yg sedang makan maka team kodok telah mendaftar dan mendaki gunung tersebut. Maka tersingkirlah team kodok haha kerana ketidaksabarannya itu.

Tepat jam 10, kami terus bergerak pantas menuju destinasi. Setelah mendaftar dgn bayaran RM 3 kami memulakan pendakian tepat jam 1040 pagi. Stretching ala-ala tak strecthing pun dilakukan secara sendiri dan beberapa pose diambil sebelum mendaki sebagai kenangan. Pelbagai kerenah dapat dilihat sepanjang mendaki ini, ada yang lemah, kurang stamina, kurang nafas, berdengung kepala, motivasi down serta masalah psikologi dan berperasaan negatif. Aduhai geleng kepala aku melihat telatah rakan-rakan ku yang comel ini. Walaubagaimanapun, semuanya mempunyai semangat yang kental dan daya juang yang tinggi kerana sanggup meneruskan pendakian sehingga ke puncak sana. Walau ada ketika sering kedengaran suara-suara sumbang peserta yang ingin patah balik kerana hilang semangatnya disebabkan terhidrat yang amat sangat. Akhirnya ketakjuban yang dapat dirasai apabila sampai di checkpoint terakhir dan semuanya tidak sabar untuk menaiki puncak batu yang harus dipanjat oleh setiap mereka yang menjejaki gunung datuk.

Segala penat lelah & masalah-masalah negatif yg berlaku sewaktu pendakian telah dilupakan ketika berada dipuncaknya. Berjaya juga team ini sampai ke atas dalam masa 2 jam lebih seperti yang sepatutnya. Syabas buat team ini. Semoga aktiviti lain jugak dapat disertai oleh team ini:-

Contribute tanks to all team:-
Caldina - bash, azam & me
subaru - dayah, syak, jeda, kawa
swift - mek, yi & mocha

kodok - aini, ya, bf 1, bf 2

Hayatilah keseronokan yang dialami:-

pose sebelum mendaki - muka segar bugar lagi ini

kat checkpoint 1 - semuanya dah comot-comot

akhirnya sampai ke puncak sebelum naik batu terakhir - jumpa team kodok disini

pose dengan gaya sangat takut tapi muka heppy giler

aku dipuncak bersama mek & azam - sangat hepi yea

pose yeah yeah dari semua peserta..

4 comments:

mr_jayzack said...

wargh..jelesnya!!!

elliashah said...

yes berjaya wat u jeles, memang niat I hehe

pja said...

jeles jugak
\

polaris said...

tambah sowang lg.... me jelous toooooo..