Tak terlewat untuk aku sampaikan salam ramadhan buat semua, Maaflah kepada yang membuzz aku di ym dan skype pada weekand yang lalu kerana aku telah pulang ke kampung dengan tidak menutup pc aku semata-mata nak habis download heroes season 3. Skang dah complete hehe.
Sempat aku bersms salam ramadan buat teman-teman, namun tak semua kerana tak berkesempatan untuk menaip sms tersebut. Aku suka menaip lagi sms khas untuk rakan-rakan tertentu. Ada kawan ragamnya begini, begitu, geng gempak lain, geng ronggeng pun lai, geng bebaik pun lain. Banyak sangat idea kat kepala sampai sikit je dapat send pada kengkawan. Maaf yea. Apa-pun salam ramadan dan azam kali ini adalah lebih rajin ke surau hehe.
Nak jadi cerita, ptg jumaat aku dah pulang ke kg, sg dusun, perjalanan lebih kurang 1jam 15min shj. Kemudian sahur bersama keluarga hari pertama puasa, sangat menggembirakan sebab dah lama tak wat bertahun-tahun kiranya. Kemudian balik ke KL jam 1130 untuk ke kelas Adv. Structural design. Habis je kelas jam 5 ptg aku terus terasa nak balik ke kg untuk merasa kemeriahan berbuka pulak bersama keluarga dan makcik pakcik sepupu sepapat. Jam 630 tepat aku sampai ke kg. Alhamdulillah, sangat meriah berbuka petang itu, kerana tak dapat aku bayangkan bahawa semua sepupu aku yang dulunya kecil setakat 4-5 tahun telah besar semuanya range 13-14 tahun. Maka sedarlah aku, bahawa dah lama tak tengok mereka ini membesar di depan mata. Aku dan pak uda pun kelam kelibut nak mencelah antara bebudak yang merebut makanan ni, sampai x sempat nak amik apa yang nak dimakan. Aku pula semakin dapat menerima komunikasi dua hala antara sepupu papat, ntahla sebelum ini dorang kecik jadi tak tau apa nak diborakkan, skang sudah besar masing-masing sudah ada topik nak disembangkan.
Lepak lagi di kg sehingga isnin pagi, selepas sahur and tepat jam 620 pagi aku bergerak drive pulang ke KL waktu subuh yang menakutkan itu kerana sangat gelap gelita. Namun dicekalkan mata hati ini meredah kegelapan sambil berfikir yang bukan-bukan. Akhirnya sampai ke opis 8.04 pagi, lewat 4 min dr waktu pejabat., nasiblah esok tak wat lagi huhu.
Itujerlah citer ringkas time weekand yang menyesakkan itu. Salam Ramadhan untuk semua dan jangan lupe berterawikh dan banyakkan ibadat pada bulan yang mulia ini. Amin
No comments:
Post a Comment