Trip akhir europe 2D1N in Barcelona



Gempak giler perlawanan Barca menentang Ac Milan semalam, baru pertama kali menyaksikan perlawanan champions league (harap tak salah game), gasaklah apa event pun tetapi melihat Messi mengelecek menendang masuk bola dan gol di celah kelangkang player Milan, memang terbaik. Terjaga aku dikala tidur gol pada minit ke 4. Hanya mampu bertahan mata sehingga gol minit 30 dan akhirnya aku boom pada minit 45. Rest aku dalam tidur..

Sebelum kejadian Barca vs Milan, Aku sempat melawat ke Barcelona pada 9-10 Mac 2013. Menaiki flight Ryan Air (memang cikai domestic flight and still free seating, airasia lebih baik). Ticket berharga 157 euro from Malpensa to Barca untuk durasi perjalanan 1 jam 30 min shj. Sampai disana sudah malam jam 11 maka menggunakan khidmat taxi dengan harga 28 euro termasuk supplement charge dalam 4.20 euro.  Aku menetap di hotel  Barbara 1* yang terletak di La Ramblas dengan harga 29 euro semalam. Menetap selama 2 hari. Rehat untuk pulun pada keesokan hari nya.

Esoknya keluar awal untuk menikmati breakfast capucho dan croissant di caffe shop. Setelah itu terus menuju ke city tour bus dengan bayaran 26 euro untuk 1 hari pass. Menggunakan bas adalah mudah dan cara paling cepat untuk melihat satu bandar cantik barcelona. Kalau mempunyai masa yang panjang bolehlah anda menapak selama 2 hari tapi aku tiada masa. Hanya ada 1 hari sahaja jadi kenelah praktikal dan pulun. Bas akan memberikan ada peta dan earphone serta penjelasan sejarah mengenai setiap statue or landmark yang menjadi kebanggaan mereka. Jadi kita ada tourist akan jelas tentang lawatan yang kita jelajahi. Barulah terkesan Barcelona di hatiku. Nak pulun punya pasal, lunch diketepikan dan makan jam 4 ptg. Sangat lapar dan tiada keringat.

Antara landmark yang terdapat di Barca ialah Cathedral Barca, Stadium Olimpik, Barcelona Stadium, Castles, Parks, Catalunya Plaza, La Ramblas, Familia Sagradia (typo tak ingat) dan lain-lain lagi. Entry ini aku tak refer kepada map. Jadi kurang jelas. Nanti aku update semula berpandukan map sebenar yang telah ditanda.

Selepas makan, sambung bus tour untuk green line, yang pertama tadi orange line. Tour sehingga titisan waktu terakhir iaitu jam 8pm. Selepas habis bus tour terus menuju ke favourite stor di europe ever (ini semua poyo), hard rock cafe barcelona. Telah 2 pasang baju hard rock aku beli for me and my tunang. Setiap helai baju bernilai 25.60 euro bagi baju dewasa. Tak pe melabur untuk ekonomi europe yang dikatakan teruk dan tidak stabil ini. Habis bershopping pulang ke Hotel untuk berehat. Esok bercadang untuk bersantai melihat orang di pantai sahaja iaitu port olimpik.

Yeah, esoknya check out terus dari hotel, have great breakfast dan bersantai-santai sahaja di pantai sampai gelap seterusnya berjalan di celah-celah laluan kecik untuk menikmati dan menghayati kehidupan dan kecantikan bandar kecil barca sehinggala jam 4 petang. Jam 4 terus menaiki taxi ke terminal 2 dan boarding pada jam 730 pm ke Milan.

Trip yang sekejap tetapi sangat bermakna kerana ini adalah trip terakhir berada di europe bersama teman-teman. Tapi insyallah jika dimurahkan lagi rezeki maka akan ada peluang pula nak travel ke benua amerika.

P/s - no more images of japan trip in the future, confirmed

No comments: