Ya Allah sebenarnya aku sedang dalam kekecewaan pasal kerja. Tapi tiada apa dapat aku lakukan buat masa ini. Tetapi bila ada kesudahan akan diceritakan di entri lain sebagai pengajaran. Dalam sedih begini barulah rasa sangat bermakna kehadiran seorang tunang disisi. Sentiasa bersedia menjadi pendengar masalah kita dan berusaha ingin menyelesaikannya. Pemberi semangat dan kita terhibur dan tidak memikirkan perkara yang bukan-bukan. Oleh yang demikian, aku pun naik update persediaan wedding sendiri. Ingin juga rasa gedik dan teruja seperti dara-dara yang lain. Hehe.
Lagi 2 bulan insyallah majlisnya. Baju nikah, resepsi dan bertandang dah. Fitting je belum, akan diselesaikan week 23 ini dimana aku pulang ke kampung. Katering sudah tetap makan dan peralatannya. Pakaian resepsi perempuan sudah ada, bertandang je belum tengok penajaan. Makeup, pelamin sudah. Borang sepatutnya disediakan sudah lelaki dan perempuan. Tinggal untuk hantar sahaja. Pendek kata hampir semua booking sudah. Barang hantaran lelaki dan perempuan 90 percent selesai. Kad kahwin dah. No such kind of do it yourself Every detail. Aku tiada masa. Huhu
Yang pending adalah doorgift dan bende-bende kecil seperti bunga telur, bekas hantaran, dekorasi rumah, dekorasi bilik pengantin, dan bende-bende lain yang membazir tetapi kita tetap memerlukannya sewaktu majlis. Melayu hidup beradat, biar mati bermaruah. Cewah
Hehe simple aja persiapan aku kan. Tak De langsung details yang boleh aku ceritakan. Untung keduanya simple mudah berurusan dan tidak cerewet. Sebenarnya aku jenis yang malas nak terasa hati jadi semuanya menjadi mudah buat aku.
Ya Allah permudahkanlah urusan kami dalam mendirikan masjid. Amin. Mari Menghitung hari.
P/s En tunang ajok nikah dulu 23hb ini dengan niat halal naik moto same2. Such a sweet person. Aku gelak guling-guling dan Kuch kuch ho ta hai.
No comments:
Post a Comment