Sydney trip with g2k

Aku berlatarbelakangkan peak 3 sisters
8-13 june hari itu aku menapak ke international trip lagi bersama geng g2k pulak. Kali ini ada sha, eone, fizan, yana, noora, dan rashdan. Ada 7 orang semuanya. dari segi route kita travel dari KL - Sydney airport dalam 6 jam dan tiada banyak masalah yang berlaku memandangkan senang mendapatkan nomber simcard tempatan, sistem bas dan train yang efisien dan sedikit mahal hehe dan bahasa yang mudah difahami walaupun loghatnya seperti orang selangor dan kelantan bercakap english ok.

5 orang pertama dah sampai sehari awal dari aku dah rashdan. untunglah rashdan sebab aku sudi temani dia datang lewat dan balik lewat sehari, haha padahal aku yang paksa untuk temani aku, kalau tidak mahu aku berjalan lone ranger di sydney, giller gempak hehe lepas ini bolehlah buat dah pakar dah naik bas 311. Disini kami stay di Hotel Devere. Not bad sangat ok for hotel standard.

Aku stay di king cross st, tempat banyak night life memang happening pada yang suka pergi ke kelab ok. Lambakan adults concept ada dimana-mana sahaja. Opss tapi tak sempatnya nak pergi ke tempat sebegitu sangat menakutkan ok.

Pasal trip, first day kita jejalan free and easy tour di area darling harbour dari siang ke malam, naek train dari king cross ke central. Sila dapatkan pass Mybuss 10 times ride dalam 16.80 dollar. Maka setiap ride dalam 1.60 dollar sahaja. Kalau beli secara direct akan bayar dua kali ganda harganya. Sebenarnya jika dalam pikiran asik convert ke RM memangla mahal tetapi nak wat camana bayar sahajalahkan.

Hari ke dua bersiap ke blue mountain tour melalui mount aislie dan nak melihat peak three sisters. Ikut bus tour ni masa memang terhad sebab kita dikehendaki ikut segala jadual yang ditetapkan. Disana cuaca agak mendung tapi tidak hujan cuma berkabus tebal maka masih bolehlah nak melayan view three sisters itu dalam keadaan sesamar. Banyak gambar yang diabadikan boleh dilihat melalui facebook. Disana kita memenuhkan masa dengan menonton tarian asli dari orang asli australia. Apakah nama puaknya sudah ku lupa. tapi yang pasti ketuanya nama waloooma mester loba loba a.k.a russel and derrick. haha. selepas 30 min tarian asli kami pergi ke area cam lookup point untuk tgk 3 sisters lebih dekat. Disana segala cenderamata boleh dibeli dan byk aktiviti seperti cable car, railway valley dan melihat ketomba waterfall boleh dilakukan tapi kami tak buat hehe. Sebab sibuk shopping maka masa pun tak cukup nak que untuk ticket. Maka rugilah kami, nak kene repeat ni hehe.

Selepas itu, kami singgah ke featherdale wildlife park. Oh ini memang best kerana pertama kali experiance berjumpa dengan kangaroo, wombat dan koala. Koala memang comel tahap terbaik sampai aku pun sanggup spend 21 dollar semata nak membeli satu patung koala buat diri sendiri. So cute. Sesangat best reronda tengok dingos (anjing + serigala), emu, tasmanian, penguin terkecil didunia yang kuat makan serta lambakan taik kangaroo hehe. Dalam jam 4 ptg kami pun bergerak pulang ke paramatta road untuk menaiki ferry ke darling harbour. Di harbour kami menapak sekali lagi ke central untuk menaiki bas pulang ke hotel.

Keesokan harinya trip yang sangat panjang, pergi ker Canberra yang memakan masa 3 jam lebih menaiki bas. Biasala udara sangat sejuk dan perjalanan sangat jauh maka mabuk tidorlah kami semua diatas bus nak menantikan bilalah nak sampai ke putrajaya australia ini. Trip sangat ilmiah sangat tidak sesuai untuk kami yang soulnya outdoor dan nature ini, maka sangatlah tidak digalakkan pergi haha sangatlah bosan. Opss im sorry, baiklah amik tour nak pergi port stephans ker tengok dolphin or darling harbour tengok whale watching. Maka star untuk trip ini adalah 2.0/5 star rating hehe. Lebih dari satu pun sebab viewnya cantik. Bolehlah amik gambar untuk abadikan diri, tapi aku suka sangat war memorial museum sebab banyak aircraft and weapons. Jam 6 ptg kami bergerak pulang dan dalam jam 9 malam kami sampai ke hotel. Sangat penat tapi masih menggahkan diri untuk bersiar di area king cross untuk menikmati aiskrim anderson dan enjoying night life haha amboiii. Budak lain dah kena packing dah sebab diorang kene balik esoknya. Tapi aku ada satu hari lagi untuk enjoy berdua sahaja bersama rashdan. Bak kata lain untunglah...

Esoknya pepagi kami keluar sama waktu dengan budak nak balik jam 730 pg. Layan breakfast dahulu sebelum keluar. Keluar je hotel nasib agak baik kerana terus dapat bas menuju ke cirqular quay, tak sampai 15 mins kami dah der kat area depan opera house. Sangat teruja akhirnya dapat gak amik gambar disana. Kemudian berjalann- jalan ke royal botanic garden dan government house, sayangnya government house tutup pada hari tu. Paddysmarket pun tutup pada hari selasa. Sayangnya, tapi x mengapa, best view ever adalah selepas itu kerana kami amik keputusan untuk naik ferry ke darling harbour, memang view superb terbaik boleh tengok 360 view termasuk bridge harbour and opera house sekali. Atas boat memang boleh lihat betapa cantiknya harbour sydney dari area darling harbour, luna park dan the rocks. Superblar view.

Sampai di darling harbour menapak lagi untuk ke madame tussaud. Memang terbaiklah kerana dapat pose in character dengan semua actor and actress yang diminati huhu. Sangat berbaloi-baloi kerana semua gambar jadi tapi semua ada pada mr rashdan, sangat jeleslah kalau tengok gambar-gambar kami haha. Nanti akan ku paksa lelaki itu mengupload folder madame sahaja. Grab packed lunch sekejep atas bridge memang terbaik dan seterusnya ke chinese garden dimana view gardennya sangat terbaik. Sangatlah banyak gambar view cantik pada hari terakhir di sydney hehe. Penat berpose sakan maka menapak pulak ke  chinatown untuk bershopping sedikit cenderamata buat teteman dan keluarga. Kenalah jugak nanti dikutuk masyarakat haha. Walau hujan tetap shopping and akhirnya dapat jugak kami makan di kafe kasturi malaysia. Pekena dulu nasi paprik teh ais dan nasi putih kari ijo (ini rashdan je makan ye). pestu cari lagi barang sha dan yana pesan hukhuk kami pun shopping lagi. Kuat shopping juga tanpa niat. Pastu masa masih banyak kami decide untuk balik ke hotel dulu letak barang dan keluar semula untuk buat kerja giller. tetiba jam 6 ptg kami sudah ada di hotel.

Jam 7 ptg kami keluar semula dan tuptap selepas 10 mins ada di central rasanya seperti dejavu sebeb baru jer 1 jam yang lalu ditempat yang sama. Setelah recce semua bus kami pun melompat ke atas bus menuju ke maroubra beach bersebelahan dengan coogee beach. Bapak jauh, bas melalui kawasan surrey hills, nsw university, kingsford and maroubra junction. Kami turun di pacific square. jejalan dalam mall yang dah nak tutup kemudian balik ke central semula. Haha. Lepas tu recce balik bus nak naek yang mana pulak tapi sebab dah terlalu sejuk maka kami batalkan idea tersebut dan pergi makan kentang kat KFC yang tak de langsung cili or tomato souce, pekene latte sekali dan sembang menghabiskan masa dan ketika akhir malam kami di sydney. Perghh. Kemudian pulang ke hotel.

Esok paginya kami gerak ke aiport jam 745pg. Kelakar lah sebab beg aku lebih 2.8 kg and beg rashdon lebih 1.8kg. Memang kami menggunakan mekanisme zionis sikit dengan memakai 5 helai baju dan 3 jacket demi mengurangkan luggage. Untunglah lepas beb, tetapi apabila bab scanning rashdon kantoi haha kerana tidak dapat cover process perpeluhan melampau dia maka dia telah hampir dituduh melakukan kesalahan. kesalahan apa tidak tahu tapi kenelah masuk process meraba satu badan beberapa kali oleh orang satu kemudian orang dua. Aku melihat dari kejauhan, eh kantoii dadahkah haha, jika ya perlukah aku tampil membela atau melarikan diri haha. Tapi segalanya telah selesai. Moral of the story sila ambil luggage memasing ok, jika pakai baju bebanyak pastu berpeluh anda akan disyaki kerana keluh kesah maka ditahan imigresen dan diraba (inspection). haha.

P/s - jangan kedekut amik luggage, jangan beli banyak barang. bye bye i otw to bintulu from KLIA airport


No comments: