Repeat G.Yong Belar - 3 Boundaries

Aku buat kerja gila lagi, kali ini aku pergi menerjah gunung yong belar sekali lagi tapi kali ini tapau sekali dengan puncak 3 negeri or nama saintifiknya three boundaries. (Pahang, perak, Kelantan).Tak pernah aku ada buddy waktu hiking, tapi kali ini adik fendy sudi menemankan akaknya ini dari mula sampai akhir trek. Rasa berbangga pulak dengan adik sorang ini.
Nak mula cerita, kami pergi dalam 15 orang sahaja. Kali ini adalah trip kengkawan maka harganya lebih murah dari biasa. Tenkiu wat Jan yang guide, chef tukang masak nyonya, yaya, qis dan nana. Semuanyalah termasuk rakan baru dari utem, qabil, zubir, zul, kengkawan ogkl wak, jay, razmang, ajid, hariz, kengkawan baru kenal ijal. Line up memang terbaiklah weih.
Trek yong belar sama sahaja, Cuma kali ini sebab nak repeat maka mental dah set lebih awal dan perjalanan lebih cepat dari trip yang pertama dahulu. Dari tangga – batang paip-cabin – kem tudung periuk –kem kasut, kami sampai jam 550 ptg. Sweeper terakhir kita sampai jam 630 ptg. Kami bermalam disini dan esoknya jam 9 pg bergerak menuju puncak yong belar.
Dari puncak YB kita bergerak ke puncak anak yong belar seterusnya ke Kem gurkha dan tiba di kem gurkha jam 6 ptg. Ada lebih kurang 5 puncak tipu yang menyebabkan tipah tertipu. Trek memang agak ok tetapi ada satu dua ketika yang memang sangat mendapat kerana tingga bapak yang amat. Tetapi mental adalah segala-galanya. Kami bermalam disana dan Alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku. Ini dikhabarkan kem gurkha agak keras dan memang berbahaya untuk berjimba sakan disitu.

Esok pagi lebih disiplin kerana reratanya jam 6 pg sudah bangun. Packing dan bersiap untuk bertolak jam 930 pg ke puncak 3 boundaries. Tepat jam 1200 tgh sampailah ke puncak 3B. View memang superb terbaik 360o . Dari puncak 3 boundaries – puncak tikus memang sangat mendapat treknya, ada satu ketika anda memacak sangat lama, huh keringat namanya. Bergerak dari puncak tikus ke dam bawah tepat jam 230 ptg. Perjalanan balik yang dah all out tu menyebabkan masa balik sangatlahh lama. Jam 600 ptg kami tiba di blue valley dam. Nasib memang untung kerana powil telah sampai, maka beramailah kami menaiki powil dan pulang ke sekoalah yang telah menumpangkan kereta kami itu.
Pendek cerita, trip memang best dan terbaik. Aku pun membawa pulang banyak souvenir di kakiku penuh lebam besar penumbuk. Rasa nak nangis jer bila tgk kaki sendiri ku yang berunguan di sana sini macam kena dera hehe. Ini adalah trip aku yang terakhir di semenanjung. Aku akan berada di bintulu pada minggu hadapan, dapatkah aku membuka langkah menapak ke hutan atau gunung di negeri Sarawak. Kita tunggu dan lihat ok.
P/s – Nak sesangat mendaki gunung tahan..oh gunung tahan aku menginginkan mu.


No comments: