Kenangan pesantren babun najah, acheh

Hari ini di kg aku sedang mengemaskan barang-barang lama ku semasa di universiti. Satu kenangan yang mengimbau kembali adalah aktiviti charityku di acheh pada tahun 2006. Hampir 6 tahun berlalu dan rata-rata team acheh aku telah berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Masih lg aku simpan segala surat dan kad yang dibuat oleh adik- adik pesantren. Sungguh terharu dan syahdu aku akan kata-kata dan pesanan dr mereka. Rasa bersalah aku kerana tidak mampu untuk melawat lg kalian disana.

Jadi aku membuat entry ini untuk mengingati semula nama mereka dan semoga segalanya tersemat di blog ini.

Kepada fioriati, dewi karisma, mahlini, khuzaimah, sri fidayani, tiara fauziah, lia darmiana, ratna dewi, sri wahyuli, mikyal balqis, irnayanti kande, lia fitria, rubiah, zahrati fauza, arhamni husin, jhan zahara.

Tertanya- tanya apa jadi kat korang? Mesti semuanya sudah besar dan menjadi anak darakan. Sudah dapat melanjutkan belajar dimana-manakah, perlukah aku mengutus surat walaupun sekarang sudah ada facebook. Haha, mungkin option internet akan ku pertimbangkan.

Kepada adik kalian, akak doakan semoga kalian sukses hendaknya sunia akhirat ok. Ada rezeki akan aku lawati kalian semua. Insyallah

Footnote: program misi ilmiah tanah acheh telah diadakan pada 14 - 21 jun 2006 di pesantren babun najah, acheh

Diet caca merba

Hello!! Bengang dan geram kerana diet telah bersepah-sepah seperti tuannya jugak. Dulu aku de saing nak lumba-lumba kira kalori, workout apa nak buat dan berlumba nk maintain berat.

Tambah pula aktiviti gunung pastu ronggeng makan besar. Terima kasihlah kat geng g2k yang sentiaaa support saya hal-hal makan ini ok. Haha saya pun bersalah kerana melayan diri saya begini.

One run per month idea sedang diusahakan. Mac kita ada brooks run 11km, april ada energizer run 15.5km and may ker jun ada standard charterd run tp x decide distance lagi. Ikut otak tak waras nak test 21km. Tapi memikirkan nak membawa beban diri ini dipendam lah kejap. Maybe 10 cukup kot.

Resultnya saya kuat sahaja, jisim muscle meningkat. Tapi xde kurus ok. Haha semuanya epik palsu semata-mata. Kalo u mau kurus jaga makan ok. I makan dah out of control. Nak start balik adjust masa makan and apa nak makan. Perlu lg byk time. Haha sudah boring.

Tapi saya sedang berusaha untuk berjuang dan berubah ke arah kebaikan diri sendiri. Kengkawan tolong motivate saya. Bagilah kata-kata semangat dan sweet kepada saya.

Ok gtg

P/s berjuang sambil baring jadikee...sedang2x

Genap 3 bulan kerja

Hari ini nak cerita kerja baru saya. Saja cerita pada blog untuk rujukan diri sendiri pada masa hadapan. Hari ini rupanya genap 3 bulan saya berada disini.

Pengalaman saya, saya dapati saya adalah dalam project management team tapi kena ada pengetahuan technical dalam planning, civil, proses dan operasi. Ingat kerja di company yang gah lebih mudah ekoran banyak benda sudah sedia ada. Maklumlah suka membuat assumption.

Dahulu saya background technical siap designer lagi. Sekarang beralih arah ke sebagai client, owner dan pelabur. Jadi berada di side ini kita sangat berhati-hati dengan kewangan dan pihak mana yang ingin kita melabur.

Objektif saya beralih arah adalah untuk mendapatkan exposure international project, berurusan dengan pihak luar , meningkatkan keyakinan diri dan keupayaan serta penguasaan bahasa inggeris.

Memang objektif diatas semakin dapat dicapai. Kerana projek yang sedang diuruskan sekarang memenuhi kriteria diatas. Tambahan pula saya mendapat seorang superior yang bagus yang membantu perjalanan kerja saya.

Setakat ini, saya ok dengan segala yang berlaku dipejabat. Semuanya free flow haha. Apa-apa pun kawan-kawan akulah benchmark aku dalam bekerjaa. Aku senantiasa nak jadi bagus macam bash, azam, bd and semua budak koriev yang lain. Antara semua, koreivians memang bagus-bagus semuanya kerjaya diorang.

Maka lagi 3 bulan saya akan habis probation. Begitu cepat masa berlalu. Sungguh tak sangka saya melalui t tahun ini dengan kerja di klcc. Mampukah saya bertahan untuk 3-5 tahun kehadapan. Hanya masa yang menentukan. Impian saya untuk menjadi seorang tenaga pengajar masih belum terkubur.

Oklah gtg

P/s satu trip international this year, sydney here i come

feel like Umpians again

haku grad UMP pada tahun 2008 bersama teman-teman yang terchenta. setelah bertahun-tahun meninggalkan UMP lebih kurang 4 tahun terasa terpanggil semula untuk berkumpul secara serius bersama alumni UMP berada di UMP dan akhirnya berbakti kepada UMP.

Walaupun tidak menjadi seorang pensyarah, tetapi menjadi seorang alumni yang senantiasa mencari ruang dan masa untuk berkongsi maklumat dan keringat kepada universiti serta para pelajarnya adalah sesuatu yang menarik untuk dilakukan.

Tambahan pula jika ada teman-teman yang turut mempunyai minat yang sama. Baru-baru ini AGM alumni telah diadakan d UMP. Organisasi baru telah ditubuhkan buat kali yang ke 3 penubuhannya dan muka-muka yang dilantik adalah mereka yang sangat aktif semasa di universiti dahulu.

Aku selalu ter ' inspired dengan teman-teman yang terchenta ini. Merekalah yang sentiasa menyokong dan mengingatkan kita tentang kebaikan, keburukan serta perihal-perihal menjadi seorang manusia yang berilmu dan beramal. Tanpa mereka ini mungkin jiwa aku akan menjadi kosong, Semoga korang tetap menjadi manusia yang terchenta supaya haku senantiasa ada manusia yang boleh dipandang tinggi dan dihormati sepanjang hidup saya.

So aku sedang feeling as Umpians sekarang ini, so i sangat excited nak bekerja for my Alumni organisation. hehe this year would be serius fun for me.

p/s - serius mode + hiking mode..so best