Hari ini di kg aku sedang mengemaskan barang-barang lama ku semasa di universiti. Satu kenangan yang mengimbau kembali adalah aktiviti charityku di acheh pada tahun 2006. Hampir 6 tahun berlalu dan rata-rata team acheh aku telah berjaya dalam kerjaya masing-masing.
Masih lg aku simpan segala surat dan kad yang dibuat oleh adik- adik pesantren. Sungguh terharu dan syahdu aku akan kata-kata dan pesanan dr mereka. Rasa bersalah aku kerana tidak mampu untuk melawat lg kalian disana.
Jadi aku membuat entry ini untuk mengingati semula nama mereka dan semoga segalanya tersemat di blog ini.
Kepada fioriati, dewi karisma, mahlini, khuzaimah, sri fidayani, tiara fauziah, lia darmiana, ratna dewi, sri wahyuli, mikyal balqis, irnayanti kande, lia fitria, rubiah, zahrati fauza, arhamni husin, jhan zahara.
Tertanya- tanya apa jadi kat korang? Mesti semuanya sudah besar dan menjadi anak darakan. Sudah dapat melanjutkan belajar dimana-manakah, perlukah aku mengutus surat walaupun sekarang sudah ada facebook. Haha, mungkin option internet akan ku pertimbangkan.
Kepada adik kalian, akak doakan semoga kalian sukses hendaknya sunia akhirat ok. Ada rezeki akan aku lawati kalian semua. Insyallah
Footnote: program misi ilmiah tanah acheh telah diadakan pada 14 - 21 jun 2006 di pesantren babun najah, acheh
No comments:
Post a Comment