Life as boot campers

Mesti menyampahkan kengkawan aku baca blog aku semenjak dua menjak ini kerana asyik bercerita pasal bootcamp. Bukan apa tetapi 3 bulan lepas ini memang hidup aku selama 36 jam telah diisi dengan slot bootcamp.

Biasalah blog akukan menceritakan apa yang telah aku lalui dan kebanyakan benda yang aku suka akan aku ceritakan. Sebelum ini aku sibuk menceritakan pasal sesi latihan for kinabalu (semester 1) dan sekarang semester 2 dari Mei ke Julai cerita aku banyak berkisar apa bootcamp, buat apa kat bootcamp, kesan bootcamp dan perasaannya. Macam U plak ada sem-sem ni.

Sebelum masuk bootcamp or gym aku ada objektif yang salah iaitu nak loose weight tanpa matlamat. Tetapi sekarang aku tak berapa kisah pasal berat kerana fat loose akan datang kemudian setelah aku menjadi kuat dan fit dimana aku boleh push up/mountain climbers/grunts/trusters/plank hold/table tops/dengan perfect form dengan mudah. Selain itu, mampu dan suka untuk berlari dan sprinting. Siapa menyangka yang aku akan join aktiviti-aktiviti larian ini dan gelaran runner memang best (tapi belum layak). Berada dalam keadaan yang fit dan kuat ini memang menyeronokkan dan addicted. Terima kasih kepada kawan haku Miss Noora yang memperkenalkan bootcamp dan semua bootcamp crews and families yang banyak memberikan sokongan dalam menjalankan hidup gaya sihat.

Memang sekarang aku addicted untuk bootcamp dan running. Tak sedar aku dah buat 2 run dalam hidup. Yang 1st adalah NTV7 run (7km) and BHP Orange Run (11km) tanpa berhenti dan tidak ada cramp/injury. Insyallah akan join lebih banyak run selepas ini.

P/s - selain climbing/swimming ada aktiviti tambahan iaitu running, yeah!!
Next run adalah SOLOMON/PENANG BRIDGE/SIEMENS..hooyah

No comments: