berakhirlah latihan kembara ke Gunung kinabalu dengan selesainya sesi di gunung nuang. Cabaran trek yang ditawarkan gunung nuang memanglah memerlukan kekuatan dan mental yang tinggi. Pada mulanya kami disajikan dengan laluan yang boleh dilalui 4wd yang landai dan tidak mendatangkan keseraman dalam meneruskan pendakian, walau pun begitu dengan berjalan demikian dengan membawa beban beg memberikan sedikit kesan kepada kadar had laju yang diperlukan bagi memenuhi kerperluan masa yang ditetapkan.
Ketinggian Nuang seperti orang lain khabar ialah 1493m dari aras laut, dan ketinggian 4898ft (sila convert sendiri dalam m). Cabaran pertama dari parking lot ke basecamp lolo diteruskan dengan kadar 1 jam 55 minit, yang pasti pendakian pertama boleh ditingkatkan lagi jika menolak masa berhenti beberapa minit dan menunggu team di setiap checkpoint. Jika lebih fit maka cabaran ke base camp lolo dapat diusahakan dalam 1 jam 30 min sahaja. Atau mungkin ada manusia yang lebih fit lagi. Jangan tak percaya, ramai golongan yang berusia mendaki seorang diri hanya memerlukan 4 jam sahaja untuk sampai ke peak nuang (tanpa beg). Maka tercabarlah rakan-rakan untuk melakukan yang sama.
Apabila sampai di basecamp lolo, kami beristirehat dan mengisi tanki dengan bekalan nasi lemak yang cukup memberangsangkan yang di pack sejak pagi tadi. Memang makan dengan berselera apabila bersebelahan dengan air terjun. Pendakian diteruskan semula tepat jam 10.30 pagi, dan beberapa anak sungai direntasi terus ke kem pacat. Kali ini nekad untuk naik ke kem pacat masa yang diperlukan untuk moderate pace plus nak berhenti-henti for 2 minits take ialah 1 jam 30 minit. Walaubagaimanapun, aku dan rakan seperjuangan aku memang serius dalam training maka kami pada mulanya slow mempercepatkan our speed dan tanpa disangka telah meninggalkan team mate yang 5 orang lagi. Memang mengecewakan sedikit kerana tidak dapat bersama sampai ke kem pacat. Tetapi disiplin yang tinggi dan mental yang kuat amat diperlukan untuk mengatasi perasaan rendah diri dimana kita rasakan kita baru, kita lemah tiada fitness, tak pernah mendaki sebelum ini, rasa letih, sesak dan panik apabila heartbeat meningkat ke tahap yang lebih dari kemampuan biasa. Sebenarnya aku sendiri pun letih untuk memberi motivasi kepada orang lain, diharap rakan seperjuangan tidak malas untuk lebih berdisiplin pada masa kejadian di gunung kk nanti. Diharap aku jugak tidak malas dan teruskan perjuangan sehingga ke titisan terakhir.
Tepat jam 11.55pg aku dan hanis tiba di kem pacat, bertemu dengan satu group indian yang friendly dan merekalah yang memberikan kami semangat untuk sampai ke peak. Alah 2 jam jer lagi you akan sampai peak. Maka melihat-lihatlah kami masa bahawa target akan tercapai jika kita mampu sampai ke peak jam 2 ptg. Melihatkan kepada jam 12tgh pacak, maka kami membuat keputusan untuk teruskan di peak kerana untuk mencapai objektif 2 jam ke peak. Pada masa inilah aku rasa nak kena beli polar watch yang harga semurahnya RM 400 or ke RM 3000 tu untuk merekod distance, time, heartbeat and calories burn. Rasa rugi dan terkilan tidak ada gadget tersebut. Gagahnya kami teruskan jugak ke peak pengasih. Memang terbaiklah dari kem pacat ke puncak pengasih kebanyakan 90 degree slope, maka skill wall climbing or soil climbing telah digunakan sepanjang pendakian. Bersama beban bag besar 50 liter (aku) and 40 liter (hanis) memang menyusahkan lagi untuk naik ke atas. Tapi tahniah jam 1.20 ptg kami berjaya menjejakkan kaki ke puncak pengasih. Masa dicatat lebih kurang dalam 1 jam 20 min juga.
Perasan seronok kerana mampu sampai diatas mengikut masa yang ditetapkan adalah kepuasan yang tak terhingga. Sudah putus asa untuk ke nuang, tapi oleh kerana masa masih berbaki 40 minit dimana hanya 1 jam diperuntukkan untuk ke peak. Maka kami ambil lagi keputusan untuk ke peak nuang. Seteruknya kami mesti sampai jam 2.15 ptg. Perjalanan ke peak memang lah seronok pada 30 min pertama kerana semuanya menurun, seterusnya barulah kena mendaki semula. Tetiba aku kehilangan hanis yang ada dihadapan aku. Aku jadi perlahan kerana hilang motivasi secara tiba-tiba. Perasaan takut memang menyelinap masuk kedalam hati aku. Aku pasrah, maka aku berhenti sekejap dan minum seteguk air untuk memberi ketenangan atas kepanikan yang berlaku. Aku menjerit opss, seterusnya hanis menyahut. Maka aku tenang semula dan mula mendaki semula. Akhirnya aku paceup dengan rakan aku dan teruskan pendakian ke peak yang rupanya hanya tinggal 10 min sahaja lagi. Hoyeah diayukan jugak kaki dan beban yang berat ini, dan memang kami berjaya tiba di peak dalam 2.10 ptg.
Setibanya disana, ada 2 senior yang telah lama melepak diatas, syukur kami dijamu dengan milo panas untuk memberikan ketenangan yang maximum. Tetiba hujan turun dalam 10 minit diatas dan kami telah tekad bahawa 2.30 ptg kene turun semula ke kem lolo. Walaupun hujan kami redahkan juga untuk mengambil beberapa keping gambar sebagai tanda kenangan kami dipuncak nuang. Tanpa hanis and mental yang kuat aku tak rasa aku mampu untuk sampai ke atas. Thank you all.
Aktiviti penurunan tak payah cerita la, memang kami turun together dengan 2 senior tadi, tapi trek telah menjadi licin akibat kehadiran hujan itu tadi. 2 senior tadi memang kuat kerana mereka mampu untuk berlari dari atas ke bawah dan terus hilang dari pandangan kami. Untuk turun dengan membawa beg besar amatlah mencabar kerana banyak menempuh sesi tersangkut disana sini. Maka kadar laju kami terpaksa dikurangkan untuk amik kami punya own pace dan safety procedure. Kami tak boleh bear any injuries or risk sebelum menaiki KK next 2 2 weeks. Kami memang slow kerana masa turun kami untuk ke kem lolo lebih kurang je dengan naik ke peak nuang dalam 3 jam 15 min iaitu jam 545 ptg. Sepatutnya boleh dikurangkan masanya tetapi kadar had laju yang stagnant itu tidak dapat diubah walaupun kami menurun tanpa berhenti. Alhamdulillah selamat sampai di kem lolo, kami terus menyucikan diri untuk menunaikan solat, nasib sampai awal ke bawah takdelah kami terbabas sangat sewaktu menikmati indahnya ciptaan tuhan di puncak nuang. Nasib ada budak-budak yang sudi menunjukkan kami arah kiblat yang sepatutnya, kalo dok terbaliklah jawabnya. Sedikit sedih kerana team kami tidak menanti kami di base camp tersebut kerana telah bergerak turun ke parking area. Kami redha, mungkin terlalu lama untuk menunggu kami turun ke bawah.
Tepat jam 630 ptg, kami bergerak untuk pulang ke parking. Mata bersinar-sinar apabila melihat adanya 4wd yang terletak dibawah. Tapi kami teruskan jugak kerana hari masih terang dan group brother 4wd masih belum nak turun. Tepat jam 715 ptg, kami berhenti di pondok untuk melepasi waktu maghrib, teringat kepada pesanan yang diberikan oleh seorang senior yang dijumpai setelah selesai solat. Berhenti, jangan jalan magrib katanya, kalo jalan jugak tahulah akibatnya. Wow menakutkan. Maka kami pun rest sambil makan beberapa biji orange. Tepat jam 745 mlm kami mula bergerak semula dengan niat adalah brother 4wd untuk menumpangkan kami. Syukur tepat jam 748 pm, kami dengar ada 4wd dibelakang kami dan brother tadi telah membenarkan kami menumpang bersama. Rasa syukur yang tak terhingga kerana memberi kami rezeki pengangkutan dan tidak perlu menempuh kesejukan melampau selama 2 jam lagi. Amin.
Pengalaman menaiki 4wd tu memang terbaik, rasa seperti lengkap pakej percutian pendakian tanpa tidur ini. Sampai ke peak dan balik dengan 4wd yang ekstrem dan mencabar. Brother tu memang pakarlah membawa 4wd tu dengan teknik dan tayar lipannya. Jika aku tak salah lah, itu lah yang disebut mereka. Walaupun tergoyang dan tergegar secara melampau didalam kereta tapi pengalaman menarik yang susah nak saja-saja dapat. Tetiba di checkpoint terakhir bertembung dengan team 5 orang lagi namun tidak dapat ditumpangkan kerana sudah penuh.
Nasib hanya beberapa meter sahaja lagi untuk sampai ke parking maka perjalanan diteruskan dan sampai ke tempat parking. Thank you all brothers.
Itulah perasaan berjaya memang menyeronokkan, walaubagaimanapun lutut sangat sejuk dimamah angin malam. Aku terus cepat bersiap dan mandi untuk menghilangkan rasa busuk dan gatal yang menular. Apa yang ku ingin adalah untuk menyapu flanil ke seluruh badan yang sengal itu. Tepat jam 930 malam kami kuar dan gerak ke masjid bt 9 untuk menunaikan kewajipan solat. Jam 10 malam pula kami pergi menjamu selera di Arena seafood untuk meraikan expedisi terakhir ini. Memang terbaiklah dapat menikmati tomyam, daging merah dan kerang bakar disaat kesejukan ini. Jam 1130 malam kami beransur meninggalkan area seafood dan menuju ke kediaman masing-masing. Aku, hanis dan noora telah selamat sampai ke rumah jam 12tgh malam. Akhirnya kami sampai dan hanya ingin beradu.
Tahniah diucapkan kepada semua. Semoga expedisi lain kali dapat mencapai objektif ke peak nuang ok.
P/s - prepare 2 weeks training for towerthon this coming May lah pulak
4 comments:
haiii..
wahhh lama giler nak sampai ke peak.. lepas tu nak turun balik pun lama..
eh jap.. maknanya masa maghrib tu u masih ada kat area gunung tu laa? ooussshh
total masa naik dan turun dalam berapa jam?
-KuraKura-
haiii kura-kura
memang lama, lagipun naik secara berkumpulan kan itu yang banyak interval masa untuk menunggu ahli kumpulan.
tapi if naik secara solo or couple or small group yang memang fit
anda naik 4 jam
and turun 3 jam
tanpa membuang masa bermandi-manda di air terjun ya.
lgpun masa tu ada hujan pulak jadi bila turun basah dan licin, macam-macam hal.
cubalah untuk naik ke nuang juga ok.
oohh okay.. i patut naik ahad ni.. tapi kena balik kampung pulak..
penat laa naik turun berjam2 ni.. buat kaki makin keding..
u naik KK berapa hari bulan? i rasa u naik awal seminggu dari i kot.. i naik 21/5..
nanti kalau ada masa update laa hapo ko bondo yang kena bawak gi KK.. eh ehhh sesenang je i nak info kan?
i pun tak beli lagi segala kelengkapan.. argghh money$$money$$money$$
-KuraKura-
ooh ic, same objektif la kita nie.
yup saya gi 13 org, korang pergi team sendiri or join team kat luar
yup nanti update brg per nak bwk k
xper sharing is caring
memang wang besar lar
good luck to u too
regards
yuya
Post a Comment