Salam, tinggal kurang dari sebuln lagi untuk aku dan team aku untuk menjejakkan kaki ke peak kinabalu. Sebut cam senang je, tapi nak hasilkan kudrat dan stamina tue tuhan sahaja yang tahu. Aku sendiri tidak menyangka aku dapat push myself to the limits untuk menguji daya ketahanan diri sendiri. Sejak dari minggu pertama februari latihan intensif mengenali dan mendaki bukit dan gunung telah dijalankan. Terima kasih kepada irwan, fizan, aini, zul, sha, hanis, azam dan noora terutamanya kerana sudi untuk memaksa diri menjalani latihan.
Ada 2 sebab utama kita kena training, pertama kita tak naklah berjalan sikit pun dah semput plus nak bawak beg 50 liter pun dah tak larat rasa susah sangat lelebih lagi kalo part berbukit jer dah giveup dan putus asa. Sebenarnya bila dah training, heartbeat kita dah biasa digunakan pada kadar 65% dari total maximum heartrate kita boleh capai, maka kita akan tenang dan tidak panik apabila kekurangan oksigen sewaktu kejadian sebenar mendaki gunung.
keduanya, sbb bila dah training, muscles baru dapat dibina dan muscles lama yang kononnya ada dapat digunakan dan kita tidaklah akan menjadi robot or muscles kita taklah sore sangat after the hiking, dan lebih penting muscles tak injured. If tak training dan lepas hiking sakit kaki 2-3 hari tu standard la sore pain, sbb muscles koyak nak replace new lean muscles. Tapi is sakit sampai seminggu lebih memang injuredlah muscles tu.
Aku sangat suka training, sebab dapat mengeluarkan peluh sangat banyak, dan dapat mengurangkan stress yang kita dapat dari tempat kerja or rumah. Yang paling penting mencabar diri serta kekuatan mental bahawa kita sebenarnya lebih kuat dari apa yang kita sangka dan apa yang orang lain cakap. Kita selalu terpengaruh dengan masyarakat or kawan-kawan di luar sana yang mana diorang tak mampu nak hiking or wat outdoor activity or study or nyanyi ker atau apa skill lain. Diorang suka tau, datang kat kita cakap bestnya you boleh buat ker I tak boleh buat...hello if you tak boleh buat then you blahlah, u cakap dengan I naper...hehe takde kene mengena kejadian dengan sesiapa. Tapi memang ada orang yang tak suka motivasi orang lain dalam keadaan tidak sedar suka merendahkan motivasi kawan. Jangan buat begitu ok. Sokonglah kawan ker family ker atas apa diorang nak buat. Sebab mana tahu mereka akan pergi jauh dari kita rendah-rendahkan mereka k.
Walaupun aku dah training dari feb - april, dari broga 2x, gunung tokwan 2x, batu caves 6x, batu caves 3x, bukit tabur 1x, bukit gasing 1x, gunung muntahak 1x, gunung datuk (next week), gunung nuang (next 2 week), tapi objective loose weight masih belum tercapai. Tapi dari segi stamina dan fitness tu memang berbaloi2x tak sangka rasanya boleh bwk badan lagi sehingga aku dah signup for my 1st ever towerthon event at KL tower 7 May ni. Jadi beside aku training gunung aku kena training lari. Aku jadi lebih confident untuk hidup lebih sihat dan tak rasa malu jika ada orang kata kita tak boleh buat. Aku pun baru balik dari Trip Gunung Muntahak yang terbaiklah, lain dari pengalaman aku menaiki gunung sebelum ini. Berjumpa dengan senior lain yang pakar dalam gunung membuka mata aku lebih luas bahawa kita memang boleh buat apa sahaja kita minat tak kira apa yang ada pada diri kita. Lupakan sifat rendah diri dan masa inilah kita nak majukan diri kita sendiri k.
Sbab itu, another alternative yang aku akan ambil adalah menyertai bootcamp, ala-ala military training sikit. Aku nak kena keluar dari comfort zone gym and weekly hike training. Mungkin perubahan ini dapat memberi kesan baru dalam hidup aku. Actually, esok adalah hari 1st trial aku untuk memberi penyeksaan dalam hidup aku ini. Kata orang no pain no gain, so aku kene more pain baru more gain ar..doakan semoga aku berjaya. Jika berjaya loose weight bolehlah kita join marathon bebanyak pasni yea. So takde lah kita duk terperuk di rumah bertahun-tahun tanpa exercise. Wow tak dapat dibayangkan hidup gelap yang pernah dilalui sebelum ini. Belum terlambat untuk semua berubah.
Marilah kita mengamalkan gaya hidup sihat. You boleh buat punyalah, Percayalah.
P/s nanti saya nak post pasal gunung muntahak & boot camp.
No comments:
Post a Comment