semalam sedang aku bersemangat dalam menyatakan betapanya aku ingin berusaha, tetiba hasil followup dengan SV khabar kurang baik aku terima, katanya aku out of scope jauh tersasar, mungkin ianya tanpa niat. tapi akibat buruknya ditanggung oleh aku sendiri. jika inilah yang berlaku nampaknya aku kena tetap pendirian skg. agar tidak mengambil subjek thesis pada semester ini. aku perlu drop. yeah itu lah keputusannya sekarang. aku tak mampu sudah. harap malam ni aku didatangi mimpi yang dapat memberikan aku jawapan. aku lemas dalam kepuraan dan kemalasan aku yang tidak terdorong ini. semoga aku mendapat ilham. tinggal beberapa hari lagi untuk menyiapkan project dan ulangkaji untuk subjek final exam. julung kalinya hanya perlu exam satu paper sahaja. diharap kali ini boleh mencapai markah cemerlang. amin.
p/s close session luahan perasaan. the end.
selamat berkonvo pada rakan-rakan ump saya pada 9hb oktober 2010 ini.
No comments:
Post a Comment