Bulan Penentuan

Bulan ini adalah bulan penentuan bagi aku untuk menyiapkan segala urusan belajar semester akhir ini, mood menyiapkan assignment sudah bermula sejak sebulan yang lalu. Setiap hari aku terpaksa bekerja dengan sangat tekun di pejabat agar aku dapat pulang seawal jam 6 ptg. Aku perlu bersedia setiap jam 830 malam untuk masuk jadual anjal menyiapkan thesis, final presentation, final project integral bridge and final project elevated water tank. Sungguh tak tercapai keringat aku beberapa hari ini. Hal makan memang terpaksa spoil kerana apabila study memang teramatlah lapar tambahan pulak aku bekerja dengan bersungguh-sungguh di siang hari. Workout routine pun terpaksa diabaikan sementara kerana aku tidak bisa membiarkan diri sendiri letih dan akhirnya tidur lalu menyesal kerana tak dapat mengulangkaji pelajaran. Aktiviti tengok wayang, hiking, pulau, sungai, window shopping, karaoking or meeting bersama teman-teman terpaksa dibekukan sementara.

Hari ini kerja terlalu penat sehingga tidak mampu untuk bernafas terasa melayang-layang sahaja. Harap dapat bertahan untuk beberapa hari ni kerana yang paling penting aku siap kerja sekolah.

Oklah, itu sahaja luahan perasaan pada malam ini. Mari buat kerja. jom.

Tada...

1 comment:

Anonymous said...

chayok2 haidar.keep it up!semangat n wish u good luck on u'r final.semoga cita2 hang tercapai

mrs zia