tahun baru membawa determination baru dalam hidup, ada improvement dari segi kerjaya dapat aku rasakan. tapi dr segi hidup masih kosong, terlalu banyak cabaran dalam mengejar ilmu, impian dan harapan haku. semoga segala dapat haku tempuhi dengan lancarnya kerana ku rasakan agak susah tambahan pula tanggungjawab makin bertambah. Kerja semakin mencabar dari hari ke hari, progress, penilaian dan kefahaman terhadap apa yang aku lakukan semakin melebar di mata dan kepala hotakku.
ingin aku meronggeng bersama teman dan keluarga tetapi mood aku buat masa ini sememangnya ingin bekerja , bekerja dan terus belajar. aku bengang kerana terlalu lambat untuk memahami sesuatu yang ingin sangat ku fahami. engin otak ku terlalu lemah untuk berpusing. aku perlukan motivation dan keazaman yang tinggi untuk melalui semua ini.
gaya hidup sihat jugak adalah motif 2010. corak pemakanan dan aktiviti harian menjadi sensitif buat haku. terasa trauma apa bila menghadapi tekanan darah rendah, terlalu rendah metabolism, kadar kolesterol dan tambahan angka kg dlm hidup sementelah usia bertambah. semoga disiplin yang baru ku terapkan selama 3 bulan ini menjadi kelangsungan dalam hidup.
argh.. semestinya buhsan bercerita mengenai diri sendiri, tetapi lebih baik dr diriku memperkatakan hal orang lain. semoga apa yang ku rancangkan tahun ini menjadi dan berjaya. amin.
P/s - masa untuk study dan membaca jurnal - boring time is coming. chow
1 comment:
live must go on kak HAZA..heheheh
Post a Comment