hupdate

hupdate blog lah hari ini, pasal perkara sehari-hari, dah lama rasanya aku x hupdate pasal kengkawan especially pada mereka yang susah sangat nak ditemui. Ada pernah aku terima satu email berkaitan secawan kopi. x yah citer detail, maksud tersirat tu cuma walau sesibuk mana pun kita dengan kerja, kita mesti ada masa untuk anak, keluarga dan kawan..walau tidak berjumpa sekurangnya email and sms dah cukup bermakna utk ensure long lasting friendship kan. takkan lah nak tulis surat plak zaman high tech ni. facebook pun ok. bersosiallah kita disana. selain kawan janganlah ditinggalkan keluarga yang menjaga kita sejak dari kecil. seperti mana yang sedang aku buat sekarang iaitu berjauh hati dengan keluarga sendiri tanpa diorang pun tahu ekoran aku yang sensitif ini. tetiba haku rasa nak menangis kerana aku sanggup terpikir nak membiarkan keluarga ku buat seketika. sudahlah.

hal lain plak, haku teringat satu masa mula-mula haku nak study master, ramai senior and rakan tanye pasal wat pe further studies. haku blur nak jwb sebab takde niat sebenar hanya ingin mengisi ruang masa ku yang sempit sementelah masih bujang ini. dalam proses menjadi dewasa ini, ghupanya memang rakan yang kita rapat di zaman U semua akan mula menjadi asing ekoran sudah ada komitmen dan tanggungjawab yang besar untuk dipikul. kita pulak akan mengambil inisiatif untuk meramaikan kwn yg sudah kurang itu, and today haku rasa happy kerana kelas hari ini aku bertemu semula dengan geng master yang sama sem dengan haku waktu 1st sem terdiri dari berbilang kaum, semua race ada and ktorang mesti lepak bersama setiap kali time recess untuk chat , gegelak and minum2x..age pun sudah tidak terbeza lagi kerana ada yang tua dan muda, baik en or puan. Terasa berbaloi untuk menyambung belajar kerana dapat mengenali lebih ramai orang lagi yang bijak, rajin, komited dan senior. nampaknya aku rasa seperti seakan kedewasaan. dewasakah haku..

kedewasaan adalah menjadi matang, dan menjadi matang ini adalah akan menjadi bosan kerana kita akan act seperti orang tua yang ada sekarang. akan melakukan apa seperti orang tua lain lakukan. tetapi jiwa haku masih muda dan berharap ia begitu supaya hidup aku ceria dan pelbagai warna. corak pemakaian pun kene ubah sikit2x..ish tak sanggup nak memikirkan lagi masa hadapan yang harapnya masih panjang lagi ..

semester ini harus lebih disiplin kerana hanya kurang satu tahun lagi aku boleh memperbaiki diri dan mendalami sebaik-baiknya apa yang diajar agar menjadi seorang engineer yang berkemahiran, bukannya yang penakut dan tak reti untuk wat design. akan ada master beb so kene lebih baik dari mereka yang xdenya, kalo dok malulah nak letak muka kat mana haha..inilah kata-kata dr kat kelas tadi. his right.. semuanya terletak pada diri sendiri..
masalahnya kalo kita study bende yang kita nak wat time kerja and kerja tu tak jalan pada masa itu orang lain akan kata kita POYO..itulah orang melayu hahaha..so as orang melayu yang dapat POYO tu akan merasa malu dan tak mungkinlah nak study sesaje haha..kenapalah ada orang yang poyo ini hahaha..

oklah..nak chow untuk wat bende lain yang lebih serius haha..komitmen kene diteruskan..
thesis time..jya na..

No comments: