workout stuff

haha disebabkan tersangat kagum dengan blog sist ini, http://einz2shape.blogspot.com/ maka haku telah memulakan step pertama iaitu get my own workout equipment yeah, haku dah de:-

1) CD workout Jilian Micheal 3o days shred
2) My own pinky dumbell
3) My pilates matt

haku belum dapatkan my on ipod or mp3 ke mp4 keh..haha semangat yang melampaukan.

kehkeh..jadual JM workout akan bermula 1 feb 2010, huhu..sungguh tak sabar untuk mulakan new routine baru, terasa sangat teruja.

Since kelas today postpone ke petang, maka masa pagi aku akan diisi dengan danzethon 2010 with kak lynda group. hehe sungguh menyeronokkan, akan dancing queen 2 hours..ehm perlu stamina tinggi ni...alamak kene gerak dah chow dulu.

feel fit and healthy now..yeah

january month of journey

bulan jan ini almost every week ada sahaja outstation kene attend, pg balik pekan, gambang, jeniang, kedah, pendang, gambang balik pastu johor plak..pergh cam tour 1 malaysia, best dapat keluar dari opis sekali sekali, tetapi so much make me felt so exhausted, well sebab aku girl kot, nak tak nak memang tulang 4 kerat ni tak cukup gak nak mengatasi power orang lelaki yg lagi kental dan cekal..tambah pula skrng hormon cam tak berapa nak stabil akibat pattern pemakanan aku yang berubah dan kekerapan workout ..got serius skin problem skrang, maybe selepas badan aku dapat terima perubahan yang berlaku ini, masalah yang tak patut terjadi akan beransur pulih.

nasib petang tadi selamat dr kejadian kemalangan yang mungkin terjadi jika haku panik, and nasib baik the kereta is honda CRV, coupling or socketnya pada long shaft tercabut sudah, patah kot, ntah ler (haku x paham) orang Plus cakap memang dah karat tahap dewa bearingnya, memang tunggu masa je nak tercabut. Kalo kete jenama downgrade sikit confirm terbalik kete, aku masih muda dan belum kahwin, masih sayangkan nyawa huhu..rasa kecut perut and insaf sedikit..

teringat kejadian pertama, berlaku last week, outstation ke kedah, on da way balik, de bunyi tersangkut exactly the same bunyi today, but ghupanya tayar pecah. em boleh katakan actually maybe shaft tu dah start to loose bila ianya kat kedah hari tu, then today bwk plak lagi long distance, lari laju sikit sampai tercabut semua socket yg ada..fuh..nasib selamat..

insaflah, kerana nyawa kita bebila boleh tercabut, dengan penyakit atau accident..

p/s - aku insaf seketika, kene jumpa mak bapak sebelum berlaku peristiwa ntah pa -pa lagi..raya cina ni konfem balik kg..

skipped

alah this week skip lagi, skip nak baca buku wat assignment steel..
reason sbb malam ni aku tgk NCIS and wat sikit drainage design kat umah tapi tak larat ni, dah jam 1 pg, tetiba adrenalin increasm, so mood nak update blog pun dtg.

pastu aku skip my healthy eating meal, sbb stress punya hal kat opis balik umah ku pekena tomyam campur banyak garam, esok kene disiplin balik ini. skip dance klas kak lynda lagi, wadush ada balance 6 kali lagi before 1 feb, cam orang gila nak mengpulun balance workout yang ada ni. mampu ker, hari ahad tu jer dah effect sakit belakang sampai sekarang..huh azam mesti boleh, demi mencapai target, kene ingat sifo miss ina..(refer previous post k)..
kene disiplin semua untuk mulakan 2 weeks kellogs challange yeah, menang takde hadiah just for self satisfaction and mental torture for human.

skip plak meeting nak jumpe otai geotech kak zila kat jps, aduh..kene gak jumpe itai ni sebab nak paham design slope and seepage, cam giler and blur baca juronal tapi haram lah agak tak paham sebenarnya, perlukan tnjuk ajar sifu..lala, siapa baik hati lagi hensom yang boleh mengajar saya geotech sila sukarelakan diri anda yer..amin

pendek kata, minggu ni start jumaat malam sampai hari isnin ni adalah spoil days. kene displin..displin..displin..lagi..

P/s - esok ke Jb kerja , cayok2x semangat

kagum seh

hari ni bangun agak lewat (cet, lifestyle ku terganggu) akibat malam tadi melepak sembang minum bersama teman sehingga lewat pagi, pikirnya sudah malas haku mau pergi tetapi pikirkan member kuturutkan jua lantas mataku sangatlah berat. bila lewat bangun ni biasalah mood dah spoil and everything turn upside down. workout tak buat, breakfast tak amik, lunch pun cacamerba timenya, buku pun dah malas nak bukak, so haku decide tuk surf the net sahaja tuk cari info.

hari ini aku terkagum la plak dengan saudari ini yang dr 97kg drop down ke 67 kg , dia target 51kg..hanya dengan workout sahaja, well plus jaga makan la, mana boleh jaga makan sahaja. boleh lah baca story miss ina at http://einz2shape.blogspot.com/ . So percayalah, high determination memang helpful dalam loose down ur weight. 1st objektif memang la semua orang nak loose weight kan, tapi in the middle of the process the most important is healthy eating life style. marilah kita bersama-sama menjalani hidup sihat, berat kurang, badan jadi sihat dan kuat..aku kagum ni, sampai nak ikut je pe bende yang beliau buat..impress sampai nak tidur pun susah ni..

untuk keadaan skrng aku perlu shred aku punya kilo sebanyak 13kg tuk get my ideal weight. haha bunyi cam impossible. belum apa-apa aku dah negative. Akan ku cuba menjadikan miss ina my sifu tambahan plak my friend mr Fakh, amboi dah berkilo-kilo hilang, mementanglah nak kawin dah. ehm kawin memang factor utama untuk kurus , semua pengantin nak nampak cun and macho. haha..seganlah fitting bj pengantin..orang fitting kita plak fatting haha..

kagum aku sampai ke malam ni, hehe nak kene tido awal, esok tak boleh miss my mtvdance with kak lynda..huhu adios

p/s - seganlah citer sal nak turn berat ni, huhu azam baru jangan segan and jangan peduli org

rajin dalam bermalasan

tahun baru membawa determination baru dalam hidup, ada improvement dari segi kerjaya dapat aku rasakan. tapi dr segi hidup masih kosong, terlalu banyak cabaran dalam mengejar ilmu, impian dan harapan haku. semoga segala dapat haku tempuhi dengan lancarnya kerana ku rasakan agak susah tambahan pula tanggungjawab makin bertambah. Kerja semakin mencabar dari hari ke hari, progress, penilaian dan kefahaman terhadap apa yang aku lakukan semakin melebar di mata dan kepala hotakku.

ingin aku meronggeng bersama teman dan keluarga tetapi mood aku buat masa ini sememangnya ingin bekerja , bekerja dan terus belajar. aku bengang kerana terlalu lambat untuk memahami sesuatu yang ingin sangat ku fahami. engin otak ku terlalu lemah untuk berpusing. aku perlukan motivation dan keazaman yang tinggi untuk melalui semua ini.

gaya hidup sihat jugak adalah motif 2010. corak pemakanan dan aktiviti harian menjadi sensitif buat haku. terasa trauma apa bila menghadapi tekanan darah rendah, terlalu rendah metabolism, kadar kolesterol dan tambahan angka kg dlm hidup sementelah usia bertambah. semoga disiplin yang baru ku terapkan selama 3 bulan ini menjadi kelangsungan dalam hidup.

argh.. semestinya buhsan bercerita mengenai diri sendiri, tetapi lebih baik dr diriku memperkatakan hal orang lain. semoga apa yang ku rancangkan tahun ini menjadi dan berjaya. amin.

P/s - masa untuk study dan membaca jurnal - boring time is coming. chow

hupdate

hupdate blog lah hari ini, pasal perkara sehari-hari, dah lama rasanya aku x hupdate pasal kengkawan especially pada mereka yang susah sangat nak ditemui. Ada pernah aku terima satu email berkaitan secawan kopi. x yah citer detail, maksud tersirat tu cuma walau sesibuk mana pun kita dengan kerja, kita mesti ada masa untuk anak, keluarga dan kawan..walau tidak berjumpa sekurangnya email and sms dah cukup bermakna utk ensure long lasting friendship kan. takkan lah nak tulis surat plak zaman high tech ni. facebook pun ok. bersosiallah kita disana. selain kawan janganlah ditinggalkan keluarga yang menjaga kita sejak dari kecil. seperti mana yang sedang aku buat sekarang iaitu berjauh hati dengan keluarga sendiri tanpa diorang pun tahu ekoran aku yang sensitif ini. tetiba haku rasa nak menangis kerana aku sanggup terpikir nak membiarkan keluarga ku buat seketika. sudahlah.

hal lain plak, haku teringat satu masa mula-mula haku nak study master, ramai senior and rakan tanye pasal wat pe further studies. haku blur nak jwb sebab takde niat sebenar hanya ingin mengisi ruang masa ku yang sempit sementelah masih bujang ini. dalam proses menjadi dewasa ini, ghupanya memang rakan yang kita rapat di zaman U semua akan mula menjadi asing ekoran sudah ada komitmen dan tanggungjawab yang besar untuk dipikul. kita pulak akan mengambil inisiatif untuk meramaikan kwn yg sudah kurang itu, and today haku rasa happy kerana kelas hari ini aku bertemu semula dengan geng master yang sama sem dengan haku waktu 1st sem terdiri dari berbilang kaum, semua race ada and ktorang mesti lepak bersama setiap kali time recess untuk chat , gegelak and minum2x..age pun sudah tidak terbeza lagi kerana ada yang tua dan muda, baik en or puan. Terasa berbaloi untuk menyambung belajar kerana dapat mengenali lebih ramai orang lagi yang bijak, rajin, komited dan senior. nampaknya aku rasa seperti seakan kedewasaan. dewasakah haku..

kedewasaan adalah menjadi matang, dan menjadi matang ini adalah akan menjadi bosan kerana kita akan act seperti orang tua yang ada sekarang. akan melakukan apa seperti orang tua lain lakukan. tetapi jiwa haku masih muda dan berharap ia begitu supaya hidup aku ceria dan pelbagai warna. corak pemakaian pun kene ubah sikit2x..ish tak sanggup nak memikirkan lagi masa hadapan yang harapnya masih panjang lagi ..

semester ini harus lebih disiplin kerana hanya kurang satu tahun lagi aku boleh memperbaiki diri dan mendalami sebaik-baiknya apa yang diajar agar menjadi seorang engineer yang berkemahiran, bukannya yang penakut dan tak reti untuk wat design. akan ada master beb so kene lebih baik dari mereka yang xdenya, kalo dok malulah nak letak muka kat mana haha..inilah kata-kata dr kat kelas tadi. his right.. semuanya terletak pada diri sendiri..
masalahnya kalo kita study bende yang kita nak wat time kerja and kerja tu tak jalan pada masa itu orang lain akan kata kita POYO..itulah orang melayu hahaha..so as orang melayu yang dapat POYO tu akan merasa malu dan tak mungkinlah nak study sesaje haha..kenapalah ada orang yang poyo ini hahaha..

oklah..nak chow untuk wat bende lain yang lebih serius haha..komitmen kene diteruskan..
thesis time..jya na..

origami rehearsal ajl 24

sabtu 9 jan aku dapat pergi menyaksikan raptai penuh AJL24, well niat satu sahaja di hati nak tengok FT life and over sikit snap a pic lar. tapi sayangnya dia takde.

mulanya haku janji dengan geng koriev, well biasalah mamat & minah mana lagi yang aku nak berkepit beronggeng dan melalak bersama kalo tak si botak bash, original azam, sempoi pja and serajin bd. tapi memasing de hal la plak, de sibuk nak kawin lar, ke overseas la plak, gi sabah jup, hal keluarga anak buah rindu-rinduan makciknya ..pastu pemuda malu sebab lain takde so dia tak gi lah..( apalah masih lagi cam budak2x)..so aku decide siapa nak pergi-pergilah...nasib bek housemate ronggeng ku sangat la berminat nak pergi hehe..siap dapat pic ngn akim lagi..hahaha..

nasib bek lagi dpt tambah kwn br , miss mas and adiknya pun mas gak. maka kami berempat pun yang layan arena musik ni bergerak bersama-sama ke stadium..sesampai je di sana stadium itu, hujan punyalah lebat menyebabkan semua orang basah lencun sambil berlari-lari dinasour masuk ke pintu stadium yg agak jauh dari parking area..agaknya sebab berlari lari semua yang kat dalam stadium tengok je dengan pandangan yang blur-2x..ghupanya kami salah tempat siap situ de la tempat audition AF8, ingat kami peserta yang lambat dtg dr kampung kut..hehe
apa lagi kene sekali lagi berlumba lari ke kereta dan pusing balik stadium nasional ni..(padan rasa pelik bila tengok parking lot kosong je..) ghupanya kat belakang stadium ni penuh ramai dah orang datang ..parking punyalah jauh kat selekoh kerb plak tu. agak selfish la jugak sehingga kereta belakang tak leh masuk..hehe dah tu cecepat cabut dan larikan diri dari kereta dan lari lagi dalam kehujanan nak ke entrance hotlink.

bersusahpayah rasanya cam nak masuk stadium ini, tapi memang best la..rasa cam tv3 amat menyayangi meet uncle hussain punya team la. kalo nak tau kenapa maybe leh tengok yang sebenarnya malam ni ok.

So, aku lampirkan gak pic last nite tuk tatapan ramai..pasal FT takde sebab dia memang balik dah sebab dah lama dia de kat sana dr ptg kan sampai tengah malam, Sian tengok dia sebab memang serius nampak sangat sakit, letih, tak bermaya dan no energy..dengan tongkat lagi. As peminat lembut aku cepat terharu dan sadis..hehe..apa pun wish u all the best. semoga bertahan atas stage and kalo dapat menang memang haru best..

tpi rasanya juara keseluruhan memang leh jatuh kat dtao ct and Mr x..hehe nak tau kene tengok sendiri. oklah chow na..rest before tonite show. AJL 24.

aizat kau dan aku

yuna dan sebenarnya

aizat kau pergi

light testing

me and yuna

P/s - apapun just nak FTm aizat and yuna listed..as winner yeah..

25, suatu permulaan

semakin luput memori tentang kejadian dan diri sendiri. Tugas mengemaskini blog sudah tidak seceria waktu belajar dahulu. Tanpa sedar usia sudah meningkat ke satu lagi tangga. Bagi kebanyakan anak dara, usia di tangga ini adalah suatu paras dimana suatu permulaan hidup lain perlu di buka dan difikirkan agar lembaran hidup masa hadapan jadi lebih bermakna, ceria dan lengkap...hehe rasanya semua dapat tangkap maksud sebenar saya, cepat-cepatlah yea.

Kepada civil engineer khususnya pulak, inilah masa untuk kita tekad dalam membuat keputusan atas bidang yang ingin kita ceburi dalam industri ini. Macam industri senilah pulak. Setelah masuk 2 tahun berkecimpung dalam industri ini, banyak pengalaman dapat dikutip. Memanglah tidak sepantas pengalaman dapat dikutip dibanding dengan engineer yang ada di tapak, tetapi pengalaman design adalah jauh lebih susah, memerlukan kesabaran, ketekunan, kerajinan, kesungguhan serta minat yang mendalam. Kemahiran berfikir dan berinteraksi dengan other parties juga perlu dalam usaha menjadi seorang yang arif tentang technical. Kita insyallah akan sentiasa berada dalam keadaan yang disiplin dari segi masa untuk menyiapkan assignment kerja, dan dateline pihak lain. Masa kerja yang tetap dan kondusif. Mentang-mentang saya memang orang consultant, maka kenalah saya mem'backup' team saya ini..Bukannya tidak elok duduk di site tetapi experiance kerja di tapak akan dilalui kemudian dengan tempuhi pelbagai site meeting, inspection, testing dan lain2x..yang perlukan kita trun ke tapak. Pendek kata, jika nak amik PE exam silalah angkat kaki melangkah masuk ke consultant sekarang..now..now..

Bukan duet yang dikejar tapi kepuasan hidup yang nak dirasai sebelum hayat tiada. Ayat ini tak boleh blah. Ramai yang boleh belajar engineer tapi tak semua boleh jadi engineer...

Penat sudah aku mencanangkan rakan-rakan seperjuangan untuk sesame mendapatkan P.E. hanya beberapa manusia sahaja yang termakan akan kata-kata aku. Yang lain masih tidak dapat memahami konsep dan tujuan yg sebenar. Diharap aku juga tidak putus asa dalam mengutip segala-gala ilmu yang ada sewaktu kerja mahupun semasa belajar ini. Masih terlalu banyak pengalaman dan kemahiran yang perlu dipelajari. Hanya kesabaran sahaja dapat mengelakkan aku dari fedup kerana kita perlu berasa confidence dengan diri sendiri baru boleh pergi amik P.E exam.

Yang perlu hanya masa..semoga berjaya dan sabar kepada mereka yang berazam untuk mengambil P.E ini. Malas sudah nak bercerita sal topik buhsan ini...ok chow dulu..cant wait for AJL 24 malam ni..fuhh..

P/s vote vor bechinta ok. apapun FT rawks...aizat and stacy..